Dewasa ini ramai yang begitu prihatin menjaga kuku dan pancaindera yang satu ini memang diberi perhatian khusus hingga sanggup merapikan kuku setiap minggu. Tidak salah untuk memanjakan tangan, tetapi bukanlah caranya dengan menyimpan kuku panjang. Memang nampak cantik setelah merapikannya, tetapi hukum yang diberi ustaz ini juga menakutkan.

Jika ada yang menyimpan niat, sila abaikan kerana kuku pendek itu lebih terjamin kebersihannya.

Ini jawapan Ustaz Azhar Idrus bagi lelaki atau perempuan yang menyimpan kuku panjang menyerupai orang kafir.

Menurutnya, sunat bagi kita memotong kuku lebih rendah daripada jari. Hukumnya jadi harus pula jika kita menyimpan sama tinggi dengan jari.

Dan jika kuku panjang lebih dari jari, hukumnya tidak berdosa tetapi jatuh makruh. Walau bagaimanapun, jika kuku itu panjang menyerupai orang kafir, hukumnya terus jatuh haram.

Ada pula yang berkata dosa menyimpan kuku panjang ini umpama membela sekandang babi. Menurut beliau, ia tidak betul. Tetapi tetap menekankan hukum membela kuku panjang menyerupai orang kafir adalah HARAM.

Wallahualam.