Video ‘Mesra’ Bersama Aedy Asyraf Tular, Netizen Syak Nabila Razali Buat ‘Gimik’ Lagi!

Share

Nama pelantun suara lagu ‘Tak Ingin Usai’ , Nur Nabila Mohd Razali atau Nabila Razali, tak pernah lekang dari mendapat perhatian dan sorotan dari netizen mahupun wargamaya.

Malah, setiap gerak geri dan perbuatanya pasti mendapat kritikan hebat dari netizen sepanjang masa, tidak kira sewaktu menonjolkan bakat dalam bidang nyanyian mahupun lakonan hinggalah kepada kisah kehidupan peribadi beliau.

Berlari Mesra ‘Tarik-Tarik’ Tangan Di Pantai Dengan Aedy Asyraf

 

@nabila.razaliiUs against the world 🕊️♬ suara asli – ilham

Belum pun reda isu Nabila memuat naik gambar kahwin bersama K-Clique, baru-baru ini tular pula video dirinya bersama pelakon Tentang Bulan, Aedy Asyraf yang mesra berlari lari anak di persisir pantai.

Video berkenaan dimuatnaik di akaun Tik Tok milik Nabila Razali sendiri, video berdurasi kurang dari satu minit itu memaparkan nabila yang sedang berlari kearah pantai dikejar oleh Aedy dari belakang sebelum keduanya memaparkan aksi mesra ‘tarik-tarik’ tangan sambil tersenyum bahagia.

Artikel berkaitan: Netizen Persoal, Nabila Razali Sambut Ulangtahun Kelahiran Dengan ‘Jodoh’ Ke Tu?

Pada bahagian lagu bagi berkenaan, Nabila telah memilih lagu “Us against the world,” yang lebih menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Sehubungan itu, aksi ‘mesra’ dua selebriti berkenaan telah mencetuskan tandatanya dikalangan wargamaya sehingga timbulnya beberapa spekulasi tentang hubungan sebenar antara Nabila dan Aedy.

Namun, terdapat juga segelintir netizen yang merasa ‘panas’ dan tidak senang dengan perilaku mesra kedua selebriti ini yang sentiasa menjadi role-model kepada para peminat khususnya golongan remaja.

Gimik ‘Shooting’ Lagi Ke Ni Bella?

Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati selain merasa kurang senang, netizen juga beranggapan bahawa perkongsian rakaman, itu berkemungkinan adalah satu lagi ‘gimik’ atau publisiti murah yang seribg dilakukan oleh penyanyi itu yang bertujuan untuk mempromosikan drama atau klip video lagu terbarunya sahaja.

Namun, ramai juga yang berpendapat bahawa Aedy dan Nabila merupakan gandingan serasi sekiranya mereka bena-benar menjalinkan hubungan cinta. Berikut antara komen yang ditinggalkan warganet.

“Aedy ni dengan nabila pun cecuaiii aih 🥺.”

“aku pening la kejp mk kejp aedy stress aku.”

“tungla main kejar ii aku ni kena kejar anjenk je.”

Sumber: Tik Tok Nabila Razali

Artikel berkaitan: Digemari Nabila Razali, Dapatkan Solekan Gaya Manja & Berani Bak Kucing Dengan Produk Terhangat Ini!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir