Usia 2 Tahun Dah ‘Pandai’ Nyanyi! Netizen Syak Anak Tomok Warisi Bakat Ayahnya!

Share

Siapa tidak kenal dengan pelantun suara lagu berjudul Sejarah Mungkin Berulang yang dahulunya popular sebagai vokalis band remaja 90-an, New Boyz satu ketika dahulu.

Bakat besar yang dimiliki Tomok sejak azali, membuatkan dirinya mengumpul peminatnya yang tersendiri, hingga masih relevan dalam arena seni hingga ke hari ini.

Malah, Tomok juga kini bergelar usahawan apabila memiliki beberapa kiosk jenama minuman popular di sekitar Shah Alam.

Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak Ke Nasi?

Bagaimanapun, satu hantaran video yang dimuatnaik Tomok menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini telah menjadi sorotan wargamaya.

Rakaman video berkenaan memaparkan, anak bongsu Tomok yang diberi nama Khadijah sedang memegang mikrofon sambil menyanyi mengikut lagu yang sedang bermain menerusi pembesar suara!

“Awak tu baru 2 tahun tau tak?,” tulis Tomok pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.

Aksi comel si cilik Khadijah yang sedang membuat persembahan karaoke itu, berjaya membutat netizen geli hati dan terhibur, dengan gayanya yang berjalan terkedek-kedek sambil lengkap berkebaya, memang bikin geram melihatkan si cilik bijak ini!

Artikel berkaitan: Pekerja Kena Pukau Beri Wang Begitu Sahaja, Tomok Harap Ramai Lebih Peka Tentang Isu Ini

Netizen Kagum Dengan Bakat Dimiliki Khadijah

Meninjau ruangan komen, Hijabista mendapati wargamaya telah membanjiri hantaran itu dengan komen memuji kecomelan Khadiajah. Tidak kurang juga yang meluahkan rasa kagum dengan aksi si cilik yang bijak itu.

“Dah nampak bakat adik Khadijah ni. Lepas ni ayah boleh resign lah..Jadi manager Dijah pulak”

“Terbayang plak dibu yang nyanyi..Sebab muka sejibik dibu”

“MasyaAllah dia hafal laaa..Clever girl”

“Wahhh dah tunjuk bakat tuuu habis lah ayah lepas ni jadi manager plak”

Sekadar info, perkongsian rakaman video anak Tomok itu kini telah meraih lebih 150 ribu tontonan dan 11 ribu tanda suka.

Sumber: Instagram Tomok

Artikel berkaitan: ‘Walau Jadi Suri Rumah Tangga Sepenuh Masa, Ingat ILMU Itu Penting’- Isteri Tomok

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir