Isi Kandungan
ToggleNampaknya gaya tudung bawal kembali bakal jadi pilihan untuk digayakan sempena Syawal nan mulia nanti. Dengan material fabrik yang ringan dan tidak panas serta menjadikan wajah nampak menarik untuk digayakan dan sangat ‘on point’.
Tidak dinafikan ramai dalam kalangan selebriti atau orang kenamaan yang gemar bertudung bawal sama ada dari fabrik cotton atau satin. Salah seorang darinya adalah Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau memang senang sekali menyarung bawal, terutama polos setiap kali dalam apa jua majlis dihadiri. Tanpa gaya berlebihan hanya disimpul sahaja di bahagian depan menjadikan stail hijabnya ringkas tetapi sangat menarik.
Bukan beliau sahaja meminati tudung bawal, anak kesayangannya, YB Nurul Izzah juga turut gemar menyarung bawal. Hijab yang sama tetapi suntikan moden menjadikan stail digayakan sangat eksklusif.
Pernah ditanya katanya kenapa tidak beralih kepada selendang, penggayaan tudung bawal jadi pilihan kerana memudahkan setiap pergerakan dan tidak panas.
Artikel Berkaitan: 20 Tahun YB Nurul Izzah Setia Bertudung Bawal
Ayuh kita ikut tutorial gaya ibu dan anak ini yang digayakan oleh penyanyi popular Wany Hasrita yang juga gemar menggayakan tudung bawal.
GAYA DATIN SERI WAN AZIZAH
1. Pin bawah dagu dengan kerongsang dan kemaskan.
2. Lipat bahagian kiri dan kanan.
3. Pinkan pula bahagian tengah guna kerongsang. Boleh gunakan cincin besar untuk sedikit kelainan.
4. Simpul mati di bahagian hujung.
GAYA YB NURUL IZZAH
1. Kelepek satu sisi di tepi telinga.
2. Lakukan kemasan di bahagian dagu sisi yang satu lagi.
3. Pinkan pula bahagian tepi telinga.
4. Biarkan sebelah sisi bebas berjuntai.
SAKSIKAN VIDEO PENUH:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Muka Bertambah Kering, Rupanya pH Pencuci Muka Tak Seimbang. Ini Cara Uji pH Yang Betul Selamat Digunakan.
Isi Kandungan
ToggleSering terdengar apa itu pH wajah? dalam perawatan kulit, merujuk kepada tahap keasidan kulit anda. Skala pH berkisar dari 0 hingga 14, dan 7 dianggap neutral. Tingkat pH rata-rata kulit dikatakan 5. Kadar pH neutral bererti kulit itu sihat dan jika terlalu tinggi atau terlalu rendah bererti masalah bagi kesihatan kulit.
Mungkin anda sering mendengar cadangan untuk menjaga agar pH kulit wajah tetap seimbang. Nyatanya, kulit wajah memiliki kadar pH yang harus dijaga keseimbangannya agar tidak timbul pelbagai masalah kulit, seperti jerawat, kedutan di sekitar mata, kulit sensitif dan peradangan kulit. Jom, ketahui lebih lanjut tentang pH kulit wajah wanita dan cara menjaga keseimbangannya.
Apa Itu pH?
Potential hydrogen atau pH adalah ukuran yang digunakan untuk menunjukkan tingkat keasidan atau kealkalian kulit. Nilai pH diukur mulai dari 1-14. Angka 1-6 menunjukkan bahawa pH tergolong asid, pH neutral berada di angka 7, manakala angka 8-14 menunjukkan kadar pH tergolong sebagai basa.
pH Kulit Wanita Normal
Acid mantle adalah lapisan pelindung alami pada permukaan kulit yang terhasil dari minyak dan keringat. Acid mantle bekerja paling baik pada kadar pH normal iaitu di angka 5.5. Namun, untuk wanita dewasa, kondisi terbaik pH cenderung ke golongan asid, iaitu di kadar 4.2-5.6.
Peranan Acid Mantle
Acid mantle ini disimpan dari kelenjar minyak dan berperanan sebagai pelindung terhadap bakteria, virus, pencemaran, iritasi dan perkara-perkara lain yang boleh menembus kulit. Selain itu, acid mantle juga bermanfaat sebagai anti oksidan semulajadi, melindungi lapisan dalam kulit dari oksidasi, menyeimbangkan tingkat kelembapan, mencegah perkembangan bakteria dan menjaga keanjalan kulit.
Pentingnya Menjaga Keseimbangan pH Kulit
Kadar pH kulit harus dijaga seimbang agar lapisan pelindung atau acid mantle dapat bekerja dengan optima, sehingga kulit tampak sihat, segar dan bercahaya. Namun, jika kadar pH terlalu basa, maka kulit boleh menjadi terlalu kering dan sensitif. Sedangkan jika kadar pH terlalu asid iaitu di bawah angka 4, maka boleh menyebabkan kulit meradang, timbul banyak jerawat, dan terasa perih saat disentuh.
Faktor Penyebab Ketidakseimbangan pH Kulit
Sebelum mengetahui cara menjaga keseimbangan pH kulit, anda perlu tahu perkara-perkara yang menyebabkan kadar pH jadi tidak seimbang:
Menggunakan sabun dengan tahap alkalin tinggi
Sebahagian sabun pembersih wajah mengandungi detejen alkali yang dapat meningkatkan kadar keasidan kulit. Apalagi jika anda sering menggunakan pembersih wajah yang kandungan alkali tinggi atau menggunakan sabun mandi untuk membersihkan wajah, maka keseimbangaan pH kulit anda boleh terganggu.
Faktor usia
Proses penuaan juga turut mempengaruhi kepada tingkat keasidan kulit.
Cara perawatan wajah yang salah
Jangan sembarangan melakukan perawatan pada wajah. Alih-alih mendapatkan kulit yang cantik, anda malah boleh mengacaukan tingkat keasidan kulit jika salah merawat wajah. Misalnya, mengaplikasikan masker yang dibuat dari lemon. Lemon memang dikenali akan manfaatnya untuk mencerahkan kulit. Namun nyatanya, tingkat keasidan lemon yang terlalu tinggi membuat pH kulit jadi tidak seimbang dan melemahkan pelindung kulit semulajadi. Begitu juga anda yang menggunakan serbuk penaik (baking soda) untuk eksfoliasi kulit. Serbuk penaik (baking soda) memiliki kadar pH yang jauh lebih tinggi daripada pH kulit yang normal. Jadi, ganti serbuk penaik (baking soda) dengan scrub gula untuk mengelupaskan kulit.
Bagaimana Cara Menjaga pH Kulit Tetap Seimbang?
Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menjaga pH kulit tetap seimbang, iaitu:
Perhatikan keadaan kulit
Jika kulit anda terasa kering dan sensitif, boleh jadi pertanda bahawa kadar pH anda sangat tinggi. Untuk menyeimbangkannya, gunakan produk pembersih wajah dengan pH neutral atau rendah. Pilih produk yang berbahan dasar minyak atau gel, dan hindari menggunakan sabun dengan pH yang tinggi.
Makan anti oksidan
Beraktiviti di luar setiap hari, membuat anda harus berhadapan dengan sinar matahari, pencemaran, udara, dan debu yang boleh membuat kulit menjadi kusam dan sensitif. Jadi, untuk melindungi kulit wajah dari perkara-perkara buruk dan radikal bebas, anda boleh memakan makanan antioksidan yang dapat membantu meminimakan kerosakan kulit. Jangan lupa juga untuk selalu gunakan tabir suria ketika ingin beraktiviti di luar.
Pilih produk perawatan wajah yang ringan
Untuk produk perawatan wajah harian, seperti sabun pembersih wajah, toner, losyen dan lain-lain, pilihlah produk yang berbahan ringan, lembut, mengandung anti oksidan, dan tabir suria. Hindari sabun atau toner yang keras, mengandung pewangi, dan bahan-bahan alami yang terlalu asid atau basa.
Cara Menguji Pencuci Muka dengan pH Strip
Kajian di uji berdasarkan produk pilihan yang telah disiarkan di blog kecantikan insommia, Azahra Kamilia. Menggunakan pH strip untuk menguji pencuci muka yang terdapat di drugstore.
Hijabi ini juga mendapati ujian dengan menggunakan air biasa dengan air AQUA mempunyai perbezaan ketara
“Saya mengujinya dengan menggunakan air AQUA. Iya, air jenama AQUA. Saat saya mencuba menguji air paip rumah, pH-nya ternyata antara 5-6. Sementara air Aqua itu antara 6-7. Kerana lebih mendekati pH neutral, saya memakai AQUA untuk menguji 9 jenis sabun cuci muka dari drugstore.”
Caranya mudah sahaja, pertama campur air dengan cairan sabun cuci muka. Gaul rata dengan menggunakan sudu. Selepas itu celupkan pH strip selama beberapa saat hingga warnanya berubah.
Setelah itu, goyangkan pH strip sampai semua cairan yang melekat turun semua. Segera bandingkan dengan contoh list pH yang ada di tabung, kerana jika dibiarkan terlalu lama, pH strip akan mengering dan akan lebih sukar untuk mengenalpasti pH dari sabun pencuci muka.
Senarai Sabun Pencuci Muka Yang Diuji
- Mineral Botanica Brightening Facial Foam
- Dove Beauty Moisture Facial Foam
- Pond’s White Beauty Spotless Rosy White Daily Facial Foam
- Biore Glowing Bright Facial Foam
- Pond’s White Beauty Sun Dullness Removal Daily Facial Foam
- Garnier White Complete Light Speed Brighitening Foam
- Clean&Clear Deep Action Daily Pore Cleanser
- Hadalabo Tamagohada Mild Peeling AHA + BHA Makeup Remover+Face Wash
- Innisfree Green Tea Facial Foam
Keputusan ujian
pH Innisfree Green Tea Facial Foam antara 6-7
Jika dilihat di senarai sabun pencuci muka jenama Korea yang pernah saya, julat pH di angka 9, data dari tahun 2016. Ada kemungkinan bahawa kandungan dari sabun cuci muka ini berubah-rubah, Jadi mungkinkah ini yang membuat pH sabun cuci muka Innisfree jadi cukup ideal?
pH Pond’s White Beauty Spotless Rosy White Daily Facial Foam
Berwarna pink ada julat 6-7. Berita baik buat anda yang lebih suka beli pencuci muka bajet di drugstore!
pH Hadalabo Tamagohada Mild Peeling AHA + BHA Makeup Remover+Face Wash
Saya pakai Hadalabo setelah jenama ini dicadangkan dari beauty blogger. Mereka pernah mengujinya di tahun 2015, julat pH adalah 5.5. Bahkan setelah tahun 2017, pH ada di julat 5-6, perubahan yang tidak ketara.
pH Clean&Clear Deep Action Daily Pore Cleanser, juga ternyata memiliki pH 5-6.
pH Pond’s White Beauty Spotless Rosy White Daily Facial Foam
Belum tentu satu jenama kadar pH-nya boleh sama, Kerana setelah dibuktikan, pH Pond’s warna ungu berada antara 8-9.
pH Garnier White Complete Light Speed Brighitening Foam, sayang sekali warna kuning ini pH-nya di sekitar 7-8, bererti sifatnya basa!
pH Biore Glowing Bright Facial Foam di julat 5-6, Bererti masih selamat untuk wajah.
pH Mineral Botanica Brightening Facial Foam
Jika anda lihat tututan pada produknya, Mineral Botanica mengatakan bahawa produk mereka pH seimbang. Setelah diuji, pH sabun cuci muka ini ada di julat 6-7.
pH Dove Beauty Moisture Facial Foam
sebetulnya lebih sesuai untuk yang kulit kering kerana pencuci ini sebenarnya menjadikan kulit menjadi tikar. Tapi ada di julat 5-6, maka sesuai juga dengan pH kulit wajah!
Ulasan pH Sabun Cuci Muka
No | Merek | Kadar pH |
1 | Mineral Botanica Brightening Facial Foam | 6-7 |
2 | Dove Beauty Moisture Facial Foam | 5-6 |
3 | Pond’s White Beauty Spotless Rosy White Daily Facial Foam | 6-7 |
4 | Biore Glowing Bright Facial Foam | 5-6 |
5 | Pond’s White Beauty Sun Dullness Removal Daily Facial Foam | 8-9 |
6 | Garnier White Complete Light Speed Brighitening Foam | 7-8 |
7 | Clean&Clear Deep Action Daily Pore Cleanser | 5-6 |
8 | Hadalabo Tamagohada Mild Peeling AHA + BHA Makeup Remover+Face Wash | 5-6 |
9 | Innisfree Green Tea Facial Foam | 6-7 |
Keputusan di atas sebenarnya tidak boleh menjadi penanda aras jenama sabun pencuci muka A atau B itu lebih unggul dari yang lain. Hanya boleh jadi salah satu panduan ketika anda mencari pencuci muka yang sesuai. Sebaiknya cari yang pH masih di bawah basa dan sesuai dengan keperluan jenis kulit!
SUMBER: Insommia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Reset’ Rutin Penjagaan Rambut, Dengan Skrub Kulit Kepala Rambut Kembali Bersinar Dan Sihat
Isi Kandungan
ToggleLetih bertukar ganti syampu namun masih belum temui solusi. Jika ini bermain di fikiran, apa yang anda perlukan adalah ‘reset’ rutin penjagaan rambut. Kembalikan kilauan helain rambut anda yang kelihatan kusam atau tidak mempunyai pantulan seperti biasa dengan penggunaan skrub kulit kepala.
Skrub berfungsi membersihkan kulit kepala dengan bahan pengelupasan fizikal seperti gula atau garam atau pengelupasan kimia, seperti asid hidroksi, asid glikolik atau salisilik.
Tambahkan skrub rambut sebagai langkah yang perlu ada dalam rutin penjagaan rambut sihat anda. Sama seperti anda menggunakan pengelupasan untuk wajah, rawatan kulit kepala yang membantu folikel rambut tetap sihat, membersihkan kulit kepala dari kelemumur, mengurangkan residu dan mendorong pertumbuhan rambut.
Cara memilih dan menggunakan skrub kulit kepala yang terbaik
Ketahui matlamat anda:
Sebelum membeli produk, ketahui apa yang anda perlukan untuk kulit kepala anda. Terdapat banyak produk dan pilihan semula jadi untuk semua jenis rambut. Adakah anda memerlukan lebih banyak kelembapan atau mempunyai jenis rambut yang rapuh? Malah penting juga sekiranya anda mewarnakan rambut, oleh itu anda memerlukan produk yang selamat.
Anda menggunakan banyak produk rambut:
Fizikal skrub rambut dengan garam atau gula mungkin lebih berkesan untuk melembutkan kulit kepala yang mempunyai penumpukan kelemumur.
Mempunyai kulit kepala yang sensitif:
Pilih produk pengelupasan yang lebih lembut, seperti ekstrak tumbuhan, manik polimer atau asid glikolat.
Masalah kulit kepala berminyak:
Skrub arang adalah pilihan terbaik untuk jenis rambut berminyak, kerana ia membantu menyerap minyak.
Cari tekstur yang betul:
Sebilangan skrub hanya berfungsi untuk pengelupasan, jadi anda perlu mencucinya dengan syampu yang berasingan. Sebaiknya, cari skrub rambut yang mempunyai dual fungsi. Skrub jenis ini, membolehkan rawatan menyeluruh paling utama teksturnya bersesuain dengan kulit rambut anda.
Ikuti arahan
Jangan gunakan skrub kulit kepala secara berlebihan. Label produk akan menasihatkan seberapa kerap menggunakannya dan kebiasaannya anda hanya memerlukan rawatan ini seminggu sekali.
Lewati penggunaan skrub sebelum ke salun
Sekiranya anda mewarnakan rambut, jangan gunakan skrub kulit kepala sebelum temu janji. Ia boleh menyebabkan anda tidak selesa ketika dalam proses mewarnakan rambut.
Setelah anda mengetahui apa yang harus dicari, jom semak beberapa produk skrub pengelupasan di pasaran yang disarankan oleh pakar.
Briogeo Scalp Revival Charcoal + Coconut Oil Micro-Exfoliating Shampoo
Kandungan arang di dalam skrub ini berfungsi menjaga folikel rambut manakala minyak kelapa pula melembapkan. Aroma minyak pokok teh minty-meet-tea cukup untuk menenangkan ketika mandi, sekaligus menyebabkan kesegaran kulit rambut yang terasa bersih dan melegakan kegatalan. Skrub ini juga bebas dari sulfat, jadi ia sesuai untuk semua jenis rambut.
Drunk Elephant T.L.C. Happi Scalp Scrub
Gabungan bahan kandungan yang merangkumi asid glikolik, tartarik, laktik dan sitrik berfungsi untuk mengelupas dengan lembut. Selain itu, ia menjadikan rambut kelihatan lebih baik daripada sebelumnya dengan minyak mongongo, marula dan vitamin E yang meningkatkan kilauan rambut anda. Ia memberikan kesegaran pada kulit kepala bagi mereka yang mengalami kelemumur.
Christophe Robin Cleansing Purifying Scrub with Sea Salt
Disarankan oleh pakar, rawatan dua dalam satu ini bertindak sebagai skrub kulit kepala dengan garam laut, serta syampu yang menghilangkan bahan terlarang yang merosakkan rambut yang pernah anda gunakan. Jenis rambut berminyak sangat sesuai menggunakan skrub ini yang berfungsi dengan baik mengurangkan pengeluaran minyak sambil mengekalkan hidrasi rambut dengan kandungan minyak badam. Ia juga selamat untuk anda yang mewarnakan rambut.
Virtue Exfoliating Scalp Treatment
Produk ini sangat sesuai untuk jenis rambut normal yang tidak terlalu berminyak dan tidak terlalu kering. Tekstur krim dengan enzim buah betik dan nanas secara khususnya melarutkan kotoran, sel mati dan penumpukan produk.
Quai Scalp & Body Scrub
Produk ini paling berbaloi dimiliki, skrub kristal gula dengan kandungan minyak kelapa yang melembapkan rambut dan probiotik tambahan menyokong mikrobioma kulit yang sihat. Sapukan secara merata di sekitar kulit kepala anda. Bonus memilki skrub ini, anda juga boleh menggunakan sebagai skrub badan. Wow! Rawatan terbaik produk ini, melembutkan dari kepala hingga kaki.
Walaubagaimanapun skrub tidak sesuai untuk semua orang. Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang krtikal, anda disarankan untuk meminta padangan pakar agar masalah kulit rambut tidak bertambah rumit.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Setelah Berhijrah Buang Semua Baju Seksi, Kini Mulan Jameela Selesa Berjubah & Hijab Labuh. Cantiknya!
Isi Kandungan
ToggleSiapa yang tidak mengenali penyanyi Indonesia yang dulunya popular dengan lagu ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’, Mulan Jameela. Kalau dulu dia terkenal dengan imejnya yang seksi, tetapi kini tidak lagi. Setelah diberi hidayah oleh Allah tahun lalu, Mulan Jameela kini lebih selesa membuang semua pakaian seksinya dan memilih persalinan yang lebih labuh menutupi aurat dan memenuhi ciri-ciri wanita Muslimah.
Setelah berhijrah juga, Mulan Jameela kini gemar berkongsi dakwahnya di media sosial kepada followernya yang kini berjumlah 1.1 juta.
Rata-rata netizen turut memuji penampilan terkini Mulan Jameela yang lebih sopan dan santun berbanding sebelumnya.
Malah dia juga kelihatan sangat manis dan cantik dengan busana serta hijab labuh yang menutupi tubuhnya. Bukan itu sahaja, malah Isteri kesayangan kepada Ahmad Dhani ini juga turut lengkap mengenakan stoking bagi menutupi kakinya.
Biarpun mengenakan jubah dan hijab labuh, tetapi dengan sedikit sentuhan moden menjadikan busana digayakan lain dari kebiasaan.
Dia yang kini memberi sokongan padu pada suaminya, Ahmad Dhani yang kini dipenjarakan selama 18 bulan di sebuah penjara selepas disabitkan kesalahan atas tuduhan menyebarkan kata-kata kebencian di laman sosial.
Ayuh, kita lihat #OOTD Mulan Jameela yang memang sedap mata memandang.
#1. delailaloaa Masha’Allah sangat cantik sekali pakaiannya
#2. moscorner18 Masya Allah cantiik sekaliii
#3. wnitaperindusurga Alhamdulillah..tteh sllu terlhat cntik Dgn Pakaian Syari. Maha Sempurna Allah yg mmbrikn kt Sgla Kenikmatan. trutama nikmat Iman Islam
#4. mariamarali1505 Berhijab tambah cantik mbak mulan
#5. danned_fashion Smoga terus istiqomah y ambal Mulan. Menjadi Wanita muslimah yg menginspirasi
#6. ewidyaoetami Duuuhhh teteh @mulanjameela1 tambah cantik aja iihh ?? semoga Istiqomah ya teh
#7. am_trendz_ MasyaAllah .. cantik.. semoga Istiqomah…
#8. firdhasyabrina_ I love u teh mulannnnn istiqomah selalu ya tehh..smg teteh sehat terus, diberkahi
#9. yandi_1991 aku sangat mengagumi teh Mulan yg sabar cantik dan kuat selalu bahagia semoga Allah terus melindungi th Mulan aminnnnn
#10. misterhisyam1 Cantiknya idolaku
Artikel Berkaitan: Mulan Jameela Jual & Lelong Semua Baju Seksi Lepas Hijrah
KREDIT FOTO: INSTAGRAM MULAN JAMEELA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI