Video Masker Kunyit Rahsia Cantik & ‘Glowing’ Semula Jadi Wanita Ini Ditonton Lebih 50 Ribu Netizen. WOW!

Share

Tak susah nak jadi cantik dengan hanya menggunakan bahan semula jadi. Caranya ialah dengan membuat masker dari bahan dapur dan hasilnya kulit jadi glowing dan berseri secara semula jadi. Cara digunakan ini juga selamat dan kosnya jauh lebih murah.

Perkongsian dari pengguna laman sosial, Siti Azlina Lyn yang menggunakan tanda pagar #KakLyn memberitahu cara membuat masker dari kunyit.

Posting ini turut dikongsi lebih 4 ribu netizen dan video dimuat turun pula menarik perhatian lebih 50 ribu pengguna media sosial.

Diharap petua yang dikongsi ini dapat membantu wanita bagi mendapatkan rahsia kulit cantik secara semula jadi.

Hanya gunakan bahan dapper untuk tampil cantik semulajadi.

Rahsia Nak Glowing Berseri Secara Semulajadi dari #KakLynn. Coti ni rajin plak nak buat masker diy dari dapor.

Kita semua maklum khasiat tumbuh-tumbuhan, herba yang boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan kita selain dari mencantikkan muka serta tubuh badan. Okay, hari ni Kak Lynn nak cita pasal kelebihan kunyit. Kunyit ni rata-rata antara kita tahu, sebagai rempah dalam masakan. Yang utama, lumur pada ikan, ayam untuk digoreng. Betul kan?

Okay, sebenarnya kunyit ni sangat banyak manfaat untuk kulit kita. Macam-macam yang kita boleh buat dengan kunyit tapi hari ni saya sekadar ingin bercita salah satunya saja iaitu untuk glowingkan muka kita secara semulajadi.

Tahu tak, gabungan kunyit, madu dan susu sangat bagus untuk mengatasi masalah kulit yang kusam, selain dari memberi efek glowing kepada kulit muka. Ini serba ringkas bahan dan cara yang diperlukan untuk menghasilkan masker muka dari kunyit, madu dan susu.

Bahan-bahan

1/2 sudu serbuk kunyit
1 sudu madu
1 sudu susu ( Kak Lynn guna susu tepung anak Kak Lynn jur tadi hehe )

Bahan-bahan digunakan.

1. Campurkan kesemua bahan kat atas ni dan gaul hingga sebati.

2. Sebelum sapu masker pada muka, bersihkan muka terlebih dahulu dengan pencuci muka.

3. Bilas muka seperti biasa dengan air suam supaya liang pori terbuka, bagi memudahkan nutrien lebih menyerap ke dalam lapisan muka.

3. Sapukan masker tadi di muka secara menyeluruh. Biarkan 10 minit nutrien masker meresap.

4. Bilas muka dengan air sejuk dan cuci dengan pencuci secara nipis.

Amalkan selalu masker ini untuk dapatkan hasil muka lebih berseri dan glowing.

Okay, sekian perkongsian dari Kak Lynn yang terlebih rajin harini.

Nak muka glowing cubalah! 

kredit: Siti Azlina Lynn

 

Published by
Siti Zurina