Memakai hijab itu adalah wajib bagi setiap wanita. Bagi yang sudah lama memakainya tidak ada masalah untuk gayakan mengikut stail digemari. Tetapi bagi yang baru berjinak-jinak bertudung agak sukar memilih gaya bersesuaian, lagi-lagi bila tiba musim perayaan.
Pastinya kita mahu bergaya lain dari kebiasaan. Sesuai dengan busana indah yang tersarung di badan. Jangan tak tahu hanya dengan sehelai hijab, kita boleh menggayakannya mengikut beberapa stail tertetu.
Ayuh kita lihat gaya mudah dan ringkas idea influencer popular, Hanna Faresha dengan pilihan hijab dari Butik Najjah yang sangat mudah diikuti sempena raya nanti.
Pastinya gaya yang diberikan ini membuatkan penampilan anda lebih memukau dan sangat ‘on point’ sempena lebaran ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hijabi Yang Tak Tahan Sejuk Tu Boleh Ikuti 5 Gaya Ini Ketika Musim Hujan
Bila nak dekat hujung tahun ni maksudnya musim hujan dah tiba lah kan? Jadi sebaiknya hijabi menggunakan pakaian yang kena dengan keadaan sekeliling sebab sejuk bila hujan ni. Tak nak jatuh sakit tapi nak bergaya orang kata. Ramai yang memilih pakaian yang tebal dan berlapis seperti jaket, sweater, cardigan dan hoodie supaya kelihatan lebih bergaya walaupun musim hujan.
Menurut laman sesawang muslimahcenter.com terdapat beberapa stail yang anda boleh gayakan semasa musim hujan ini agar tampak sentiasa bergaya. Siapa je tak nak nampak cantik. Betul tak? Apabila anda pakai-pakaian yang cantik mesti rasa yakin pada diri sendiri. Jadi, ini adalah 5 gaya yang anda boleh ikuti sewaktu musim hujan ini:
1. Puffer Jaket tahan sejuk
Puffer jaket sangat selesa untuk dipakai ketika hujan. Kerana jaket ini ringan dan kalis air. Jaket ini sangat simple dan mudah untuk anda pakai. Di dalam puffer jaket ini anda boleh mengenakan baju kemeja, blaus atau t-shirt kosong. Kalau baju dan jaket and tidak bercorak, maka anda carilah tudung yang mempunyai corak!
Artikel Berkaitan: Beli Di ‘Bundle’ Tapi Stail Mewah Ala Berjenama! Ini 6 Trik Fesyen Yang Buat Gaya Anda Mahal & Eksklusif!
2. Gunakan pakaian yang berlapis dengan tambahan shawl!
Pemakaian berlapis semasa musim sangat membantu buat mereka yang tidak tahan sejuk. Pemakaian ini lebih baik dipadankan dengan baju yang mudah seperti kemeja lengan panjang, sweater dan terakhir jaket bulu yang nipis atau long coat! Tetapi jangan pula pakai waktu musim panas.
3. Turtleneck
Turtleneck merupakan pakaian musim hujan yang verstail. Ini kerana kebanyakan orang memakainya bersama turban! Selain itu, anda juga boleh mengurangkan rasa sejuk di bahagian leher. Material turtleneck ini banyak yang tebal tau. Anda akan nampak bergaya terutama sekali pergi ke kawasan luar dan memakai jeans atau kain!
4. Hoodie
Memakai hoodie ini tidak asing lagi dikalangan anda kan. Jadi hoodie menjadi salah satu pakaian yang anda boleh pakai sewaktu hujan kerana anda boleh menggayakannya bersama jeans atau seluar culottes supaya nampak lebih sporty dan chic. Apa yang penting, pemakaian hoodie sewaktu musim hujan ini sangat selesa untuk dipakai lebih-lebih lagi apabila anda suka hoodie yang lebih besar.
5. Kardigan dan jeans untuk Casual look
Salah satu pemakaian hijabi sewaktu musim hujan adalah kardigan. Kebanyakan kardigan mempunyai material yang spandex atau kapas dan ianya sangat selesa. Kardigan sangat mudah dan praktikal untuk digunakan. Ia sangat sesuai untuk dipakai ketika anda berada di mana-mana sahaja termasuklah jika anda ingin pergi ke pejabat.
Artikel Berkaitan: Buntu Untuk Hasilkan Stail Yang Menarik Di Pejabat, Gayakan Rekaan Kardigan Dengan 6 Tip Fesyen Ini!
Jadi, itu adalah inspirasi-inspirasi gaya yang anda boleh pakai sewaktu musim hujan. Apa yang penting anda perlu kekal yakin dengan diri sendiri. Anda juga perlu berani untuk padankan pakaian-pakaian tersebut. Alang-alang nak bagi tubuh badan tu kekal hangat sambil-sambil tu boleh bergaya! Jom cuba.
Sumber: Muslimah center
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Spekulasi’ Paru-Paru Berdarah Kerana Suplemen Viral, Ini Respon Mengejutkan Nad Zainal!
Ketika ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang Puteri selama sebulan akibat jangkitan kuman dan paru-paru berdarah, terdapat banyak spekulasi yang bertebaran berhubung tahap kesihatan aktress Nad Zainal.
Tampil menjernihkan keadaan, empunya diri menerusi siaran secara langsung dilaman Tik Tok miliknya yang dikongsikan juga pada laman Instagram.
Nad Zainal dengan tegas menolak dakwaan bahawa sumplemen tambahan yang diamalkan adalah punca dia terkena jangkitan itu.
Paru-Paru Berdarah Tiada Kaitan Dengan Pengambilan ‘Supplemen’
“Assalamualaikum semua, Thank You atas support korang pada Nad. Sedikit penjelasan tentang beberapa spekulasi yang tidak benar,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Dalam video berkenaan, Nad Zainal aku berasa kesal dengan dakwaan sesetengah pihak yang berkata punca dia ditidurkan dan dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU) adalah disebabkan pengambilan suplemen.
Nad Wajib Ambil 11 Jenis Ubat Demi Kesembuhan Paru-Paru
Selain itu, ibu kepada dua cahaya mata Yem dan Budi Kalsom itu juga menegaskan bahawa spekulasi mengenai sakit yang dihadapinya itu berpunca daripada kesan jangkitan daripada Covid-19 juga adalah tidak tepat.
“Saya ingin jelaskan di sini, keadaan yang menimpa saya adalah tiada kaitan dengan pengambilan supplement yang saya iklankan di Instagram.
“Malah, saya juga sakit bukan kerana long covid, saya sakit disebabkan masalah paru-paru berdarah.
Artikel berkaitan: Berkat Doa Semua! Nad Zainal Keluar ICU, Tak Lagi Ditidurkan
“Tolonglah korang jangan memandai, selagi saya tidak bercakap atau ahli keluarga saya tidak membuka mulut mengenai hal sebenar, jangan sesuka hati berkata, tidak elok,” katanya.
Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh pemilik nama penuh Farah Nadia Zainal Abidin menerusi siaran langsung di laman Tik Tok miliknya semalam.
Mengulas isu berkenaan perkemvangan terbaharu kesihatan dirinya ketika ini, Nad berkata dia kini perlu mengambil sebanyak 11 jenis ubat setiap hari.
Ini demikian kerana ubat-ubatan berkenaan mampu membantu proses
penyembuhan dirinya agar dapat kembali pulih seperti sedia kala dari kesakitan yang dialami sebelum ini.
“Sekarang ini saya masih dalam proses penyembuhan, saya masih lagi perlu memgambil ubat-ubatan yang sangat banyak, setiap hari 11 jenis
ubat saya perlu ambil. Doakan saya sembuh,” tambahnya.
Untuk rekod, sebelum ini Hijabista melaporkan Nad dimasukkan ke ICU Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan telah ditidurkan selama lebih sebulan.
Artikel berkaitan: Nad Zainal Dah Sedar, Tak Lagi Bergantung Pada Tiub Pernafasan
Sumber: Instagram Nad Zainal
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Bergelar Hafizah Dan Cemerlang Pendidikan! Atlet ‘Mobile Legend’ Buktikan ‘Game’ Bukan Halangan
Ramai dikalangan kita yang mempunyai stigma bahawa permainan elektronik atau ‘game’ adalah satu perkara yang boleh melalaikan, melekakakan, tidak berfaedah dan hanya membuang masa!
Namun, hijabi pemilik nama Sharifah Alia Husna Syed Fakrurrozi atau lebih mesra disapa Aria ini telah membuktikan bahawa persepsi berkenaan adalah salah! Dan tidak benar sama sekali.
Ini demikian kerana beliau yang merupakan, atlet sukan elektronik (e-sukan) yang dikenali sebagai ‘Mobile Legends’ sebenarnya seorang hafizah al-Quran 30 juzuk pada usia 14 tahun dan juga sememangnya individu yang cemerlang dalam pendidikan!
Ikut Jejak Langkah Abang Main ‘Mobile Legend’ Ketika Berusia 16 Tahun Lagi
Hijabista difahamkan bahawa Aria mula berkecimpung dalam dunia ‘gamers’ seawal usianya 16 tahun lagi. Lapor akhbar tempatan, Aria dahulunya adalah bekas pelajar Maahad Tahfiz Alquran Sri Al Amin Bangi itu, mengikuti jejak langkah abangnya yang juga bermain permainan elektronik Mobile Legends.
Lebih menarik lagi, apabila bakat Aria ini mula dihidu, serta mendapat sokongan dan dorongan penuh daripada ahli keluarganya agar dia melebarkan sayapnya dengan menyertai pelbagai kejohanan di dalam sukan e-sport kegemaranya itu.
“Pada mulanya memang takut tapi saya jenis yang suka meneroka perkara baru dan saya mula melibatkan diri dengan menyertai pelbagai kejohanan.
“Selepas beberapa kali masuk kejohanan, saya rasa macam seronok kalau boleh memang setiap minggu nak pergi masuk pertandingan walaupun kalah awal sebab kita nak cari pengalaman,” katanya.
Meskipun Sibuk Bermain ‘Game’, Aria Tidak Abaikan Pelajaran, Cemerlang Setiap Semester!
Sekadar info, selain pencapaian mewakili Malaysia dalam acara Mobile Legends Wanita pada Sukan Sea Phnom Penh Kemboja 2023 dan mengahrumkan nama negara dengan membawa pulang pingat gangsa.
Aria juga merupakan seorang pelajar yang cemerlang, meski sibuk menyertai kejohanan dan berlatih dengan bermain ‘game’. Aria membuktikan bahawa dia tidak sesekali mengabaikan pelajaranya dan memperolehi keputusan 4.0 bagi lima semester berturut-turut dalam bidang Diploma Pengajian Perniagaan Kolej Professional Mara, Beranang.
Artikel berkaitan: Hijabi Ini Bangga Jadi ‘Pemain Bola’ Berhijab, Mahu Cetus Inspirasi Wanita Dunia!
“Pada pendapat saya, walaupun kita beragama dan berpendidikan tak semestinya kita boleh pandang rendah pada esports.
“Sebenarnya banyak manfaat bila kita bermain permainan elektronik seperti meningkatkan fokus, pengendalian masa, critical thinking, dan boleh jadi lebih disiplin.
“Selagi kita berjaya seimbangkan agama dan bermain game, saya rasa ia tidak menjadi masalah besar. Asalkan, kita masih ingat akan Allah dan laksanakan tanggungjawab kita sebagai umat Islam,” ujar Aria.
Justeru, Aria berharap agar generasi muda dapat mengambil inspirasi dan ikhtibar dari kisahnya. Khususnya golongan wanita dan hijabi di luar sana yang mempunyai minat sama sepertinya agar dapat keluar dari zon selesa dan menceburi bidang e-sports bertujuan untuk memajukan negara.
Sumber: Harian Metro
Artikel berkaitan: Hijabi Hafaz Quran Cetus Inspirasi! Raih Tempat Kedua Peperiksaan Acca Dunia!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI