“Mungkin Dia Tak Tahu…” – Ustaz Ini Jelaskan Garam Dan Limau Bukan Barang Sihir Tapi Boleh Lemahkan Jin!

Share

Tular satu perkongsian video menunjukkan salah faham tentang beberapa ‘bahan’ yang di jumpai di sekitar rumah seorang artis tempatan sebagai cubaan menyihir.

Video itu mendapat banyak tentangan oleh kerana ‘bukti’ yang ditunjukkan itu bukanlah suatu benda yang berunsur jahat. Malah, ia lebih kepada memagar rumah dan mengusir ‘anasir jahat’.

Artikel berkaitan: Atasi Masalah Sakit Sendi & Angin Dalam Badan Dengan Ais & Limau. Boleh Sembuh Dengan Izin Allah!

Limau Dan Garam Lebih Digunakan Untuk Perubatan Islam

Merujuk kepada seorang ahli Pusat Rawatan Islam Al-Idrus, Ustaz Shafiq Mujahid, menjelaskan bahan-bahan yang ditunjukkan itu lebih digunakan untuk membantu proses perubatan Islam. Bahkan, perkongsian itu banyak di bahas semula oleh wargamaya.

“Garam digunakan untuk pagar rumah. Begitu juga daun Bidara dan Limau yang boleh melemahkan gangguan jin dan berfungsi sebagai ‘pemagar’ rumah,

“Tidak pernah lagi tujuan sihir menggunakan bahan ini. Kebanyakan pusat rawatan Islam, Darul Syifa, dan saya sendiri untuk proses rawatan.” katanya.

Artikel berkaitan: Nasi Cepat Basi Akibat Sihir? Ada Beberapa Petua Untuk Elakkan Perkara Itu Berlaku!

Ustaz Shafiq juga jelaskan bahawa bahan-bahan itu juga digunakan sewaktu proses memandikan jenazah. Manfaat dari setiap bahan itu banyak menjurus kepada menyingkirkan dan melemahkan ‘anasir jahat’. Malah, anda juga boleh lakukan sendiri untuk memagar rumah.

“Jin sangat lemah dengan daun Bidara. Sebab itu, jenazah dimandikan bersama air daun Bidara untuk mengusir jin,

“Limau ada satu bauan yang tidak disukai jin. Begitu juga sifat asidnya yang begitu alergik oleh jin juga. Sama seperti garam,

“3 bahan tadi boleh digabungkan serta anda juga boleh buat sendiri. Ambil segenggam garam, satu baldi air, dan 3 genggam daun bidara lumat atau tidak. Kacau sekali dan siram di sekitar rumah. Cukup untuk perkongsian dan ilmu bonus

buat anda!” ujarnya selepas menjelaskan salah faham itu.
@pusatrawatanalidrusKhas Untuk Mereka Yang Bertanya. Sekadar Kongsi Ilmu!♬ original sound – Pusat Rawatan Al Idrus

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee