Setiap kali melihat posting selebriti kepada dua cahayamata, Anzalna Nasir mengenai kecintaannya terhadap fesyen abaya dari Timur Tengah, ramai yang memuji kejelitaannya menggayakan abaya dari Dubai itu.
Malah, Anzalna sendiri sering berkongsi ‘kegilaan’ dirinya membeli abaya dari Dubai yang disifatkan nampak sopan, elegan dan fashionable untuk wanita mengenakan hijab.
Isteri kepada Hanif Zaki ini sudah lama menyatakan hasrat untuk memiliki jenama fesyennya sendiri. Namun hasratnya itu terpaksa dibiarkan seketika kerana ingin memberi tumpuan penuh terhadap dua orang putera tersayang, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.
Meski Sibuk Uruskan Keluarga, Anzalna Sempat ‘Lahirkan’ Jenama Sendiri
Anzalna memilih untuk tidak te rlibat dengan projek drama kerana mahu menjaga anak-anak sendiri dan membesar di depan mata. Pelakon berusia 34 tahun itu memikul tugas tersebut bersama suami tersayang, Hanif Zaki tidak kira sama ada mempunyai pembantu rumah ataupun tidak.
Dalam kesibukan menjalani kehidupan sebagai ibu dan isteri, Anzalna sempat melahirkan jenama fesyennya sendiri yang diberi nama @anzalna.vestiaire.
Jenama fesyen Anzalna Nasir ini mendapat sentuhan peribadi Anzalna yang sememangnya amat mencintai dunia fesyen terutamanya selepas mengenakan hijab.
“Dari segi rekaan, saya berkongsi idea dengan pereka fesyen terkenal iaitu Ashraff Zainal yang juga merupakan salah seorang pereka fesyen yang saya kenali sejak tahun 2015.
“Hasil gabungan idea dan olahan Ashraff Zainal telah menghasilkan koleksi Anzalna Vestiaire yang menepati citarasa saya,” ujar Anzalna yang rancak bercerita mengenai cinta terbaharunya itu.
“Finally I can wear my own clothing brand,” ujar Anzalna yang gemarkan potongan abaya moden dan menjadikan abaya dari Dubai sebagai sumber inspirasi dirinya sebagai wanita yang baharu mengenakan hijab, tetapi tetap mengekalkan ciri-ciri bergaya dan moden.
Tambah Anzalna lagi, abaya yang dihasilkan menepati keperluan hijabista yang mementingkan abaya yang longgar, mudah untuk dibawa solat dan berwudhuk. Selain itu, Anzalna turut berkolaborasi dengan jenama Les Anggun untuk busana raya ibu dan anak.
Ketika ditanya mengenai perancangan untuk membuka butik sendiri sekiranya langkah awalnya dalam bidang fesyen ini berjaya, pelakon Dendam Aurora ini turut memasang angan-angan untuk memiliki perniagaan fesyennya sendiri tetapi dia lebih selesa untuk memperkenalkan abaya ini untuk memenuhi permintaan para peminat yang sering mengikuti gaya fesyen yang digayakannya.
Melihat perkongsian di laman Instagram miliknya, ternyata Anzalna terharu dengan sambutan yang diterima dari para peminatnya yang teruja dengan koleksi abaya yang dihasilkan.
Ads
“Doakan semoga langkah awal saya berkongsi citarasa fesyen dengan para peminat ini diterima sebaiknya,” ujar Anzalna yang berkongsi keterujaannya dalam dunia fesyen di laman sosial miliknya.
Semakin hari semakin hilang sifat kemanusiaan yang ada pada masyarakat sekeliling kita. Ada pula yang sanggup membuat perkara tanpa memikirkan soal hati dan perasaan orang lain.
Tular baru-baru ini mengenai suntingan di laman sesawang Wikipedia mengenai biodata anak kembar Zarina Zainuddin yang mendakwa pelbagai spekulasi yang tidak masuk akal. Ia membuatkan orang ramai turut berasa kecewa dengan tindakan penyunting tersebut.
Tergamak kata begitu kepada orang istimewa
Suntingan yang di buat pada laman sesawang Wikipedia mengenai profil anak kembar Zarina Zainuddin mebuatkannya tergamam dan kecewa. Tidak sangka ada orang yang tergamak buat perkara itu.
Menurut pelakon itu, anaknya Azal atau nama penuhnya Muhammad Raizal Azral, 26, datang kepadanya sendiri menunjukkan kenyataan di Wikipedia itu. Tidak mampu untuk berkata apa-apa, Zarina hanya mampu memeluk kedua anak kembarnya itu.
Antaranya perkataan yang di tulis pada profil anaknya di Wikipedia itu sangat tidak wajar bagi menghuraikan tentang keperibadian seseorang. Bahkan, ada juga tertulis mereka sering ‘throwing tantrum’ atau mengamuk.
Zarina yang gemar berkongsi video mengenai telatah dua anak kembarnya yang istimewa itu telah memuat naik perkongsian di Instagram tentang suntingan profil ini. Dia berasa kecewa dan tidak sangka ada yang boleh terfikir untuk lakukan perkara tersebut.
Ramai yang tidak berpuas hati dengan suntingan yang di buat oleh individu tersebut. Rakan-rakan artis juga turut kesal dengan perbuatan itu dan berharap ada tindakan yang di lakukan keatas individu tersebut.
Pelakon itu juga telah di kurniakan sebanyak 4 orang cahaya mata termasuk dua kembar istimewa, Muhammad Raizal Azal dan Muhammad Razil Azrai di mana mereka menghidap autisme. Zarina juga turut mempunyai dua lagi anak lelaki iaitu, Muhammad Adam Azrai dan Muhammad Naim Azrai.
Jerawat boleh muncul di mana-mana kawasan kulit anda, sering dijumpai di wajah. Jerawat mempunyai banyak penyebab seperti minyak berlebihan, sel kulit mati, liang pori tersumbat dan bakteria dan boleh menjadi besar, menyakitkan, dan tidak sedap dipandang.
Sekiranya anda mempunyai jerawat yang sangat besar dan ingin mengurangkan mengecilkan dengan cepat, boleh menggunakan rawatan yang berbeza, 7 cara ini paling effektif mengecilkan jerawat hanya semalaman.
Mengurangkan Jerawat Di Rumah
1. Basuh tangan dan muka.
Sebelum anda memulakan rawatan untuk mengurangkan saiz jerawat, bersihkan muka dan tangan. Ini dapat membantu meminimumkan risiko penyebaran bakteria yang dapat memperbesar jerawat atau menyebabkan kejang lebih lanjut.
Mencuci tangan dengan sabun dan air yang berkesan untuk menghilangkan bakteria.
Basuh wajah anda dengan pembersih lembut yang direka khas untuk kulit wajah, dapat membantu mencegah kerengsaan radang jerawat.
2. Menyerap lebihan minyak.
Gunakan produk topikal untuk menyerap lebihan minyak, yang dapat mengecutkan jerawat. Persediaan ini bukan sahaja dapat membantu menghilangkan minyak, tetapi juga membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat.
Gunakan rawatan asid salisilik, benzoil peroksida, atau sulfur secara bebas, atau minta doktor menetapkannya untuk jerawat yang lebih teruk.
Masker tanah liat dapat membantu menyerap minyak yang berlebihan dan membersihkan kulit.
Gunakan kertas kedap minyak untuk menyerap lebihan minyak di seluruh wajah yang dapat membantu mengurangkan jerawat.
Pastikan mengikuti arahan doktor atau produk untuk memastikan anda tidak menggunakan produk secara berlebihan dan menjengkelkan jerawat.
3. Elakkan menggunakan ubat gigi.
Sebilangan orang menggunakan ubat gigi untuk menyerap minyak yang berlebihan dan mengurangkan jerawat dengan cepat. Doktor tidak mencadangkan kaedah ini kerana terdapat banyak jenis ubat gigi yang boleh merengsakan atau merosakkan kulit anda.
Bahan-bahan dalam pemutihan atau ubat gigi yang mengurangkan tartar dapat menjadikan jerawat kelihatan lebih merah dan meradang. Lebih baik berhati-hati jika menggunakan ubat gigi pada jerawat.
4. Sapukan ‘eye drop’ yang mengurangkan kemerahan.
Gunakan ‘eye drop’ yang diformulasikan untuk mengurangkan merah mata untuk membantu meredakan radang jerawat. Walaupun ini bukan rawatan yang tahan lama, penggunaan berulang dapat membantu mengurangkan ukuran dan radang jerawat.
Anda mungkin melihat perbezaan saiz jerawat hanya dalam 30 minit.
Gunakan eye drop secara langsung ke jerawat atau dengan kapas.
Keradangan sering menyebabkan jerawat menjadi besar dan menyakitkan. Ais batu atau kompres sejuk dapat membantu melegakan keradangan yang berkaitan dengan jerawat dengan menyekat aliran darah dan menyejukkan kulit. Ia juga dapat mengurangkan saiz jerawat dengan cepat.
Letakkan kompres sejuk pada jerawat anda selama 10 hingga 15 minit.
Pertimbangkan untuk melakukan kompres sejuk dengan penggunaan ‘eye drop’ untuk membantu mengurangkan ukuran jerawat.
Anda mungkin tergoda untuk menyentuh atau memicit jerawat, tetapi elakkan godaan ini. Memicit dan menyentuh kulit boleh menyebarkan minyak dan bakteria dan boleh menyebabkan keradangan atau jerawat.
Memicit atau menyentuh kulit juga boleh menyebabkan kerengsaan lebih lanjut.
7. Buang jerawat yang degil atau besar.
Dalam beberapa kes, anda mungkin mempunyai jerawat besar atau degil, atau whitehead yang tidak akan hilang. Anda boleh mengeluarkan jerawat seperti ini dengan pengekstrak komedone, tetapi hanya gunakan alat untuk jerawat besar yang telah merosak kulit. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan doktor pakar sebelum menggunakan pengekstrak komedone supaya anda tidak memburukkan lagi keadaan.
Beli peralatan buang jerawat di kebanyakan farmasi dan peruncit lain yang menjual produk penjagaan kulit.
Pastikan membersihkan kulit sebelum menggunakan alat ini agar dapat mengurangkan risiko penyebaran bakteria. Sentiasa sterilkan alat dengan alkohol sebelum dan selepas anda menggunakannya untuk mengelakkan jangkitan semula.
Panaskan kulit anda dengan pad panas selama satu atau dua minit sebelum menggunakan alatan ini.
Jangan memaksa jerawat keluar. Sekiranya tidak keluar selepas percubaan pertama, biarkan selama beberapa hari untuk membantu mengurangkan kerengsaan dan mendorong penyembuhan.
Ikuti arahan bagaimana menggunakan alatan ini dengan paling berkesan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kebanyakan orang mencari alternatif untuk menghilangkan jerawat pada muka dengan pelbagai cara. Akan tetapi, salah satu benda yang anda boleh lakukan adalah dengan membeli acne patch atau plaster jerawat di farmasi atau kedai kecantikan. Tetapi adakah ia berfungsi sebaiknya atau sekadar pada nama sahaja?
Ramai yang tahu fungsi acne patch untuk jerawat ini adalah untuk merawat jerawat anda. Ia sama seperti plaster yang anda gunakan untuk menutup luka di kulit anda. Selalunya acne patch mempunyai bahan yang dapat merawat jerawat dan mencegah tangan anda daripada menyentuh kawasan jerawat. Habit memegang jerawat ini merupakan punca utama jerawat bertambah teruk!
Keberkesanan untuk acne patch ini seringkali kita meragui kerana ada yang memakai acne patch membuatkan jerawat di muka lebih kronik dan tidak menjadi baik pun. Akan tetapi sebenarnya anda mungkin tersalah guna cara penggunaan produk ini. Menurut laman sesawang Hello doktor, jangan risau kerana ada cara untuk anda memakai acne patch ini tau. Anda boleh ikut 2 langkah yang berikut:
1. Memilih ukuran plaster yang betul dan tepat.
Seperti yang anda tahu, jerawat akan muncul pada bentuk dan saiz yang berbeza-beza. Ada yang mempunyai saiz besar, kecil, sederhana besar. Apa yang anda perlu lakukan adalah memilih plaster yang tepat supaya ia dapat menutup jerawat dengan baik!
2. Pilih kandungan plaster yang betul
Selain daripada ukuran, kandungan yang berada di dalam plaster juga kena betul supaya dapat membantu masalah jerawat anda. Pada masa yang sama, agar tidak memburukkan lagi kondisi jerawat yang sedia ada. Kandungan yang bagus di dalam acne patch adalah asid salisik, asid niasinamida, zat hidrokoloid dan beberapa bahan kimia tertentu. Jadi ambil lah masa sedikit ketika anda ingin membeli acne patch!
Buat anda yang selalu memakai acne patch, pastikan untuk tidak lupa menggantikan baharu ya. Kesilapan terbesar anda selalu lakukan adalah menggunakan hanya satu plaster dalam tempoh masa yang sangat lama. Ini akan membuatkan fungsi acne patch itu tidak berfungsi dengan baik. Anda dinasihatkan untuk menggunakan sekurang-kurangnya 2 atau lebih unit plaster per jerawat. Jangan lupa untuk gantikan plaster itu jika ia terlampau lama terlekat pada kulit. Ini supaya mengelakkan kompilasi lain yang terjadi.
Akhir kata, fungsi acne patch ini dapat membantu juga untuk merawat masalah jerawat anda tetapi tidak 100 peratus ya. Jadi jangan la anda marah pula jika ia tidak berkesan. Penjagaan kulit dan pemilihan produk skincare yang betul juga anda perlu titikberatkan untuk bantu masalah jerawat. Kebanyakan orang juga cenderung untuk menutup jerawat di muka dengan menggunakan mekap. Bagus tetapi tidak disarankan untuk jangka masa panjang.
Jadi ketahuilah kulit kita perlukan ruang dan bernafas seperti diri kita. Jika kita ingin menggunakan barang di kulit muka dan jerawat pastikan ia tidak terdedah dengan udara. Acne patch ini dikatakan efektif dan pastikan anda memakainya dengan betul. Kesan parut pun menjadi kurang. Jadi, memakai acne patch ini dapat menyembuhkan jerawat jika anda pandai untuk menggunakannya. Selamat mencuba hijabi semua. Semoga tiada lagi Miss J!
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...