Usai Iddah, Shu Shukri ‘Bawa Diri’ Ke Tanah Suci, Demi Secebis Ketenangan!

Share

Umum sedia maklum, pergolakkan rumah tangga antara aktor, Hafidz Roshdi dan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri akibat gangguan penyondol Athira Yuhada. Akhirnya menemui penamat apabila mahkamah memutuskan ikatan perkahwinan mereka terlerai dengan talak satu.

Rentetan dari peristiwa duka ini, Shuhada atau lebih mesra disapa sebagai Shu, mengambil keputusan untuk menjadi tetamj Allah. Menjejakkan kaki ke tanah suci untuk melaksanakan ibadah umrah sekaligus memanjatkan doa, rasa syukur dan mencari secebis ketenangan.

Bawa Diri Ke Tanah Suci, Demi Secebis Ketenangan!

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Shu sendiri menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya, memaparkan
beberapa keping foto Shu berlatarbelakangkan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi kapsyen yang ditulis pada hantaran berkenaan, Hijabista difahamkan Shu telah berangkat menunaikan umrah pada Sabtu sebaik sahaja tamat tempoh iddah iaitu tiga kali bersih kitaran haid.

Artikel berkaitan: Gigih Cari Rezeki Demi Anak-Anak, Meski Rumahtangga Bergolak, ‘Semangat’ Shu Cetus Inspirasi!

Menerusi hantaran sama, ibu kepada dua cahaya mata ini turut menzahirkan rasa teruja kerana berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci, dalam masa sama Shu memohon agar para pengikutnya dan wargamaya mendoakan segala urusanya sepanjang berada di sana dipermudahkan Allah SWT.

Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati orang ramai turut mendoakan semoga Shu dikurniakan umrah yang mabrur oleh Allah.

Sebelum ini, Shuhada menyatakan dia ingin ke ‘rumah Allah’ bagi mencari ketenangan dan memohon doa.

Untuk rekod, pada Khamis lalu (27 Julai 2023), Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengesahkan penceraian talak satu diantara pasangan Shuhada dan Hafidz.

Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Sumber: Instagram Shu Shukri

Artikel berkaitan: Shuhada Mahu ‘Move On’, Nekad Sambung Pengajian Ijazah Demi Kerberlangsungan Hidup Anak-Anak!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir