Baik lelaki mahupun perempuan cenderung untuk menjadi seorang yang baran akibat gagal mengawal amarah.
Sikap atau tabiat seseorang yang pemarah kemungkinan dipengaruhi oleh perubahan persekitaran serta gaya hidup sehingga mencetuskan tindakan luar kawal.
Perempuan baran biasanya mudah bertindak agresif sehingga boleh mencederakan orang lain.
Pendakwah jodoh, wanita dan keluarga Ustazah Asmak Husin berkongsi satu hantaran di akaun Instagram dan TikTok peribadinya di mana beliau ada menjelaskan dua ciri-ciri perempuan baran.
“Kepada sesiapa yang nak kenal macam mana dikatakan perempuan baran ada dua perkara (ciri-ciri).
“Pertama, tengok ego orang yang baran ni biasanya dia nak menang je, dia je betul.
“Lepas tu meninggi diri. Kalau dengan lelaki pun tak kalahlah dengan lelaki.
“Kedua pula, biasanya mulut dia tu ringan asyik nak memaki, nak marah menjerit tak tentu.
“Lepas tu kadang-kadang baling barang. Perempuan ni bila nak marah ataupun baran, dia baling barang cepat tanpa terkawal.
“Siapa ada dua kategori ini kena berhati-hati.”
Ustazah Asmak Husin turut menitipkan doa bagaimana untuk berhadapan dengan golongan baran ini.
“Baiklah saya share satu doa bagaimana nak handle perempuan atau lelaki yang baran.”
Doa Nabi Daud a.s untuk meluluhkan hati seseorang: –
Ya Allah, luluhkan hatinya untukku, sebagai mana Engkau telah meluluhkan besi untuk Nabi Daud a.s.
Di akhr video, Ustazah Asmak Husin mengharapkan agar circle
kita semua bebas daripada sikap baran yang tidak terkawal.BACA JUGA: Rasa Cepat Melenting & Panas Baran, Ini 5 Teknik Untuk Kawal Kemarahan Dengan Mudah