Wanita sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada kecantikan dan sentiasa mencari-mencari produk yang mampu memberikan kesan menyerlah pada kulit. Namun anda perlu berhati-hati dengan lambakan produk kecantikan di pasaran kerana tidak semuanya selamat untuk digunakan.

Mesti ramai yang tahu vaseline ni digunakan sebagai pelembap bibir je kan? Korang silap sebenarnya vaseline ni juga boleh digunakan untuk kecantikan taw. Macam-macam yang kita boleh guna sebagai trik utk natural beauty.⠀

Vaseline mengandungi petroleum jelly, minyak mineral dan lilin. Fungsinya bukan sahaja menjaga kelembapan kulit sehingga mempercepatkan proses pemulihan semulajadi kulit.⠀

Bukan sekali pakai je boleh nampak hasil taw! Nak kesan yang lebih cepat dan maksimum guna selalu antara 4-5 kali sehari. Waktu yang paling best nak guna pada waktu malam sebelum tidur sebab waktu ni sel-sel baru akan tumbuh.⠀

TRIK KECANTIKAN VASELINE⠀
*Pudarkan Mata Panda⠀
*Ambil sedikit vaseline, lalu perah lemon. Campurkan keduanya dan kacau rata. Lepastu korang apply dekat bawah mata yg gelap. Tunggu untuk 1 jam dan bersihkan dengan kapas dan konsisten sehingga seminggu dan lihat perubahannya.⠀

IKLAN


KRIM ANTI PENUAAN⠀
Ambil sedikit vaseline, ikut pada penggunaan korang nak banyak mana, cairkan dengan meletakkan diatas air mendidih sampai cair. Lalau tambahkan satu sudu gel aloe vera dan sedikit air mawar. Kacau rata. Apply pada muka sebagai masker sambil urut perlahan-lahan dan bilas keesokan harinya.⠀

MENGHILANGKAN BINTIK HITAM
Ambil sedikit vaseline dan campur dengan 1 sudu susu putih cair. Kacau rata dan applykan pada bintik-bintik hitam dan tunggu 20 minit dan bilas dengan air bersih.⠀

IKLAN



KELEBIHAN VASELINE
*Melembabkan kulit dengan membentuk lapisan minyak yang menghalang terjadinya pemgewapan air pada permukaan kulit yg menjadi punca kulit kering.⠀
*Bila kulit lembap, jerawat pun tak berani nak datang, pori tertutup dan buat kulit muka lebih halus dan bersinar.⠀
*Menguatkan akar rambut dan melembapkan kulit kepala terutamanya yg ada masalah kelemumur⠀

Apa-apa pun kalau mahu cantik mesti rajin dan disipilin. Baharulah boleh dapat kulit yang bukan sahaja sihat tetapi glowing dan flawless tanpa cela.⠀

IKLAN

Sumber kredit: Dieyaamolek

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI