Pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal berjaya menyentuh hati dan sanubari penonton yang hadir ke Konsert ‘Agungnya Cinta: Menyusuri Sirah Baginda’ sewaktu menyampaikan tazkirah pada konsert sambutan tahun baharu 2023.
Pada sesi tazkirah yang mengambil tempat di Pusat Konvensyen Sime Darby itu, Ustaz Don sendiri gagal menahan air matanya ketika sedang menceritakan kisah Rasulullah SAW sewaktu baginda menghadapi sakaratul maut dan kemudian wafat.
Pengunjung Konsert Titiskan Air Mata, Sebak Dengar Kisah Kewafatan Baginda SAW
Apa yang lebih memeranjatkan apabila, Ustaz Don tidak menangis keseorangan kerana ramai pengunjung dan penonton juga gagal mengawal emosi masing-masing.
Para Pengunjung turut menitiskan butir-butir air mata keinsafan, tatkala mendengar kisah perjuangan pemimpin terulung yang tiada tandingannya yang selayaknya menjadi inspirasi dalam kehidupan setiap umat Islam.
Menurut laporan akhbar tempatan, gaya dan penyampaian Ustaz Don pada konsert itu begitu juga memainkan peranan, terutama ketika berkongsi tentang keperibadian Nabi Muhammad SAW.
Gaya penyampaian yang menarik ini, sekaligus berjaya memikat hati penonton tanpa mengira usia, malah rata-rata penonton yang hadir seramai 500 orang begitu tekun mendengar tazkirah yang disampaikannya.
Selain itu, ‘Konsert Agungnya Cinta: Menyusuri Sirah Baginda’ ini adalah satu inisiatif yang digarap untuk tampil dengan alternatif berbeza bagi meraikan sambutan ambang tahun baharu yang penuh dengan pengisian kerohanian.
Ads
Konsert ini berbeza dengan konsert sambutan tahun baharu yang lain kerana menampilkan bukan sekadar hiburan semata-mata, dalam masa yang sama konsert ini bertujuan mendidik hati setiap penonton agar mencintai Nabi Muhammad SAW.
Malah, selain pengisian kerohanian penonton yang hadir juga turut dihidangkan dengan pelbagai persembahan memukau daripada penyanyi nasyid terkenal tanah air seperti Raihan, UNIC dan Mirwana.
Penyanyi lagu Sumpah, Naim Daniel juga turut kelihatan bagi memeriahkan konsert yang berlangsung selama tiga jam itu.
Persembahan dan pengisian konsert itu, turut diselang-seli dengan tazkirah oleh dua pendakwah selebriti iaitu Ustaz Don Daniyal dan Imam Muda Megat Mohd Zaid.
Lebih menggamatkan suasana adalah penampilah khas, Man Raja Lawak juga melakukan sketsa dengan mendendangkan syair tradisi oleh Galuh Cendra Kirana.
Untuk rekod, konsert amal ini merupakan anjuran Afocus Media Ventures (AMV) dengan kerjasama Yayasan Unit yang berhasrat mahu meneruskan tradisi ‘konsert secara islamik’ penuh dengan perkongsian ilmu-ilmu ukhrawi sambil mendekatkan diri dengan sejarah para pemimpin Islam.
Ads
Justeru itu, sebarang acara yang memupuk semangat ‘mengenali Rasulullah SAW’ menerusi lagu mahupun tazkirah perlu dikekalkan dan terus disemai, agar kesedaran dikalangan orang ramai, khususnya umat Islam dapat dipupuk dalam diri individu dan juga masyarakat.
Sekadar info, sebahagian hasil sumbangan konsert bakal disalkurkan bagi tujuan kebajikan dan pendidikan insan-insan yang memerlukan.
Pelakon wanita ‘anak mami’ berdarah utara, Izara Aishah sentiasa membuatkan warga maya kagum dengan kecantikkan semulajadi yang dimilikinya meskipun tidak berdarah kacukkan.
Baru-baru ini Izara sekali lagi memukau netizen dengan kejelitaannya yang tak ubah seperti ‘wanita timur tengah’ apabila tampil dalam busana mewah patuh syariah yang bergemerlapan rekaan pereka fesyen selebriti terkemuka Rizman Ruzaini.
“Ya Allah, dia ni lawa betul ya. Muka macam arab gitu.”
Busana itu digayakan Izara sewaktu dia menghadiri festival fesyen Islam dan berkongsikan momen tersebut menerusi beberapa hantaran foto dan video di laman Instagram miliknya.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran tersebut, rata-rata netizen yang melihat video itu meninggalkan komen positif dengan memuji kecantikan Izara persis orang arab.
Malah tidak kurang juga yang gembira dengan perkembangan terkini Izara yang dilihat begitu menjaga aurat dan semakin dan patuh syariah walaupun masih berfesyen dan bergaya, sekaligus meletakkan Izara pada ‘class’ yang tersendiri.
Terkejut Baca Komen! Ini respon Izara.
Bagaimanapun, diantara komen-komen positif itu, terdapat satu komen dari pengguna media sosial yang menjadi perdebatan netizen sekaligus menarik perhatian serta mendapat respon balas dari Izara sendiri.
“Harap-harap pereka yang ada dekat Malaysia ni rosakkan imej solehah sebenar pada Izara.” Komen pengguna media sosial
Namun, ramai yang berpendapat bahawa individu berkenaan telah tertinggal satu perkataan, sehingga menyebabkan komen yang ditinggalkan berbaur negatif hingga menimbulkan salah faham.
“Banyak kali nak faham kan.. tertinggal satu perkataan.. “TAK” l kot..”
“Rasanya macam tertinggal perkataan ‘tak’ sebelum ayat ‘rosakkan imej solehah’ kan? Ghisau.” Komen warganet
Akhirnya pemilik komen tampil dan bersuara untuk menjernihkan semula kekeliruan itu dan mengakui kekhilafan dirinya yang tertinggal satu perkataan ketika menulis komen berkenaan.
“Haa lah tinggal “tak” patutlah Izara “😳”
Tu lah tinggal “tak” tu patutlah orang salah faham.” Balas pemilik komen itu.
Dalam keadaan sekarang ini, rumahlah lokasi paling selamat. Jika tiada urusan-urusan yang penting maka lebih eloklah kita menghabiskan masa di rumah sahaja. Maka sebab itulah kita harus memastikan kediaman sentiasa bersih, kemas, selesa dan segar agar kita lebih bersemangat menjalankan urusan-urusan di rumah sepanjang hari.
Bagi mereka yang bekerja dari rumah (WFH) tentunya memerlukan suasana yang lebih tenang dan mendamaikan. Ia bagi memastikan urusan-urusan kerja dapat dijalankan dengan baik tanpa gagal.
Keadaan rumah yang selesa menjadi pemangkin kepada pekerja yang komited dengan tanggungawab. Bekerja di rumah bukan bermakna produktiviti akan terjejas atau berkurang. Faktor persekitaran yang selesa memainkan peranan untuk mereka yang bekerja dari rumah.
Berikut dikongsikan tip agar keadaan dalam rumah bukan sahaja kekal kemas dan teratur tetapi wangi dan segar.
TIP RUMAH KEKAL WANGI
Jom wangikan rumah…sis belek-belek baca diinternet dan jumpa 4 tip ini. So sis letak sini kita amalkan ramai-ramai. Good luck you all and good luck to me.
1. HABUK TAK MELEKAT PADA PERABOT
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Cara-cara: Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum
2. KILATKAN LANTAI RUMAH
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Cara-cara: Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
3. WANGIKAN RUMAH
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka
Cara-cara: Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
4. SEGARKAN BILIK AIR
Bahan-bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Cara-cara: Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Kesimpulannya rumah yang bersih berbau wangi, segar dan bersih akan memberikan mood yang positif. Dengan cara ini kita akan lebih betah berada lebih lama di rumah.
Kebimbangan terhadap penularan wabak koronavirus (Covid-19), Kerajaan Arab Saudi hari ini mengeluarkan arahan rasmi menggantung sementara kemasukan jemaah umrah dari 25 negara berkuatkuasa hari ini.
Bilangan negara dimasukkan ke dalam senarai larangan masuk berkenaan kini mencecah sembilan, susulan kebimbangan terhadap penularan coronavirus. Antara negara yang terlibat ialah China, Taiwan, Hong Kong, Iran, Itali, Korea Selatan, Macau, Jepun, Thailand, Malaysia, Indonesia, Syria, Yemen, Azerbaijan, Kazakhstan, Somalia dan Vietnam.
Rakyat Iraq kini turut dilarang berkunjung ke sembilan negara, iaitu China, Iran, Jepun, Korea Selatan, Thailand, Singapura, Itali, Bahrain serta Kuwait, kata menteri itu dalam satu dekri yang dilihat oleh Reuters.
Visa Umrah Digantung
Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan awal hari ini memaklumkan, penggantungan itu termasuk bagi program ziarah Masjid Nabawi di Madinah. Kerajaan Arab Saudi turut menggantung visa pelancongan dari negara yang berdepan ancaman coronavirus.
Ia bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut sama ada keputusan tersebut akan memberi kesan kepada musim haji pada kali ini yang bermula pada akhir Julai depan.
Positif Jangkitan
Menurut Kementerian itu, penggantungan tersebut termasuk bagi program ziarah Masjid Nabi di Madinah dan individu yang menggunakan visa pelancong dari negara-negara yang terjejas akibat COVID-19.
Setakat ini tiada kes positif COVID-19 dilaporkan di Arab Saudi kecuali melibatkan seorang warganya yang ketika ini berada di Kuwait dan ditahan di sana untuk menerima rawatan.
Sementara itu di Iran setakat ini 19 orang disahkan meninggal dunia kerana Covid-19. Angka berkenaan dijangka terus bertambah susulan beberapa penambahan bilangan rakyat mereka yang positif Covid-19.
Menurut kementerian itu, langkah berkenaan bagi memberikan perlindungan sepenuhnya terhadap keselamatan penduduk dan setiap individu yang berhasrat mengunjungi Arab Saudi bagi tujuan mengerjakan umrah atau menziarahi Masjid Nabawi atau sekadar melancong.
“Prosedur ini hanya bersifat sementara dan tertakluk kepada penilaian semasa pihak berkuasa Arab Saudi,” jelas kenyataan itu.-Bernama
Sumber: SINAR HARIAN
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...