Bayangkan jika anda sudah mencecah usia 40-an, dan bentuk badan anda persis anak dara yang berusia 18 tahun? Ramping, langsing dan kurus! Pasti semua orang mahu memilikinya!
Ramai diantara kita mengalami masalah berat badan yang teruk apabila usia semakin meningkat. Alasan-alasan seperti tidak mempunyai masa untuk bersenam, terlalu sibuk dengan urusan kerja rumah dan stamina sudah tidak kuat menjadi antara alasan untuk mengelat dari memiliki bentuk badan yang ideal.
Usah buntu! Kami tampilkan tip terbaik untuk memiliki bentuk badan yang langsing walaupun sudah meningkat usia!
30 Minit Sudah Tidak Memadai
Ubah corak senaman anda! Jika usia semakin bertambah, maka anda juga harus menambah tempoh senaman anda! Bukan kurangkan ya! Sekiranya sebelum ini anda selalu bersenam selama 30 minit sehari dan ia berkesan untuk mengekalkan bentuk badan anda walaupun anda tidak menjaga pemakanan. Tetapi setelah umur mencecah 30an, anda perlu menggandakan tempoh senaman anda kepada 45 sehingga 60 minit selama empat kali seminggu untuk hasil yang lebih memuaskan.
Kardio Tidak Membantu Anda Kurus
Ha! Seperti tempoh senaman, bentuk senaman juga harus ditukar untuk disesuaikan dengan umur anda! Jika sebelum ini berjalan dengan pantas atau joging boleh membuatkan anda kurus dengan cepat, kini ia sudah tidak memadai lagi. Apa kata untuk menjadikan rutin senaman anda lebih menarik dan berkualiti, selang-selikan senaman kardio dengan mengangkat berat kerana hanya dengan cara ini tahap metabolisme anda kekal aktif serta membantu anda kurus dengan cepat di samping dapat membina otot.
Bersenam Dengan Berterusan
Jangan berhenti bersenam! Ramai diantara kita yang mudah berpuas hati dengan bentuk badan yang dimiliki dan berhenti dari bersenam. Cuba setkan dalam fikiran, anda bersenam untuk sihat. Pasti anda akan sentiasa bermotivasi untuk melakukan senaman!
Setelah anda membina otot tetapi tidak mengamalkan senaman secara berterusan, pada usia 30-an, otot anda akan kurang beratnya di mana ia akan menjadi lebih kecil dan menggeleber. Lebih memeningkan kerana apabila ini terjadi, lemak akan mudah terbentuk di sekeliling otot walaupun anda merasakan yang anda menjaga pemakanan anda. Jadi, jangan sesekali berhenti bersenam!
Baca juga: Latihan ‘CrossFit’ Mampu Melenyapkan Masalah Kulit Berlebihan, Ini Fakta Yang Wajib Anda Baca!
Bersenam Dengan Betul
Lebih baik sekiranya umur anda sudah mencecah 30-an, janganlah anda memilih senaman yang terlalu ekstrem kerana walaupun anda mahu membina otot untuk meningkatkan tahap metabolisme, anda perlu menjaga sendi dan tulang anda juga. Sekiranya anda ke gimnasium, dapatkan khidmat nasihat jurulatih di situ. Ataupun anda boleh memilih senaman yang sesuai seperti yoga atau pilates yang sememangnya ada tenaga pengajar untuk memantau anda.
Rehat Jika Perlu
Jika anda terlalu memaksa diri untuk bersenam tanpa rehat, ia juga memberi beban yang tinggi kepada tubuh badan anda. Akhirnya, anda tidak dapat melakukan senaman secara konsisten. Usah bebankan tubuh badan anda. Bersenam dengan cara dan masa yang betul. Ingat ya! Badan anda juga diperlukan untuk jangka masa yang lama!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI