Umum sedia maklum, pergolakkan rumah tangga antara aktor, Hafidz Roshdi dan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri akibat gangguan penyondol Athira Yuhada. Akhirnya menemui penamat apabila mahkamah memutuskan ikatan perkahwinan mereka terlerai dengan talak satu.
Rentetan dari peristiwa duka ini, Shuhada atau lebih mesra disapa sebagai Shu, mengambil keputusan untuk menjadi tetamj Allah. Menjejakkan kaki ke tanah suci untuk melaksanakan ibadah umrah sekaligus memanjatkan doa, rasa syukur dan mencari secebis ketenangan.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Shu sendiri menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya, memaparkan
beberapa keping foto Shu berlatarbelakangkan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).
Menerusi kapsyen yang ditulis pada hantaran berkenaan, Hijabista difahamkan Shu telah berangkat menunaikan umrah pada Sabtu sebaik sahaja tamat tempoh iddah iaitu tiga kali bersih kitaran haid.
Menerusi hantaran sama, ibu kepada dua cahaya mata ini turut menzahirkan rasa teruja kerana berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci, dalam masa sama Shu memohon agar para pengikutnya dan wargamaya mendoakan segala urusanya sepanjang berada di sana dipermudahkan Allah SWT.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati orang ramai turut mendoakan semoga Shu dikurniakan umrah yang mabrur oleh Allah.
Ads
Sebelum ini, Shuhada menyatakan dia ingin ke ‘rumah Allah’ bagi mencari ketenangan dan memohon doa.
Untuk rekod, pada Khamis lalu (27 Julai 2023), Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengesahkan penceraian talak satu diantara pasangan Shuhada dan Hafidz.
Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Fitrah wanita yang gemarkan kecantikan terutama dalam soal penampilan diri. Bersolek adalah salah satu cara untuk wanita tampil lebih yakin. Walau bagaimanapun dalam berhias jangan sampai melanggar batas-batas syariat.
Tapi apakah hukum bersolek sebenarnya? Apa pula pandangan Islam terhadap wanita yang gemar bersolek. Amat berat sebenarnya isu solekan dan perhiasan wanita ini.
Bukan wanita tidak boleh bersolek langsung tetapi bersoleklah secara sederhana, tidak berlebih-lebihan sehingga menaikkan rasa nafsu bagi kaum lelaki yang memandang sehingga ia boleh mendatangkan fitnah.
TIGA TIP UNTUK MUSLIMAH BERSOLEK:
1. Gunakan warna-warna yang natural
Elakkan lipstik yang berwarna garang dan kelihatan terlalu menarik perhatian seperti warna merah, purple, pink terang, maroon gelap dan sebagainya. Pilih warna-warna yang SESUAI dengan warna kulit dan HAMPIR dengan warna semulajadi bibir kita. Elakkan warna-warna yang terang seperti eye shadow hijau, biru, ungu dan sebagainya. Jika perlu, pilih yang berwarna natural seperti coklat dan perang (bronze). Konsep mekap hanyalah untuk menyerikan dan meningkatkan keterampilan bukannya sehingga menjadi topeng di muka.
2. Jangan gunakan bulu mata palsu
Bulu mata palsu adalah sama hukumnya seperti menyambung rambut dan ianya adalah HARAM. Jika mahu, boleh gunakan sedikit maskara. Pastikan dibersihkan sempurna jika mahu ambil wuduk. Kedua-dua pihak yang terlibat dalam memakai dan memakaikan bulu mata palsu mendapat dosa.
3. Kening tidak dicukur/ dicabut
Antara perkara yang menjadi kelaziman adalah mencukur kening. Tahukah anda bahawa ianya adalah HARAM dan BERDOSA?
“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (Al Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah”
(Riwayat (Al Bukhari, Muslim, Abu Daud)
Dalam Surah An-Nur; Ayat 31 menerangkan dengan terperinci tentang batas aurat dan penampilan wanita. Ayat ini memang panjang tetapi teramat penting untuk kita benar-benar baca dan faham,
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
Di dalam Islam, solekan atau memperlihatkan perhiasan berlebihan itu digelar Tabarruj.
Tabarruj menurut bahasa adalah wanita yang mempamerkan keindahan dan perhiasannya berlebihan kepada lelaki bukan mahram (tafsiran Ibnu Manzhur di Lisanul Arab).
Tabarrajatil mar’ah maksudnya wanita yang menampakkan kecantikannya, lehernya, dan wajahnya. Ada yang mengatakan, maksudnya adalah wanita yang menampakkan perhiasannya, wajahnya, kecantikannya kepada lelaki bukan mahram dengan niat untuk membangkitkan nafsu syahwatnya.
Dan Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda,
“Aku telah melihat di dalam neraka, aku melihat kebanyakan penghuninya wanita. Sebabnya mereka sedikit yang patuh pada Islam dan Rasulnya, kurang taat kepada suaminya dan kuat bersolek.”
Tanya diri, apabila kita berniat bersolek untuk cantik, maka untuk siapakah kecantikan kita itu ditunjukkan? Bagi wanita yang sudah berkahwin, solekan itu buat si suami, mungkin dengan solekan nipis pada wajah, dapat membuatkan pandangan orang lain terhadap suami itu lebih baik.
Jadi cukuplah jika seorang wanita itu berhias secara sederhana demi menjaga nama suami, keluarga dan anak-anak. Kecantikan sebenar seorang wanita itu adalah pada akhlaknya. Jadi bersederhanalah dalam berhias.
Sumber kredit: Elle Zada
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Benarlah hidayah itu milik Allah. Ia tidak mengenal sesiapa jika Tuhan sudah mahu memberikannya.
Terbaharu, seorang bintang mempertahankan diri campuran (MMA), Wilhelm Ott telah memeluk Islam selepas beliau memuat naik videonya mengucap dua kalimah syahadah di laman Instagram miliknya.
Menurutnya, Wilhelm menjelaskan bahawa penularan wabak Covid-19 memberikannya masa untuk dirinya berehat lalu mencari kembali pegangan agamanya.
“Islam telah berada di dalam diri saya sejak beberapa tahun lalu, namun saya tidak dapat berbuat apa-apa dan membiarkan diri saya terpengaruh secara politik,” tulisnya.
Di samping itu, Islam juga memberikan dia kekuatan apabila menghadapi waktu yang sukar.
“Kini iman saya benar-benar kuat sehingga saya dapat mengenali satu-satunya Tuhan yang benar.
“Dengan berbangga saya berkata ya, saya adalah seorang Muslim,” jelasnya.
Selain itu, beliau juga turut berkongsi bahawa dia turut menerima pemberian sejadah dan Al-Quran daripada rakannya.
“Terima kasih tidak terhingga kepada semua orang. Anda memberikan saya kekuatan dan menguatkan lagi keyakinan saya pada ALLAH SWT,” katanya lagi di kapsyen gambar tersebut.
Berusaha dan berikhtiar untuk mengejar kejayaan dunia memang satu kewajipan. Tapi sebagai manusia dan hamba-Nya, kita juga perlu mempunyai sasaran ibadah setiap hari agar setingkat demi setingkat lebih bertakwa dari sebelumnya.
Sebagai wanita berkerjaya dan pengurus rumah tangga, agak sukar untuk mencari masa untuk membaca Al-Quran. Kalau cuba menyelit ruang masa yang ada, terasa penat pula. Jadi, apakah cara yang baik agar kita dapat khatam dengan baik?
1. Bawa Al-Quran ‘Poket’ Kemana Sahaja!
Sediakan senaskhah Al-Quran comel yang boleh dimuatkan dalam beg tangan. Bila-bila masa berkelapangan, buka dan bacalah.
2. Jadikan Amalan Membaca Satu Mukasurat Setiap Hari
Jika tak cukup waktu, anda boleh membaca satu halaman selepas solat wajib. Misalnya, satu halaman selepas solat Subuh dan satu halaman selepas solat Zohor.
3. Tak Mengapa Terkial Membaca, Yang Penting Konsisten!
Ramai terasa perjalanan menghabiskan Al-Quran seperti sangat jauh lagi, tapi jangan khuatir. Bacalah saja dengan perlahan.
4. Hentikan Menghitung-Hitung Halaman Ketika Membaca
Kadang-kadang sambil melurus-luruskan kaki tu, tambah lagi halaman Al-Quran untuk dikhatam. Tak perlu dikira sudah baca tadi atau belum. Lama-kelamaan khatamlah Al-Quran tanpa kita sedari!
Untuk wanita yang sibuk, cuba praktikkan 4 cara di atas. InsyaAllah, niatkan dengan ikhlas untuk khatam Al-Quran. Berusahalah untuk mengejar akhirat, nescaya dunia akan berlumba-lumba mengejar kita!
Hanya luangkan masa selama satu jam sehari bebersama kitab suci, dan boleh ukan dimana-mana sahaja, pada bila-bila masa seperti di dalam kereta, di rumah atau di kampung masing-masing. Selamat mentadabbur Al-Quran Hijabi!
Isteri mana yang tidak merasa bahagia apabila dirinya sentiasa dihargai oleh suami tersayang apatah lagi dianggap sebagai bidadari.Begitulah bertuahnya penyanyi dan aktivis kemanusiaan Nur...