Diam tak diam kita sudah hampir sampai ke penghujung Ramadan. Dalam bergembira menyambut Syawal, ada antara kita yang sedih untuk meninggalkan bulan penuh mulia ini. Ramai menangis mengenangkan betapa masanya sudah hampir tamat untuk melakukan banyak amal ibadat di bulan Ramadan ini.
Seperti perkongsian Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa yang memberi ingatan kepada netizen untuk menangis di hujung Ramadan ini. Banyak perkara yang perlu ditangisi sebelum berakhirnya bulan paling mulia dari seribu bulan ini.
Ayuh ikuti perkongsian Ustazah Norhafizah yang boleh kita jadikan peringatan untuk diri kita sendiri.
MENANGISLAH! MENANGISLAH! Di hujung Ramadhan ini, tangisanlah menjadi penawar untuk penyakit hati… tangisan melembutkan hati yg keras… menangislah untuk hati yg masih belum bisa memaafkan…
hati yg belum redho… hati yg belum bersyukur… hati yg masih lupa tujuan hidup… hati yg sibuk dgn dunia… menangislah juga utk hati yg dikecewakan manusia… mudah2an jadi kaffarah yg sempurna… menangislah utk hati yg tidak pandai menyayangi dan menghargai …
Ads
mudah2an dgn tangisan itu mata hati lebih jernih… menangislah utk ramadhan yg telah disia-siakan… mana tangisanmu utk kematian yg semakin mendekat tapi bekalmu semakin menipis… menangislah utk setiap tangisan yg tidak ada makna hanya kerana makhluk … menangislah utk mata mu yg kering tanpa airmata walau rukuk dan sujud di hadapan Allah…
Ya Allah berapa banyak tangisan yg akan menyelamatkan… dari jurang hina dan binasa… Ya Rabb kurniakan kami airmata yg Engkau redhoi.
Ads
Bersyukurlah andai saat ini Allah datangkan jalan utk menangis kerana kasihNYA kepada kita.
Siapa tidak kenal dengan pelakon yang utama drama bersiri Kiah Pekasam, Rozita Che Wan atau Che Ta yang membawa bibit-bibit percintaan bersama suaminya, aktor kacak, Zain Saidin.
Terbaharu, Hijabista difahamkan pelakon jelita itu kini sedang bercuti bersama adik beradik perempuannya, Ayu Raudah dan seorang kakak bersama ibunya tanpa kehadiran suami masing-masing.
Penampilan Bak ‘Model’ Che Ta Ke Pasar Beli Telur Raih Perhatian!
Justeru, percutian mereka ke Vienna kali ini boleh dikategorikan sebagai ‘girls trip’. Namun, apa yang lebih menarik perhatian bukanlah ketidakhadiran suami mereka, tetapi penampilan Che Ta yang terkenal sebagai ratu ‘OOTD’ apabila tampil dengan gaya mewah ketika bercuti di Vienna, Austria.
Malah, muatnaik hantaran di laman Instagaram Che Ta baru-baru ini turut berjaya menkadi sorotan dan bualan netizen, apabila rata-rata akui terhibur dengan foto dan kapsyen yang ditulis Che Ta itu.
Hantaran berkenaan memaparkan Che Ta yang bergaya serba mewah memperagakan jaket tebal bertona Putih, shawl bulu, lengkap bertopi serta berkaca mata hitam hanya untuk ke pasar membeli telur dan minyak masak telah membuatkan netizen terhibur.
“Nak pergi market, nak cari telur dan minyak kejap. Punya lapar nasi, sejuk pun boleh tahan,” tulis Che Ta ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati, rata-rata netizen dan rakan artis menyifatkan gayanya itu sebagai balas dendam ekoran lebih dua tahun tidak dapat berkunjung ke eropah akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia.
Berikut beberapa komen yang ditinggalkan peminat, netizen dan rakan artis yang berjaya menarik perhatian Hijabista.
Selain puji-pujian terdapat juga komen-komen nakal dari peminat yang berseloroh dengan hantaran yabg dimuatnaik Che Ta, kerana gayanya yang terlajak menyerlah hanya untuk membeli barangan dapur di pasar.
Terdahulu, menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Che Ta memaklumkan dia kini sedang bercuti bersama adik beradik perempuannya, Ayu Raudah dan seorang kakak bersama ibunya tanpa kehadiran suami masing-masing.
Pemberian cahaya mata adalah sebuah penantian yang didambakan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Anak menjadi bukti cinta serta menambah erat kasih sayang antara pasangan suami isteri.
Pelakon dan usahawan, Mia Ahmad atau nama penuhnya Samihah Ahmad Baderi, 35, telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga, pagi semalam. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh suaminya iaitu, Mohd Izham Tarmizi, 32, melalui laman Instagram.
“Assalamualaikum. Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan baby girl anak ke 3 kami,1.25am pagi tadi (Selasa).”
Suami Mia yang juga merupakan penjaga gol Sri Pahang FC tersebut tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih buat semua yang telah mendoakan kesihatan isterinya itu.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakannya. semoga dipermudahkan uruskan kalian semuanya” tulisnya.
Hasil tinjauan Hijabista, peneraju utama Hati Perempuan(2015) dilihat memuat naik video anak keduanya iaitu Iris dua hari lalu. Mia akui ‘beremosi’ mengenangkan hari tersebut merupakan hari terakhir puterinya bergelar seorang ‘adik’. Maklumlah, lepas ini kena tukar status kepada seorang kakak!
“Last day jadi ’adik’ harini… InshaAllah esok title kakak dah dia.. Mommy emotional lah…
“Ya Hafiz Ya Muhaimin.. Yang Maha menjaga dan Mengawasi, daku serahkan anak-anakku, keluarga ku, seluruh isi bumi untuk dijaga dan diawasi oleh Mu.” tulis Mia.
Menjengah ke ruangan komen hantaran yang dimuat naik oleh Izham, rata-rata netizen, rakan artis serta pemain telah membanjiri dengan ucapan tahniah serta mendoakan kesihatan mereka. Bahkan, hantaran tersebut kini telah meraih lebih 19K kesukaan.
“Syukran alhamdulillah..TAHNIAH buat keduanya & lil princess welcome to the world cucunda..doa baby & mom sihat sjhtera & sntiasa dlm lindungan Allah SWT & menjadi anak yg solehah berjaya dunia akhirat..Amin”
“Tahniah Izham dan Mia dapat cahaya mata ketiga semoga dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat..”
Alhamdulillah, Hijabista turut mengucapkan tahniah buat Mia dan suami, tidak lupa untuk mendoakan agar zuriat yang dilahirkan menjadi anak yang solehah kelak dan berjaya dunia akhirat.
Terdahulu, Mia telah berkahwin dengan Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 serta dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sayf Issa yang berusia 4 tahun dan Iris yang kini berusia 2 tahun.
Imam al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu’ab telah mentakhrijkan daripada Sayyidina Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, katanya : “Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Sesiapa yang membaca pada malam Jumaat ‘Ha Mim ad-Dukhan’ dan ‘Yasin’, jadilah dia pada pagi harinya dalam keadaan diampuni.”
Al-Ishbihani meriwayatkan dengan lafaz :
“Sesiapa yang membaca ‘Yasin’ pada malam Jumaat dia diberi keampunan.” – [Hadith ini disebutkan oleh Imam al-Munziri di dalam kitab al-Targhib dengan katanya; “Hadith ini diriwayatkan oleh al-Ishbihani.”
Inilah antara dalilnya bagi pengamalan bacaan surah Yasin pada malam Jumaat sebagaimana diamalkan sekian lama oleh umat Islam di Alam Melayu-Nusantara, walau pun terdapat hadith-hadith lain yang menyarankan pada malam Jumaat juga dianjurkan membaca surah ad-Dukhan, al-Baqarah, Ali-‘Imran, dan al-Kahfi dengan kelebihannya yang tersendiri.
Pemilihan surah Yasin yang dijadikan amalan membacanya secara beramai-ramai pada malam Jumaat adalah kerana surahnya tidak terlalu panjang dan bersesuaian pula dibacakan pada waktu ruang antara selesai solat Maghrib dan sebelum waktu solat Isya. Manakala, surah-surah lain itu pula boleh dibuat secara bersendiri mengikut kemampuan masing-masing.
Sementara itu, surah al-Kahfi pula boleh diamalkan pembacaannya secara beramai-ramai selepas selesai solat Subuh berjemaah, iaitu sejurus selepas berwirid dan berdoa, kerana ruang itu memadai bagi menghabiskan surah al-Kahfi sebelum menunaikan solat sunat Dhuha. Ia juga boleh dibaca sebelum sampai waktu solat Jumaat.
Pembacaan surah al-Kahfi pada siang hari Jumaat ini berdasarkan beberapa hadith, sebagaimana disarankan oleh Baginda Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam, antaranya :
Al-Hakim dan al-Baihaqi telah mentakhrijkan daripada Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, daripada Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam, sabda Baginda :
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan mendapat cahaya di sepanjang masa di antara dua Jumaat.” – [Al-Hakim berkata : “Hadith ini sahih.” Ibnu Hajar berkata : “Hadith ini adalah hadith hasan dan ia hadith yang terkuat mengenai surah al-Kahfi.”
Sa’id bin Mansur telah mentakhrijkan hadith mauquf daripada Abu Sa’id al-Khudri dengan lafaz :
“Dia akan mendapat cahaya di antara tempatnya dengan Kaabah.”
Sa’id bin Mansur juga mentakhrijkan daripada Khalid bin Ma’dan katanya : “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi sebelum munculnya imam [pada hari Jumaat], dia akan mendapat kaffarah dosanya di antaranya dengan Jumaat itu dan cahayanya sampai ke Kaabah.”
Ibnu Mardaweih telah mentakhrijkan daripada Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, katanya : “Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka terbitlah cahaya dari bawah kakinya mencecah sehingga ke langit tinggi meneranginya pada Hari Kiamat dan dia diberi keampunan [terhadap dosanya] di antara dua Jumaat.”
Berdasarkan pada huraian serba ringkas ini, diharapkan tidak akan ada lagi perbalahan antara sesama umat Islam mengenai isu ini sekali gus mempertikaikan pula pengamalan bacaan surah Yasin pada malam Jumaat sebagaimana dilakukan oleh sebahagian besar umat Islam di Alam Melayu-Nusantara ini secara istiqamah.
Moga bermanfaat. Apa yang penting ialah kita teruskan beramal demi mencapai keredaan Allah ‘Azza wa Jalla, kerana perbalahan dalam perkara yang kecil dan khilafiyah sifatnya ini tidak membawa sebarang manfaat, melainkan umat ini hanya tergelincir dalam perkara sia-sia. Wallahu a’lam.
Sosok Khadija Omar mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menjadi peserta berhijab pertama pada pertandingan ratu cantik MIss Universe 2024.Gadis yang berasal dari Timur...