Agak menggemparkan juga, baru-baru ini apabila pengacara Pesona Pengantin, Uyaina Arshad, 27 tahun dikhabarkan sah penghidap sakit jantung. Setelah berehat dalam tempoh ditetapkan, dia dilihat sudah kembali bekerja.

Malah tetap positif meneruskan kehidupan dan urusan kerja seperti biasa. Dalam posting terbarunya, di laman Instagram Uyaina menitipkan pesanan positif kepada followernya.

Menurut Uyaina, ada tiga perkara penting dalam hidup kita. Pertama adalah kebahagiaan, kedua kesihatan dan ketiga adalah menikmati setiap detik penuh bermakna.

Perkongsiannya itu mendapat lebih 16 ribu butang like dan ramai juga turut memberi komen positif.

 

View this post on Instagram

 

Benda paling menakutkan terjadi dekat Yana tadi!! ??? So tadi masa lunch, Yana tidur kejap kat set. Kejap tak kejap jugak lah sejam camtu. WITH MY CONTACT LENSES ON!!! ??? . Pastu masa bangun tu, gosok2 mata. Pastu pelik kenapa mata rasa pedih and kabur. Pastu g toilet la nak check mata ni dah kenapa. Pergi kat cermin pastu tak jumpa lens tu dalam mata!! ???? Dah start cuak dah! . Dah lah colourless lens. Mampusssss nak cari! ? Pastu @tqahadei terus suruh duduk & dia cari pastu keluarkan lens tu dari mata Yana. Rupanya lens tu dah pergi belakang mata & dah terkoyak dua! OMGGGGGG!! MENAKUTKAN! ?? . Dah la spek mata tak bawak! Cemana nak drive balik?! Nasib baik Kak Long yang jaga wardrobe Curi-Curi Cinta ada spek mata power lebih kurang Yana. Kalau tak… Tak tahu lah ??? . So guys, don’t sleep with contact lenses on. Bahaya sangat2. Maybe boleh jadi buta silap2! I’ve learned my lesson! Taubat dah!! ✋?

A post shared by UYAINA (@uyainaarshad) on

IKLAN

Sebelum itu perkongsiannya juga turut menyentuh hati apabila memberitahu bahawa  Allah tidak akan menguji seseorang itu di luar kemampuannya.

Ramai juga yang mendoakan kesihatan Uyaina agar dapat sembuh dari segala sakit yang dihadapinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UYAINA (@uyainaarshad) on

IKLAN

Sebelum ini media melaporkan Uyaina disahkan mengalami penyakit Supraventricular tachycardia (SVT) dan heart valve. Dia disahkan penghidap kompilasi jantung setelah membuat pemeriksaan doktor apabila jatuh pengsan di rumahnya.

Menurut Uyaina yang juga aktif berlakon ini, dia perlu menjalani rawatan susulan secara berkala sebulan sekali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UYAINA (@uyainaarshad) on

IKLAN

“Doktor memberi dua pilihan iaitu mengambil ubat atau menjalani pembedahan.

“Buat masa sekarang, saya masih mendapatkan pandangan mana yang terbaik pada peringkat kesihatan sekarang. Doakan semoga semuanya okey,” katanya sambil memberitahu arwah datuk sebelah mak meninggal disebabkan penyakit jantung.

Artikel Berkaitan: Uyaina Menangis Tak Percaya Dirinya Hidap Sakit Jantung

KREDIT FOTO: INSTAGRAM UYAINA ARSHAD

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI