Sebagai seorang pendakwah, boleh menyalurkan ilmu pengetahuan di mana-mana sahaja dan dalam apa jua cara. Seperti yang kongsikan oleh Ustaz Mohd Kazim Elias yang memberitahu kebaikan jika seseorang itu mengamalkan surah As Syura. Menurutnya ayat 19 dari surah berkenaan boleh melembutkan hati seseorang.
Malah dengan amalan berzikir juga boleh memohon untuk dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.
Begitu juga dengan jika dilakukan pada kanak-kanak dengan meletakkan tapak tangan di dada atau ubun-ubun kepala. Ini adalah untuk memohon agar Allah memberi jiwa yang lembut kepada mereka.
Menurutnya, amalan membaca surah As Syura ini juga amat sesuai diamalkan di zaman sekarang yang mana cukup terdedah dengan pelbagai kata-kata keji dan nista serta fitnah dilemparkan.
Tambahnya lagi, jika mengalamai situasi berkenaan, beliau akan membaca surah ini sebagai zikir memohon kelembutan hati dan dimurahkan rezeki.
Ustaz Kazim meninggalkan pesanan ini dalam laman sosial twitter dan facebooknya. Di facebooknya sahaja perkongsian ini menerima respon positif di kalangan netizen.
Uni Umi Asalamualaikum ustaz. Terima kaseh berkongsi ilmu. Semoga memberi manafaat pada yang mengamalkannya. Akak dah lama amalkan sejak ustaz bagi diceramah2 ustaz. Alhamdulilah akak mohon halalkan ilmu yang ustaz berikan disetiap ceramah. Walaupun akak belajar melalui you Tube tapi banyak yang akak dapat. Semoga Allah sentiasa melindungi ustaz dan memberi kekuatan, ketabahan serta kesabaran. Jaga kesehatan ustaz dan jangan lupa makan ubat.
Harlina Baharudin Slm.ustaz sy mula amal ayat ni selepas tgk ustaz dlm satu rancangan TV..sy cri ayt ni dlm terjemahan Al Quran..sy hafal dan fhm maknenya..sya ajr kt ank2 srh mrk hafal..alhamdullillah x lm lps tu Allah bg rezeki yg x disangka2 n ada perubahan pd ank2..alhamdullillah..
Zeeda Leeda Terimakasih Ustaz, mohon perkongsian ini di dunia sehingga akhirat dan moga ķita semua mendapat safa’at dariNya …..
Sekuntum Mawar Idah Kasan Alhamdulillah…tmksh ustaz ats tnjuk ajar ilmunya moga bermanfaat buat kami semua..
Jadi kepada hijabi yang berdepan situasi ini, boleh amalkan surah As Syura dan berdoa semoga diberi kelembutan hati bagi yang sering melemparkan sifat negatif pada diri kita. Juga untuk dimurahkan rezeki oleh Allah. Insya-Allah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gadis Cantik Ini Digelar Doktor Selebriti & Kisahnya Pernah Tular Kerana Ada 2 IC. Ini Penjelasannya!
Nama personaliti ini mula jadi bualan ketika hadir di Perhimpunan Agung Umno atas jemputan Kelab Umno Luar Negara yang lalu. Bukan sahaja cantik tetapi bijak dan dia juga pandai bergaya. Ramai menggelarnya doktor selebriti kerana penampilannya seperti model (jika dilihat dalam laman sosial instagramnya). Doktor Syarifah Nur’ Insyirah Saifuddin Shah, 25 tahun baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kedoktoran dari Kursk State Medical University, Russia Jun lalu. Kejayaannya menamatkan pengajian di bidang perubatan dalam usia yang masih muda ini memang cukup membanggakan.
A post shared by DR. AFFA ROVNA (M.D) (@insyirahsyerry) on
Walaupun dia kini sedang menunggu surat panggilan untuk memulakan perkhidmatan sebagai doktor, tetapi gadis cantik ini tetap masih mengulang kaji setiap hari supaya ilmu dipelajari tidak dilupakan.
Malah oleh sebab orang tahu dirinya pelajar perubatan, ramai yang bertanya tentang penyakit di (PAU) biarpun dia masih belum ‘posting’ sebagai doktor pelatih (housemanship). Dia yang meminati bidang perubatan sejak kecil lagi turut menjadikan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Sukor sebagai idolanya.
Gadis kelahiran Kuala Lumpur yang mesra di sapa Affa merupakan anak tunggal kepada pasangan ibu bapa berdarah campuran Melayu, Cina dan Belanda sebelah ibunya, dan pakistan, Arab dan Indioa pula di sebelah bapanya.
Buat masa ini Afa berkhidmat sebagai penasihat kecantikan di sebuah syarikat di Setia Alam dan pada hujung minggu pula, akan bekerja secara sambilan sebagai pembaca berita di sebuah stesen televisyen swasta.
A post shared by DR. AFFA ROVNA (M.D) (@insyirahsyerry) on
Ini bermakna, selain bergelar doktor perubatan, Affa juga turut digelar doktor selebriti kerana minatnya dalam bidang fesyen juga cukup terserlah setiap kali melihat foto yang dimuat turun di laman instagramnya. Affa dilihat cukup bijak bergaya dan ada kelas tersendiri.
Tidak hairanlah dia turut berjinak-jinak dalam dunia peragaan untuk mengisi masa terluang. Gadis manis ini juga turut dilantik menjadi jurucakap produk kecantikan jenama antarabangsa, Airish London di negara ini.
Dia juga sebenarnya punya cerita tersendiri kerana pernah jadi tular gara-gara mempunyai dua kad pengenalan sejak 13 tahun lalu.
Sebelum ini beliau pernah berhadapan dengan masalah apabila terpaksa membiasakan diri memegang dua jenis kad pengenalan yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Ini kerana satu kad pengenalan biasa digunakan memaparkan nama dan maklumat penempatan dirinya dan satu lagi kad bertujuan untuk mengesahkan nama penuhnya.
Sepanjang mempunyai dua kad pengenalan itu, dia tidak lupa ketika urusan melanjutkan pengajian ke luar negara kerana ditahan berjam-jam di Jabatan Imigresen untuk memastikan kebenaran yang dia memang mempunyai dua kad pengenalan.
Menurutnya dia mengalami kesukaran apabila melakukan urusan rasmi termasuk berdepan dengan Jabatan Imigresen sama ada dengan kerajaan Rusia atau Malaysia sendiri.
My last day as “Gadis 2 IC” LOL ? #aboutTimeAfa #Malaysian
A post shared by DR. AFFA ROVNA (M.D) (@insyirahsyerry) on
Ada yang tidak percaya keaslian kad berkenaan kerana nama ayahnya diasingkan daripada kad pengenalan asal.
Malah dia juga perlu meyakinkan orang ramai berhubung ketulenan kad pengenalan dan berdepan masalah jika mahu mengisi borang yang mempunyai ruang yang pendek.
Dan satu lagi masalah sering dihadapi adalah apabila beliau juga berdepan masalah untuk mengisi maklumat butiran peribadi terutama ketika menjalani ujian peperiksaan sejak bersekolah rendah lagi. Dia perlu mengisi dua borang kerana ruang nama yang disediakan tidak mencukupi.
Bagaimanapun pada Oktober lalu, Sharifah Insyirah sudah boleh menarik nafas lega apabila akhirnya mempunyai satu kad pengenalan.
PROSEDUR BIASA JIKA KAD PENGENALAN LAMA
Menurut Unit Perhubungan Awam JPN sebelum ini, penggunaan dua kad iaitu kad pengenalan dan satu lagi kad pengesahan nama adalah satu prosedur biasa.
Ia dilakukan sekiranya nama seseorang individu itu agak panjang dan melebihi ruang ditetapkan.
Bagaimanapun, JPN menyatakan ianya hanya ditetapkan untuk kad pengenalan lama memandangkan Mykad kini mempunyai cip simpanan melebihi 80 aksara. Malah, setakat ini tiada lagi penggunaan dua kad membabitkan Mykad.
JPN menasihatkan orang ramai terutama yang masih menggunakan kad pengenalan lama supaya mengemas kini kepada Mykad baru di cawangan terdekat bagi memudahkan segala urusan rasmi.
SUMBER: MSTAR & ROJAK DAILY
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Maryam Istiqamah Memakai Khimar Di Korea Walaupun Dipandang Pelik
Pempengaruh dan juga selebriti, Maryam Younarae berniat untuk mempraktik dan memperluaskan pemakaian khimar di Malaysia sejak permulaaan dirinya menjinakkan diri dengan memakai tudung kira-kira setahun lalu.
Cubaan Maryam Memakai Khimar Di Korea
Menurut perkongsian Maryam dan suami, dia telah memakai Khimar ketika berjalan di Korea dan memasuki pasar semasa percutiannya sebulan lalu. Namun begitu, dia mengaku bahawa dirinya agak terkilan dengan reaksi daripada orang-orang negeri kelahirannya.
“Pada Oktober lalu, saya balik ke Korea. Saya ada berkongsi video memakai khimar ketika ke pasar. Video tersebut telah viral dan setakat ini menerima 12 juta tontonan.
“Orang-orang di Korea melihat saya dalam keadan pelik. Sebagai manusia, saya juga ada perasaan takut dan tertanya-tanya apa kesalahan yang saya telah lakukan.
“Buat pertama kalinya, saya mengadu kepada Allah. Kalau nak saya memeluk Islam, kenapa lahirkan saya sebagai orang Korea dan bukannya orang Malaysia? Kenapa beri saya ujian susah?,” ujarnya lagi.
Tidak Pernah Lemah Semangat Untuk Menyebarkan Islam
Walau dipandang pelik dan sering dikecam di media sosial, dia tidak pernah merasakan lelah untuk menyebarkan ajaran dan keindahan agama Islam
“Setelah puas berdoa kepada Allah, tiba-tiba saya dapat jawapan. Memandangkan saya berasal dari Korea dan telah memeluk Islam, mungkin saya merupakan orang tengah dalam penyebaran agama Islam di situ .
“Saya akan terus tunjukkan perkara yang baik-baik. Sama seperti mana Ryzal, suami saya menunjukkan tentang Islam tanpa sebarang paksaan semasa di awal perkenalan kami dahulu
“Bila saya sudah mula terbiasa dengan tunjuk ajar dari Ryzal, saya mula mengkaji sendiri tentang Islam. Bagi saya ia adalah proses dan kita tidak boleh terus berubah 360 darjah” ujarnya.
Titik Permulaan Maryam Ingin Menjual Khimar MaryamNarae
Pada masa yang sama, Maryam juga turut memaklumkan bahawa dia telah memulakan bisnes pakaian muslimah ini sebagai tanda untuk menghargai nikmat rezeki yang telah dikurniakan Allah.
“Ramai tahu saya peroleh rezeki yang banyak daripada Allah SWT. Setengah orang bila dapat rezeki, mereka hanya berterima kasih dan terus diam.
“Bagi saya, bila kita dapat rezeki, kita kena memanfaatkan pemberian itu. Allah nak kita memanjangkannya untuk perkara yang baik. Ini cara saya memanfaatkan rezeki yang diberi,”
Maryam juga ingin menqinfaqkan Khimar jenamanya sendiri ke masjid-masjid supaya dapat memudahkan orang lain untuk merasai pengalaman memakai pakaian itu sendiri.
“Bagi orang yang tak tahu mengenai khimar terutamanya ahli keluarga dan rakan-rakan saya, mereka selalu tertanya-tanya saya tak panas ke? Selesa ke?
“Jadi, saya mahu mereka cuba sendiri. Oleh itu, saya sudah merancang untuk mewakafkan khimar ini di masjid-masjid di Malaysia serta Korea Selatan,” akhirinya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya Inilah Sebab Mengapa Udara Dalam Masjidil Haram Sentiasa Rasa Bersih & Selesa
Masjid Al-Haram atau Masjidil Haram adalah masjid yang terpenting bagi umat Islam kerana sejarah dan peranannya terhadap umat Islam seluruh dunia.
Sebagai tempat utama menunaikan salah satu Rukun Islam, menunaikan haji, masjid ini terletak di Kota Makkah dan dibina mengelilingi Kaabah, iaitu Kiblat umat Islam apabila mengerjakan solat.
Sebahagian daripada rukun haji perlu dilakukan dalam kawasan Masjidil Haram, iaitu Tawaf Ifadhah, ialah mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali bermula pada sudut Al-Hajarul Aswad menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan. Tawaf hendaklah dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar Hijir Ismail/Syazarwan.
Di Masjidil Haram mempunyai loji penyejuk terbesar di dunia! Atau dalam bahasa Inggerisnya disebut the world largest cooling plant!
Musim panas begini, masuk je ke kawasan Masjidil Haram pun terasa sejuk dan nyaman bukan? Lebih lagi di kawasan yang berpenghawa dingin itu. Musim panas pun terasa nyaman benar di situ. Jika musim sejuk pula boleh menggigil dibuatnya.
Berikut perkongsian Masnira Ramli
Melalui pembacaan saya, cara loji penyejuk di Masjidil Haram bekerja begini:
🌬Menggunakan teknologi penulenan udara ultraviolet supaya suhu dalam Masjid tidak melebihi 32 darjah Celsius.
🌬Ia bagi mengekalkan suhu, tahap kelembapan dan keseimbangan udara yang sangat penting bagi melindungi stuktur masjid dan demi keselesaan Jemaah serta pekerja.
🌬Proses penapisan di jalankan 9 kali sehari sebelum membebaskan udara segar yang dirawat dengan baik ke dalam masjid. Bayangkan berjuta orang berada di dalam Masjidilharam pun inshaALLAH udaranya sihat dan baik dengan teknologi!
🌬Proses penapisan udara untuk memastikan 100% udara
bersih itu melalui 3 peringkat:
1) Memindahkan udara ke dalam penapis menggunakan kipas
2) Kemudian, dari udara tersebut bahan cemar diasingkan
3) Hanya udara yang bersih sahaja dilepaskan kembali.
Macam filter yang kita selalu guna di rumah. Tapi yang ini saiznya berganda lebih besar. (rujuk gambar) Macam belajar fizik pula.
Terdapat 2 stesen utama yang mengawal proses penyejukkan di Masjidil Haram. Stesen Ajyad dan Stesen Shamiya.
Stesen di Ajyad yang menghasilkan 35,300 tan penyejukkan. Central station ini mengawal bahagian 3rd expansion di Masjidilharam termasuk kawasan Saie Safa dan Marwa.
Kawasan station ini jugalah yang bakal mengawal semua kawasan baru yang bakal siap pada masa akan datang.
Sistem backup juga telah disediakan. Jika mengalami kerosakan atau tidak berfungsi automatic back up sistem terus diaktifkan. Patutlah tak pernah rasa Masjidil Haram black out atau aircond tak berfungsi.
Segalanya macam sempurna kerana sentiasa dikawal rapi dengan baik. Dikawal selia oleh Engineer dan juruteknik yang berkelayakkan tinggi.
Sistem penyejukkan di Masjidil Haram ini telah direka lebih awal seiring dengan projek pembesaran yang sedang giat dilaksanakan sehingga kini.
Sekarang sudah jelas bukan kenapa udara dalam Masjidil Haram sentiasa rasa bersih dan selesa. MashaALLAh tabarakallah. Di sebalik keberkahannya yang tidak sangsi, terdapat sistem yang hebat telah gunakan demi keselesaan jemaah.
Sumber kredit: Masnira Ramli
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI