Bagi pasangan yang mendapat zuriat tentunya ia menjadi saat-saat yang sungguh membahagiakan. Apatah lagu jika kehadiran si kecil itu sememangnya amat dinanti-nantikan. Salah satu amalan yang sering dilakukan apabila menerima kehadiran si kecil adalah amalan bertahnik.
Tahnik adalah perbuatan mengunyah tamar atau manisan umpamanya madu yang kemudian disapukan kepada lelangit bayi baharu lahir. Bagi mengelakkan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ketua keluarga boleh melakukan sendiri tahnik terhadap bayi baharu dilahirkan sama ada di rumah atau pusat rawatan.
Cara nak tahnik anak kita sendiri
Sayyidina Abu Musa al-Asy’ari menceritakan, “Aku telah mendapat seorang anak lelaki, lalu aku membawanya kehadapan Nabi Muhammad SAW Baginda SAW menamakannya dengan Ibrahim dan mentahnik (belah mulut) nya dengan sebiji kurma”. HR Imam Muslim
Berdasarkan hadis ini, Sunnah Bertahnik. Kaedah atau kaifiat sahaja berbeza. Banyak kaedah tahnik ini. Maksudnya hendak baca apa, hendak mula mana dulu. Banyak dan semua betui إنْ شَآء الله.
Berikut perkongsian Ustaz Don Daniyal Don Biyajid:
1) Al-Marhun TG Dato Haron Din (saya tengok depan mata)
2) TG Ustaz Taufik Mat Husin
FB : https://www.facebook.com/taufik.husin.35
(Saya hubungi minta pandangan. Ini ketika saya masih belajar lagi)
3) Habib Ali Zainal Abidin @habibalizaenalalhamid
(Saya tengok depan mata dan Habib siap ulang dan beritahu lagi)
4) Ustaz Muhadir Hj Joll
Jadi, dalam video ini saya buat, kawan-kawan boleh buat juga.
BAGAIMANA HENDAK TAHNIK ANAK SENDIRI:
LANGKAH 1
Sediakan kurma (ajwah terbaik) dan air zamzam (dapat macam dalam botol kecil seperti botol cecair titis ubat mata pun sudah cukup)
LANGKAH 2
Istighfar (agar Allah ampun dosa kita (bapa), dan nanti hendak doa, mudah Allah kabul)
LANGKAH 3
Mula dengan Al-Fatihah.
LANGKAH 4
Ayat Kursi (boleh mula بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم atau terus baca sahaja. Betul cara kedua-duanya)
LANGKAH 5
-Selawat Syifa
-Selawat Kamilah
LANGKAH 6
-Qul huwaALLah
-Qul A’uzubirab bil falaq
-Qul A’uzubirab binnas
LANGKAH 7
Amik Kurma. Kunyah-kunyah sampai lembik. Amik dengan jari. Kalau takut, pakai jari kelingking kecil sediikit. Biasanya jari telunjuk. Masuk dalam mulut bayi. Nanti tonton video macam mana hendak masukkan dalam mulut anak. Ada caranya.
LANGKAH 8
Sambil jari dalam mulut, bacakan ayat 3 Surah Ali Imran.
LANGKAH 9
Cabut jari. Suap air zamzam. Bacakan doa yang saya baca. Itu dari Arwah TG Dato Haron Din. Doa itu dalam video.
LANGKAH 10
Baca Doa. Bab ini boleh baca apa saja doa. Apa saja bahasa. Semua Allah faham. Yang penting, keikhlasan hati seorang Bapa mendoakan anaknya.
Doalah dengan penuh:
– ikhlas
– tawadhuq
– berharap Allah dengaq n perkenankan
– sungguh-sungguh.
HIJABISTA: Anak anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkan masa depan anak-anak.
Sumber kredit: Ustaz Don Daniyal Don Biyajid