Allah SWT menguji semua manusia dengan pelbagai dugaan dan bencana serta wabak penyakit termasuk Covid-19 yang dihadapi oleh dunia sekarang. Selain pencegahan dari aspek kesihatan dari segi kerohanian juga jangan kita abaikan.
Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan kesabaran dan (menunaikan) solat.” (Surah Al-Baqarah: 153) Allah SWT menjelaskan bahawa cara yang terbaik untuk meminta pertolongan Allah dalam menghadapi pelbagai musibah (di antaranya kesulitan dalam hidup dan wabak penyakit serta apa jua bencana) adalah dengan bersabar dan solat.”
Namun dalam keadaan penularan Covid-19 semua orang perlu berhati-hati. Jika ada tanda-tanda demam dan kurang sihat, lebih baik buat amal ibadat di rumah sahaja.
Berikut perkongsian Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre
Ada kaedah dalam Islam berdasarkan hadis لا ضرر ولا ضرار Salah satu maknanya adalah,
“Tidak boleh memudaratkan diri dan memudaratkan orang lain”
Syariah Islam sangat menghargai pandangan dan kepakaran doktor perubatan maka ikutlah nasihat pihak Jabatan Kesihatan.
Kalau ada yang kata “takkanlah buat ibadah pun terhalang dgn nasihat doktor? Kuatkanlah aqidah!” Jawapannya, aqidah Islamlah yang mengajar kita supaya “الأخذ بالأسباب” iaitu bukan sekadar tawakkal tapi berusaha dan berusaha sebaiknya. Rasulullah sendiri ajar bab kuarantin. Rasulullah pergi perang pakai topi besi dan baju besi tau, bukan “pakai” aqidah yang mantap saja tau.
Sumber kredit: Syed Abdul Kadir Aljoofre
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI