Video muzik Siapa Tak Mahu merekodkan lebih lebih 1.8 juta tontonan selepas setakat hari ini selepas beberapa hari dilancarkan di YouTube, ramai yang memuji video muzik ini bertaraf antarabangsa.
Video arahan Ghazi Maslan yang menampilkan Bintang Paling Popular, (ABPBH) Ke-32 Mira Filzah dan bakat baharu, Hun Haqeem menjadi tarikan hingga jumlah tontonan tinggi direkodkan.
Ibu kepada Siti Aafiyah Khalid ini juga mengaku teruja menunggu pelancaran video muzik berkenaan di saluran YouTube rasminya. Rata-rata berpuas-hati dengan penampilan kedua-dua selebriti dan jalan cerita video muzik ini menjadi tarikan ramai.
Berbicara mengenai penampilan Datuk Seri Siti Nurhaliza di dalam video muzik lagu ciptaan John Jeevasingham, Ikhwan Fatanna dan Omar K itu menjadi video muzik pertama menggunakan banyak persalinan.
Apa yang menarik pemerhatian ramai persalinan berwarna putih yang direka khas pereka muda Kel Wen yang kini kian melonjak naik. Umum ketahui Kel Wen adalah pereka dan pengarah kreatif di bawah label Behati antara insan kreatif di sebalik pembikinan video muzik penyanyi cilik Erni Zakeri.
Kini dengan rekaan khas persalinan di dalam video muzik Siapa Tak Mahu, Kel Wen sekali lagi menarik perhatian ramai.
Berpeluang mereka baju untuk ikon Malaysia adalah senarai impian dalam karier seninya. Gaun putih yang diilhamkan ‘Leg of Mutton’ klasik dari era Victoria, lengan baju yang besar, membuatnya lebih dramatik dengan lipit. “Saya tidak mahu ia kelihatan seperti kostum Victoria atau pakaian pengantin jadi saya menambah kolar dan butang yang terbuka di depan supaya kelihatan lebih moden” , ujar Kel.
“Yang sukar dipercayai ialah kami membuat pakaian ini dalam 41 jam” menurut Kel dalam temubual bersama hijabista. Reka bentuk persalinan dipersetujui pada hari Ahad 12 pagi, Isnin 5 petang, Kel bersama team berkerja keras untuk menyiapkan persalalinan berwarna putih khas untuk dipakai oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Persetujuan saat akhir dari kedua-dua pihak tidak mematahkan semangat Kel, malah pelbagai cabaran disambut dengan tenang. Walaupun kesuntukan masa, hasilnya memang wow. Kel tidak berpeluang fitting baju sebelum peringkat terakhir rekaan, kebimbangannya ialah takut persalinan tidak padan dengan penyanyi tersohor Malaysia.
Di dalam Video muzik ini Dato Siti kelihatan langsing. “Ya kerana pemotongan dan bahagian lengan dan skirt yang besar, ini membuktikan bahawa memakai sesuatu yang terlalu besar tidak semestinya membuat anda kelihatan besar, tetapi memberikan ilusi untuk menjadikan badan anda lebih kecil” ujar Kel dalam sesi perbualan bersama hijabista.
“Cabaran terbesar adalah warna putih, kerana biasanya putih kan nampak besar, Tokti pun sangat risau, selalu orang menganggap hitam je yang selamat, tetapi bergantung pada reka bentuk dan fabriknya. Saya menggunakan taffeta sutera berkilat putih untuk gaun baju ini.”
Sekiranya anda perhatikan bagaimana saya merancang skirt itu, tidak ada garis pinggang mendatar, lipatan yang anda nampak itu sebenarnya adalah poket, dan ia dibina dalam bentuk bergelombang menegak untuk menjadikan pinggul kelihatan lebih kecil. Memang rekaan ini Nampak lain dari lain dengan keunikan perjalanan video muzik ini.
Diterbitkan oleh Zeel Production dan mendapat sentuhan pengarah Ghazi Maslan, video muzik Siapa Tak Mahu adalah lagu moden yang rancak, namun diulit dengan elemen tradisional di bahagian tengahnya. Sudah pasti lagu-lagu penyanyi tersohor ini turut menyelitkan unsur-unsur nasihat yang disampaikan dalam bentuk peribahasa.
Ditanya mengenai harapannya untuk video muzik Siapa Tak Mahu, Siti mengharapkan ia mendapat sambutan baik daripada peminat. Debaran menanti pelbagai reaksi peminat, ini perasaan beliau dalam temubual bersama metro,
“Saya berdebar kerana tidak tahu bagaimana reaksi peminat. Saya pasti dalam keberanian membuat sesuatu yang baharu, pasti ada yang suka dan sebaliknya. Hidup ini bukan senang hendak memuaskan hati semua orang.
“Namun, sebaik melihat komen positif peminat dan penggemar muzik, ia memberi kelegaan,” katanya.