Berdekah gelak bila netizen puji, “Uyaina pakai tudung saji pun lawa”, rupanya ilmu yang Uyaina Arshad kongsi berkenaan trik styling untuk hijabi bercermin mata tuai pujian!
Kalau orangnya dah cantik, pakai tudung apa pun tetap lawa dan terletak elok. Itulah antara komen-komen netizen yang membanjiri hantaran video terbaharu Uyaina Arshad.
Berkongsi trik styling untuk hijabi bercermin mata, bekas juara Pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 itu tampil manis dalam busana vest
dan celana putih lengkap hijab bunga-bunga kecil daripada Galeri Ariani.“Fun fact, I pernah rabun dulu. Tapi lepas buat lasik, macam dapat mata baru. Semua benda jadi jelas.
Anyway, pakai spek ke tak pakai spek ke, you guys still cantik je pakai tudung cemana pun,” tulisnya untuk membalas komen peminat.
Sebenarnya dengan penggayaan yang betul, styling hijab pasti lebih menonjol dan menepati fesyen mutakhir. Antara tip yang boleh diguna pakai adalah memakai cermin mata sebelum memakai hijab. Namun bagaimana cara terbaik mengelakkan hijab nampak kembang di tepi?
(1) Kenali Bentuk Wajah
Sebelum anda memilih cermin mata, kenali bentuk wajah anda terlebih dahulu. Sebaiknya, pilih bingkai yang bertentangan dengan bentuk wajah. Contohnya, jika anda memiliki bentuk wajah yang bulat, bingkai berbentuk petak lebih sesuai dengan anda. Sekiranya anda berwajah petak, pilih bingkai berbentuk bulat.
(2) Pilih Lebar Bingkai Yang Betul
Pastikan kelebaran bingkai tersebut tepat-tepat atau terlebih sedikit daripada muka anda. Sekiranya anda memilih bingkai kaca mata yang lebih lebar daripada muka anda, tentunya tudung anda akan nampak kembang.
(3) Tukar Gaya Tudung
Seeloknya tukar gaya tudung anda kepada gaya loose. Gaya ini akan dapat menyembunyikan wajah anda yang tembam sekali gus mencipta ilusi wajah yang lebih tirus.
(4) Pakai Cermin Mata Di Luar
Cara ini amat membantu untuk mengelakkan wajah anda daripada nampak berisi dan dalam masa yang sama dapat mengelakkan sindrom tudung kembang.
(5) Pilih ‘Temple’ Yang Halus
‘Temple’ yang halus dapat membantu anda mengurangkan sindrom tudung yang kembang. Selain itu, ia juga selesa dipakai dalam jangka masa yang lama apabila diselitkan pada anak tudung.
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/hijabi-berkaca-mata-kalau-nak-nampak-stunning-pakailah-kaca-mata-sebelum-pakai-tudung/