Umum sedia maklum baru-baru ini usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad bersama pasanganya yang juga seorang ‘influencer’, Syafiqah Aina telah menyewa sebuah kapal terbang terbang khusus untuk membawa staff Ainaa Beauty, orang susah, anak yatim dan warga OKU menunaikan umrah.
Lebih menarik lagi, Hafiz mendedahkan sejak menjejakkan kaki di Mekah dan Madinah, dia mempunyai satu hobi baharu yang sering dilakukan usai menunaikan solat di dua Tanah Suci tersebut iaitu mengambil peluang mengusung jenazah mereka yang meninggal di sana.
Pahala Angkat Jenazah Besar!
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Hafiz mahamad sendiri menerusi satu perkongsian di laman Tik Tok miliknya, dalam video itu Hafiz mendedahkan bahawa dia mempunyai tiga hobi baharu sepanjang berada di Mekah!
Menurutnya, selain gigih berusaha dan merebut peluang mengangkat jenazah, Hafiz
juga sentiasa berusaha merebut peluang solat di kawasan ‘Raudah’ yang dikenali sebagai ‘Taman-Taman Syurga’ serta kerap menziarahi makam baginda nabi Rasulullah saw.
Artikel berkaitan: Selalu Bahagiakan Orang Lain, Syafiqah Aina ‘Hadiahkan’ Ferrari Buat Suami!
“Antara perkara yang saya tidak akan lepaskan peluang adalah ziarah
makam Nabi Muhammad, solat di dalam Raudhah dan satu lagi saya akan
rebut peluang untuk angkat jenazah.
“Setiap kali saya pergi Madinah atau Makkah, selepas menunaikan solat
saya akan usahakan untuk angkat jenazah.
“Pahala angkat jenazah ini besar. Cumanya kalau nak ambil peluang itu
kena pandai cari tempat yang betul,” kongsi Hafiz menerusi beberapa
hantaran di Instagram Stories miliknya.
Hafiz Berhasrat Dikurniakan Rezeki Meninggal Di Mekah
Selain itu, suami kepada Syafiqah Aina itu juga dalam diam menyimpan hasrat untuk dikurniakan rezeki menghembuskan nafas terakhir dan menemui pengakhiran yang baik di Tanah Suci, Mekah.
“Meninggal dunia di bumi Makkah adalah satu rezeki yang besar. Kita kena
minta-minta tau meninggal dunia dekat sini (Madinah), namun sekarang
minta dipanjangkan umur dulu supaya dapat berbakti kepada agama.
“Saya tengok ramai yang ambil peluang untuk usung jenazah, confirm
mereka yang meninggal ini insan-insan syurga. Insyallah. Berjuta orang
yang mendoakan jenazah yang meninggal di sini. Subhanallah,” ujarnya.
Artikel berkaitan: Suka Beri Kejutan & Lihat Isteri Bahagia, Hafiz Mahamad Hadiahkannya Iphone Terbaru!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kita Tak Mampu Nak Kawal, Dalam Pertandingan Kena Terima Seadanya…” – Dewi Remaja
Dewi Remaja kini kembali dengan kemunculan 16 finalis baru yang membawakan wajah-wajah baru dari setiap negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Kesemua 16 finalis berentap di dalam program ini bagi mengejar impian mereka untuk menjadi pemenang Dewi Remaja 2022 dan mengukir nama di dalam industri seni Malaysia. Namun, setelah 4 episod telah di tayangkan di saluran Astro Ria, ramai warganet membuat kecaman di atas posting berkenaan kesemua finalis Dewi Remaja di Facebook.
Eiman, 24, dan Hyeley, 23, peserta Dewi Remaja yang berhijab turut mebincangkan mengenai kritikan yang mereka terima apabila di soal mengenai kecaman dari warganet tentang gaya solekan yang mereka gayakan di dalam program tersebut.
Ini Pertandingan Terimalah Seadanya
Setiap pertandingan pasti ada tugasan dan juga tema yang tertentu bagi menentukan setiap peserta layak untuk kekal bertanding. Pihak produksi juga telah menyediakan cabaran dan juga tema bagi gaya peserta dewi remaja sekaligus untuk memadankan kepada konsep yang ingin ditampilkan di setiap episod.
“Diorang tak cakap pasal make up sahaja tapi cakap pasal paras rupa kitorang.” ujar Eiman. “And that were it came to my mind the beauty standard di Malaysia sangat tinggi” katanya lagi.
Konsep yang dibawakan oleh pihak produksi dan jurusolek cukup kreatif yang membuatkan segelintir warganet sukar untuk terima dengan idea tersebut.
Semua pihak turut memberikan yang terbaik dari setiap sudut tidak kisah solekan mahupun konsep yang dibawakan. Terpulang pada pendapat dan penerimaan masing-masing.
“Bagi Hyeley, pada peringkat masih baru dan hijau ini saya masih belajar dari segi semua sudut.” kata Hyeley berkenaan isu ini. “Kita tak mampu nak kawal sebenarnya jadi apa yang mampu kita lakukan adalah terima sahaja satu persatu.” balas Hyeley terhadap kritikan yang diterima.
Kami Berbakat Bukan Berlandaskan Rupa
Program Dewi Remaja juga telah berjaya melahirkan ramai selebriti tanah air yang cukup hebat seperti Aleeza Kasim, Juliana Banos, Scha Alyahya, Neelofa, Anzalna, Izara Aishah, Raysha Rizrose, SHaza Bae dan juga Anna Jobling.
Finalis Dewi Remaja 2022 menampilkan kepelbagaian dalam beauty standard untuk menunjukkan bahawa rupa paras bukan menjadi pilihan namun bakat yang harus di nilai.
Kedua-dua finalis dewi remaja itu agak kesal dengan pendapat yang disampaikan oleh warganet sehingga ada yang menghencap rupa paras segelintir peserta. Eiman dan Hyeley juga beranggapan bahawa itu hanya sekadar pendapat sahaja dan mereka perlu lebih fokus untuk terus memperbaiki diri.
Bagaimanapun, melihat semula komen di posting itu ada segelintir warganet yang yakin kesemua finalis dewi remaja 2022 ini cantik dan hanya gaya solekan yang membuatkan mereka tampak matang.
Semua orang boleh berikan pendapat dan ada idea tersendiri mengenai “beauty standard” tapi siapa tahu mereka bakal menjadi seorang selebriti yang lebih hebat dari Scha Alyahya dan Neelofa.
Ingin tahu lebih lanjut, saksikan Dewi Remaja 2022 ditayangkan di Astro Ria saluran 104 pada setiap Sabtu, jam 9 malam. Program ini dihoskan oleh pelakon Fikry Ibrahim.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hukum Tag ‘Member’ Di Media Sosial, Ini Jawapan Padu PU Azman Yang Boleh Gerunkan ‘Keyboard Warrior’
Pelbagai cara dilakukan oleh golongan selebriti atau personaliti dakwah masa kini untuk menyampaikan ilmu mereka kepada orang ramai. Dalam zaman digital ini, semuanya boleh disebarkan hanya melalui alam maya. Begitu juga cara PU Azman menyampaikan dakwahnya di media sosial. Beliau menggunakan pendekatan video bagi menjelaskan sebarang hukum atau kekeliruan yang timbul. Baru-baru ini PU Azman juga turut muat turun video berhubung hukum ‘tag’ kawan-kawan di media sosial. Adakah hukumnya jadi haram atau sebaliknya.
Dalam persoalan ini, PU Azman menjelaskan, ia bergantung pada niat seseorang itu. Menurutnya boleh mention atau tag untuk tujuan yang berfaedah atau tidak mengaibkan atau untuk memaklumkan sesuatu info tentang perkongsian page ilmu.
Haram juga hukumnya jika kita tag atau mention nama seseorang itu untuk memalukannya. Misalnya jika kita tag memberitahu perbuatannya yang memalukan dalam ruangan komen. Dan ini secara tidak langsung akan mengaibkan dirinya di media sosial.
Justeru belia menasihatkan agar sentiasa berhati-hati dengan setiap perbuatan itu kerana boleh jadi haram dan ia bergantung pada niat. Beliau juga menambah lebih baik untuk terus sahaja Direct Message sekiranya tagging kita itu boleh memalukan dirinya kelak.
A post shared by pencetus ummah azman (@pu_azman) on
Perkongsian yang dimuat turun empat hari lalu ini telah mendapat lebih setengah juta tontonan dan lebih 6 ribu komen.
@uziryo Waalaikumussalam ustaz terima kasih
@iamdynos@naajeel semoga memberi manfaat … jngan marahhh
@amalinsyirah_@ysmn_azman semuanya bergantung pada niat..hahahahahaahaha
Sebelum ini pun PU Azman ada menggunakan cara sama jika mahu menyampaikan atau memberi nasihat kepada pengguna laman sosial.
ADA SEGELINTIR YANG TIDAK AMBIL TAHU. Tukang edit : @ameershah48
A post shared by pencetus ummah azman (@pu_azman) on
Caranya yang simple dan ada kalanya lucu ini mendapat perhatian netizen yang menyukai gaya persembahannya itu.
Malah ada juga antara netizen yang bertanya soalan terus kepadanya dalam ruangan komen.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM PU AZMAN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Produk Baru Di Pasaran, Manfaat 1001 Kecantikan. Rugi Tak Miliki!
Produk kecantikan di pasaran seperti cendawan tumbuh, namun bukan bererti anda perlu membeli tanpa membelek isi kandungannya. Bukan semua kandungan sesuai dengan kulit wajah dan badan seseorang namun ada diantara kandungan di dalamnya memberi manfaat 1001 kecantikan yang perlu anda miliki.
Jom semak 10 produk kecantikan wajah, rambut dan solekan dalam senarai produk terbaharu di pasaran. Semua produk yang dipaparkan di Hijabista dipilih secara bebas oleh editor. Namun, apabila anda membeli sesuatu melalui pautan runcit kami, kami mungkin mendapat komisen gabungan. Hanya perlu klik di pautan nama jenama untuk terus melihat harga barangan di atas talian.
1. Clarins Total Eye Lift
Serum pencerahan mata yang hebat ini adalah campuran unik dari ekstrak tumbuhan yang sangat berkesan yang mensasarkan seluruh kawasan mata. Untuk mata yang cerah dan cantik sepanjang tahun, krim kontur mata ini menghilangkan garis, bengkak dan lingkaran hitam.
Kajian yang belum pernah terjadi sebelumnya yang dilakukan oleh Clarins Research menunjukkan bahawa persepsi usia dari mata bergantung pada tanda-tanda yang dikenal pasti. Super Restorative Total Eye Concentrate mensasarkan semua tanda ini dari setiap kajian. Lima tanda yang kelihatan di kawasan mata muda dipulihkan. Diuji secara dermatologi dan oftalmologi, Clarins Total Eye Lift ini mengembalikan ketumpatan pada kulit di sekitar mata. Menghilangkan lingkaran hitam dan bengkak serta mencerahkan mata serta mencantikkan bulu mata.
2. Clarins Double Serum
Clarins Double Serum adalah konsentrasi kawalan usia lengkap yang diformulasikan untuk membantu bekerja pada 5 fungsi penting untuk kulit yang kelihatan lebih muda. Clarins Double Serum bertindak pada penampilan tanda-tanda utama penuaan kulit dan mengandungi 21 ekstrak tumbuhan aktif, termasuk kunyit. Kunyit terkenal dengan khasiat anti penuaan yang luar biasa.
Tombol tekan putar botol memberikan dos serum yang dibuat untuk mengukur. Kulit dibiarkan kelihatan lebih berseri, lebih kencang, dan garis halus dilicinkan. Hasil dari pemakaian serum ini, muka bercahaya dan kesegaran dikembalikan pada warna kulit juga liang pori-pori semakin berkurang.
3. Clarins Contour Treatment Oil – Contouring/Strengthening
Kontur badan yang berkesan, melembapkan dan menyahtoksin dengan produk penjagaan badan yang penuh dengan minyak pati. Penuh dengan kebaikan semula jadi yang menjaga kulit. Minyak badan yang memberi tenaga dengan 100% ekstrak tumbuhan tulen termasuk Broom, Geranium dan Marjoram – membantu menghilangkan toksin untuk merampingkan kulit dan mencegah sponginess.
Kulit tegang dan bertenaga. Minyak Hazelnut terkunci dalam kelembapan, menjadikan kulit lembut, tegang dan selembut satin. Esensi aromatik memberikan rasa relak dan ketenangan keseluruhan. Rawatan yang menggembirakan untuk kaki yang letih! Badan disucikan dengan Clarins contour treatment oil, berkontur dan halus. Sangat berkesan semasa digunakan untuk mengurut. Tanpa pewarnaan. Produk kecantikan badan ini, pemenang rahsia pembentuk badan terbaik merangsang dan menegangkan tisu kulit serta melindungi daripada penyahhidratan.
4. Drunk Elephant E-Rase Milki Micellar Water
E-Rase Milki Micellar Water yang kaya dengan Ceramide diformulasikan untuk menghilangkan solekan, kotoran, pencemaran, dan bakteria secara menyeluruh dan lembut dari kawasan muka dan mata tanpa pemekaan, kerengsaan, atau pelucutan mantel asid kulit. Kombinasi unik dari ceramida pelembap, minyak tumbuhan, dan vitamin E memberikan formula keistimewaannya.
Dibuat dengan misel ultra-ringan, vitamin E yang menenangkan, tambahan asid lemak dan kaya dengan antioksidan, minyak tumbuhan tanpa wangian (marula, baobab, mongongo, wild melon seed, ximenia seed, passionfruit, and sweet almond), E-Rase menyuburkan kulit sementara melarutkan dan menghilangkan solekan dan kotoran, adalah penghalang yang menyokong, dan boleh digunakan bila-bila masa anda memerlukan penyegaran kulit yang cepat. E-Rase cukup lembut untuk digunakan di seluruh kawasan, termasuk di sekitar kawasan mata dan bibir, untuk menghilangkan solekan (sebelum, sesudah, atau pembersihan malam) dan diformulasikan pada pH 5.0.
5. Drunk Elephant Virgin Marula Luxury Facial Oil
Minyak Virgin Marula seperti pemulihan untuk kulit anda. Kaya dengan antioksidan kritikal dan omega 6 dan 9, marula memberi khasiat dan keseimbangan sambil mengembalikan cahaya muda dan kekal dalam bentuk yang paling murni. Dari minyak marula, minyak tulen hampir tidak tersentuh oleh sebarang bahan kimia atau wangian, semula jadi atau sintetik. Minyak yang sangat mudah diserap ini akan cepat masuk dan mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan. Sesuai untuk semua kulit, termasuk yang paling sensitif.
Drunk Elephant menggunakan proses pengekstrakan dan penapisan tekan mentah proprietari, menghasilkan bentuk minyak yang paling tulen dan pekat, dan yang dapat diserap dengan polifenol antioksidan halus dan asid lemak sokongan penghalang yang dipelihara. Minyak marula mengandungi kepekatan polifenol yang lebih besar daripada coklat gelap atau teh hijau atau hitam, yang bermaksud pertahanan antioksidan yang kuat terhadap pencemaran dan merosakkan radikal bebas persekitaran.
6. KIEHL’S New Powerful-Strenght Line-Reducing & Dark Circle-Diminishing Vitamin C Eye Serum
Serum Vitamin C mengurangkan garisan halus dan lingkaran gelap di mata, formula penambahan terbaru dari barisan pakar dermatologi kiehl’s, yang merangkumi kegemaran pecinta produk kecantikan jenama ini. Pakar Kiehl menambah Vitamin C mengembangkan formula baru yang berkesan untuk membantu menangani masalah mata. Dirumus khas untuk kawasan mata, Kiehl’s Powerful-Strength Line-Reducing & Dark Circle-Diminishing Vitamin C Serum Mata mengandungi sumber tenaga kuat. Kompleks Tri-Peptida, Asid Hyaluronik, + 10% Vitamin C tulen yang secara klinikal terbukti dapat mengurangkan garis-garis halus, bengkak & untuk mengurangkan penampilan lingkaran gelap biru dan coklat.
7. FOREO UFO & Masks FOREO LUNA
Rawatan topeng pintar UFO hanya memerlukan 90 saat penggunaan dua kali sehari, pagi dan petang, bergantung pada keperluan kulit dan pilihan peribadi anda. Ya! UFO & LUNA berfungsi dengan lebih baik berus pencuci muka LUNA mengelupas sel kulit mati dengan lembut, membuka liang pori dan menghilangkan sehingga 99.5% kotoran dan minyak, memberikan kanvas yang sempurna untuk rawatan topeng UFO.
FOREO UFO bersama topeng dan program yang telah ditetapkan menawarkan kecekapan atau hasil yang sama seperti ketika digabungkan dengan UFO Activated Mask. Teknologi Hyper-Infusion direkayasa secara khusus untuk membantu menyerap esensi lebih mendalam ke dalam kulit, lebih cepat. Selepas rawatan, hanya urut sisa-sisa pati ke kulit anda.
UFO selamat digunakan dan sesuai untuk semua jenis kulit. Selain itu, bergantung pada keperluan khusus kulit anda, pilih dari pelbagai Masker Aktif UFO yang berbeza yang memenuhi keinginan penjagaan kulit yang berbeza. UFO selamat digunakan di bawah mata dengan perlahan-lahan meluncurkan peranti ke seluruh kawasan mata, dengan berhati-hati menggunakan tekanan minimum.
UFO adalah rawatan wajah yang lembut, sesuai untuk semua jenis kulit. Walau bagaimanapun, anda harus berjumpa dengan doktor anda sebelum menggunakannya sekiranya anda mempunyai prosedur perubatan baru-baru ini. Muat turun aplikasi FOREO ke telefon pintar atau tablet anda. Tekan butang universal untuk menghidupkan. Lampu putih yang berkelip menunjukkan UFO berada dalam mod berpasangan.
Rawatan Make My Day dan Call It a Night diprogramkan di UFO dan tidak memerlukan penggunaan aplikasi FOREO. Walau bagaimanapun, untuk membuka kunci semua Masker UFO yang tinggal, anda mesti memuat turun aplikasi FOREO dan memilih rawatan anda atau mengimbas kod bar di bahagian belakang setiap sachet UFO Activated Mask untuk mengaktifkan rawatan.
8. Ryo “Hamchosoo” scalp treatment
Label penjagaan rambut premium Korea Selatan, Ryo memperkenalkan rangkaian perawatan kulit kepala “Hamchosoo” serba baru yang diformulasikan dengan bahan semula jadi yang digunakan oleh nenek moyang dari ritual tradisional Korea. Rangkaian penjagaan kulit kepala “Hamchosoo” mempunyai dua penyelesaian syampu dan perapi yang berbeza. “Ryo Calamus Shining Shampoo” dan “Ryo Calamus Shining Conditioner” untuk membersihkan kulit kepala untuk rambut berkilau dan “Ryo Evening Primrose Volumizing Shampoo” dan “Ryo Evening Primrose Volumizing Conditioner” untuk menyuburkan kulit kepala dan menguatkan rambut.
Ryo Calamus Shining Shampoo dan Perapi
Ryo Calamus Shining Shampoo dan Conditioner dalam rangkaian “Hamchosoo” diformulasikan dengan surfaktan murni dari alam semula jadi dengan aroma herba segar dan aromatik. Produk ini diformulasikan dan dihasilkan 100% secara ilmiah di Korea dengan formula yang terdiri dari bahan semula jadi dan bebas dari minyak silikon, bahan haiwan, dan pewarna sintetik. Ekstrak calamus membersihkan dan menenangkan kulit kepala sambil menambahkan kilauan yang sihat pada rambut anda. Ryo Calamus Shining Shampoo dan Conditioner yang serba baru ini sesuai untuk kulit kepala yang lembap, berminyak, dan rambut yang kasar dan kasar.
Ryo Evening Primrose Volumizing Shampoo dan Perapi
Ryo Evening Primrose Volumizing Shampoo dan Conditioner dalam rangkaian “Hamchosoo” diformulasikan dengan bunga ubat yang kuat dengan aroma bunga dan herba. Produk ini diformulasikan dan dihasilkan 100% secara ilmiah di Korea dengan formula yang terdiri dari bahan semula jadi dan bebas dari minyak silikon, bahan haiwan, dan pewarna sintetik. Ekstrak primrose malam memberi khasiat pada kulit kepala dan menganjalkan rambut. Ryo Evening Primrose Volumizing Shampoo dan Conditioner yang baru sesuai untuk kulit kepala kering dan rambut yang lemah dan terkulai.
9. NUDESTIX SHADE EXTENSIONS – NUDIES BLUSH, BRONZE, AND GLOW
Nudies Bronze di Terracotta Tan dan Nudies Glow in Bubble Bébé dikurasi bersama dengan artis solek selebriti, Jose Corella yang terkenal dengan penampilannya yang lembap, keemasan, dan bergaya dengan mudah.
Nudies serba boleh ini memberikan hasil warna yang kaya dan tahan lama, yang dibuat dengan formula Korea yang inovatif, sebagai nuansa ringan namun mewah. Menggambar warna nude yang mudah dan kelihatan ‘solekan tanpa solek’ yang lebih muda. Vegan, hypoallergenic, gluten-, brutal- dan bebas pewangi, Nudies Matte Blush, Bronze, dan Glow pasti menjadi bahan utama di setiap gudang solekan. Taylor Frankel, Pengasas Bersama NUDESTIX menambah, “Warna Nudies baru Blush, Bronze dan Glow adalah tambahan yang sempurna untuk rangkaian NUDESTIX. Mereka menyanjung setiap warna kulit dan merupakan kaedah terbaik untuk mencapai tanda tangan kita agar kelihatan nude tetapi kelihatan lebih menyerlah. ”
10. Fenty Beauty Snap Shadows Mix & Match Eyeshadow Palette Super Rich Color.
Palet pembayang mata mini mudah alih boleh didapati dalam dua warna edisi terhad baru untuk Musim luruh. Muncul tanpa hangover dalam 9 warna (rich, neutral burgundy) dan ((vivid pops of forest green).
Setiap palet mini 6-pan menyajikan kisah warna yang unik, dari smoky hingga pastel hingga neutral sempurna untuk warna kulit anda. Dikemas dengan warna yang kaya, halus, bercampur dengan pelangi matte, berkilau, dan kemasan berkilauan, setiap warna dipilih secara khusus oleh Rihanna untuk memberikan warna yang sebenarnya anda mahu gunakan tidak ada lagi warna yang terbuang!
Untuk hasil terbaik, bersiaplah dengan Pro Filt’r Amplifying Eye Primer, beri masa sebentar. Sapukan eye shadow menggunakan berus pembayang mata Fenty Beauty. Cuba gunakan warna glitter dan logam dengan jari anda untuk mendapatkan hasil maksimum.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI