Ustaz Azhar Idrus Tegur TikToker Buat Prank Melampau, Jadikan Panduan Untuk ‘Content Creator’

Share

Tular beberapa hari lalu tentang video prank di media sosial di mana seorang pempengaruh sanggup menekup sebiji kek pada muka seorang wanita. Ramai yang berang dengan adegan yang dia lakukan terhadap wanita itu.

Artikel berkaitan: Bergurau Sakan Sampai Sembunyi Barang Orang Lain, Ada Hukum Buat Demikian

Ada cara lain untuk buat ‘prank‘…

Video yang dimuat naik oleh seorang pempengaruh itu telah pun meraih ramai perhatian orang. Difahamkan, ramai yang kurang bersetuju dengan tindakan lelaki tersebut.

Hal ini menyebabkan pempengaruh itu di kecam teruk sehinggakan dia di tegur oleh selebriti tanah air kerana video ‘prank

‘ itu sangat biadab. Tambahan lagi, di dalam video tersebut wanita itu datang bersama anak lelakinya yang berkerusi roda.

Tidak mendiamkan diri, pempengaruh itu juga turut di tegur oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan menjelaskan hukum ‘prank‘ atau bergurau menurut pandangan agama Islam.

Cuba untuk ubah ‘content’ kearah lebih manfaat

Beliau menerangkan perkara itu di kuliah agamanya baru-baru ini dan mengharapkan jadi panduan buat semua pempengaruh serta ‘kaki prank‘ di luar sana yang ingin mencari konten yang menarik.

“Kita Islam ini yang terbaik. Serius pun Rasulullah, bergurau pun Rasulullah. Contoh terbaik adalah Rasulullah. Baginda bergurau tak macam kita bergurau,

“Kita macam orang hilang akal. Nak buat content, banyak view, yang haram pun haramlah.” katanya.

Kata beliau lagi, biarkan konten itu berlandaskan dengan keimanan serta mempunyai inti pati yang boleh memberikan manfaat buat orang ramai. Mungkin dalam masa yang sama boleh mendapat pahala dengan ilmu yang di kongsi.

“Sebab itu, apa jadi sekalipun, iman dan Islam jaga kita. Kamu layan TikTok, dengan iman dan Islam. Kamu layan Youtube, dengan iman dan Islam. Kamu buat content untuk Facebook, dengan iman dan Islam. Maknanya akidah tak lari, syariat kita betul,

“BUat content yang baik. Contohnya, kita pandai mencandat sotong. Hah, tunjuklah dalam video beberapa minit. Itulah caranya…buat yang baik,

“…ambil ayat al-QUran, ambil tafsir, baca maksud ayat…dua minit. Duit dapat, boleh berdakwah lagi.” ujarnya.

Artikel berkaitan: Islam Memang Tak Pernah Tegah Kita Bergurau Tapi Janganlah Sampai Mengaibkan

Dalam kekalutan isu itu, pempengaruh itu tampil bersama wanita yang menjadi ‘mangsa’ untuk meminta maaf serta menjelaskan situasi yang berlaku. Katanya, itu semuanya merupakan lakonan semata-mata bagi sebuah program.

Sumber: Youtube Ustaz Azhar Idrus

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee