Usia Anak Hampir 2 Bulan, Ernie Zakri Bersederhana & Tidak Mahu Membazir Beli Baju Raya Nur Khawla

Share

Tiada yang dapat menggambarkan perasaan teruja dan gembira apabila berpeluang meraikan bulan Ramadan bersama keluarga tercinta. Begitulah perasaan yang dirasai oleh pasangan sejoli, Ernie Zakri dan Syamel apabila kehadiran puteri sulung mereka, Nur Khawla Soleha mewarnai sambutan Ramadan pada tahun ini.

Berbicara soal sambutan Ramadan bersama puteri sulungnya, Hijabista menemu ramah secara eksklusif pelantun lagu Ku Bersuara dan Boneka, Ernie Zakri tentang pengalamannya menyambut bulan suci Ramadan ini sebagai seorang ibu.

“Pengalaman puasa yang sangat berbeza..”

Menyentuh soal pengalamannya berpuasa bersama anaknya, Ernie Zakri menyatakan bahawa ia merupakan sebuah pengalaman yang berbeza dan indah. Sebagai seorang ibu yang masih menyusukan anaknya, bulan Ramadan kali ini mengajar dirinya erti tanggungjawab yang sebenar.

“Sebagai seorang ibu yang masih menyusukan anak, ia memberi rasa keterujaan kepada diri saya. Walaupun berpuasa, saya harus memastikan anak saya mendapat bekalan susu yang secukupnya,” ujarnya gembira.

Namun, tambahnya lagi, sebagai seorang wanita yang masih baru bergelar ibu, sememangnya ia bukanlah proses yang mudah. Setiap hari pasti ada sahaja kesukaran dan cabaran yang dihadapinya, namun ia merupakan proses terbaik untuk dirinya belajar menjadi ibu yang baik kepada Nur Khawla Soleha.

“Jujurnya, ia bukanlah sebuah proses yang mudah. Saya mengalami sedikit kesukaran saat pertama kali bergelar ibu. Cabarannya lebih kepada menyusukan anak dan kadang-kala saya jadi sedikit buntu apabila anak menangis. Tak tahu sama ada dia mahukan susu atau sebaliknya.

Tetapi saya ambil pengalaman ini sebagai sebuah proses untuk saya belajar dan memperbaiki setiap kelemahan diri saya untuk menjadi seorang ibu yang baik kepada anak saya,” tambah Ernie.

“Tidak terlalu berbelanja raya untuk Nur Khawla..”

Kongsi Ernie, sambutan Ramadan kali ini amat bermakna buat dirinya dan suami. Namun, dari segi perbelanjaan raya, dia lebih selesa untuk berbelanja secara sederhana untuk Nur Khawla kerana puteri sulungnya  itu masih lagi kecil.

“Nur Khawla berusia dua tahun pada sambutan Aidilfitri tahun ini. Jadi, perbelanjaan rayanya bersederhana sahaja. Apa yang penting, kehadirannya mengubat sedikit rasa sayu apabila kami meraikan Aidilfitri nanti tanpa ibu mertua saya,” ujarnya lagi.

Sumber gambar: Instagram Ernie Zakri

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

 

Published by
Putra