Uyaina Arshad Tak Pernah Terfikir Akan Bekerja Di Hadapan Kamera, Walaupun Belajar Jurusan Undang-Undang Di Universiti

Share

Kebolehannya beraksi sebagai pengacara cukup terbukti apabila berpeluang mengacarakan rancangan Nona di TV3. Lebih membanggakan apabila Uyaina turut terpilih sebagai juara Pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018. Kemenangan itu menyaksikan Uyaina membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, tiara dan juga sebuah trofi.

Pemilik nama sebenar, Saidatul Naseha Uyaina Arshad ini lahir pada 16 November 1992 memulakan kerjaya awal dalam industri hiburan sebagai pelakon teater. Uyaina telah dinobatkan sebagai juara Pencarian Nona Manis 2015 anjuran TV3, platform yang telah membawa Uyaina ke pentas pengacaraan.

Wajahnya kini juga turut menghiasi program Wanita Hari Ini (WHI), rancangan televisyen bual bicara wanita Malaysia yang disiarkan di TV3.


Kerjaya Uyaina mula berkembang bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia setelah dinobatkan sebagai juara Puteri Muslimah Asia. Memiliki lebih 1 juta pengikut di Instagram miliknya, sekaligus menjadi ikon wanita muda yang semakin dikenali ramai.

Bakat Uyaina dalam bidang lakonan bermula dengan menjayakan watak Maryam dalam drama adaptasi novel Lelaki Kiriman Tuhan lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah.

Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya, Uyaina tidak pernah menyangka yang dia akan terlibat dalam dunia penyiaran dan lakonan.


Berikut perkongsian Uyaina di laman Instagramnya.

Saya adalah seorang anak kampung yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Tak pernah terfikir akan bekerja di hadapan kamera, satu frame dengan orang-orang hebat dalam bidang pengacaraan dan lakonan.

Tapi saya yakin percaturan Allah itu indah. Mesti ada hikmah kenapa saya dibawa ke dalam bidang ini walaupun saya belajar jurusan lain masa dekat universiti dulu.

Buat adik-adik yang baru dapat result UPU, mungkin ada yang suka dan mungkin jugak ada yang tak suka dengan course yang adik-adik dapat.

Tapi jangan risau! Tak ada ilmu yang sia-sia. Dan tak salah pun untuk tak kerja dalam bidang yang kita belajar dulu. Yang penting, kita dapat berdikari sendiri, berbakti kepada orang tua dan jadi orang yang berguna kepada masyarakat.

Sumber kredit: Instagram Uyaina Arshad

Published by
Norhasliza