Hari ini seluruh rakyat Malaysia memanjatkan rasa syukur apabila menerima khabar gembira tentang kejayaan misi mengumpul dana sebanyak RM9 juta untuk seorang bayi lelaki bernama Wan Muhammad Naail.

Terdahulu, tular di media sosial kisah Adik Naail yang diuji menghidap penyakit ganjil dikenali sebagai Spinal Muscular Athropy (SMA) Tahap 1, hingga menjadi sorotan seluruh warganet dan juga rakyat Malaysia.

Hanya Sebulan, Rakyat Malaysia Berjaya Kumpul 9 Juta Buat Naail!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by misirakyat.com (@misirakyat)

Sejak tarikh misi rakyat diuar-uarkan pada 13 April lalu, rakyat Malaysia tidak putus-putus memberi sumbangan untuk membantu adik Naail meskipun nilai sumbangan serendah seringgit agar adik Naail dapat dirawat dengan kadar segera sebelum keadaanya menjadi semakin parah.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh pemilik Misi Rakyat, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Hantaran video berkenaan memaparkan Faiz yang menitiskan air mata ekoran tidak dapat menahan sebak menyaksikan semangat perpaduan rakyat Malaysia yang bersama berganding bahu bersama-sama membantu menyalurkan sumbangan dan akhirnya berjaya mengumpul RM9 juta. pada hari ini.

Ads

Usahawan Muda Kelantan Antara Penyumbang Terbesar Sumbangan!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by misirakyat.com (@misirakyat)

Dalam perkongsian video tersebut, Faiz turut mendedahkan nama-nama penyumbang yang menjadikan impian mengumpul dana bantuan adik Naail menjadi realiti.

Artikel berkaitan: Usung Jenazah Selepas Solat Antara ‘Hobi’ Hafiz Mahamad, Berhasrat Dikurniakan Rezeki ‘Meninggal’ Di Tanah Suci!

Apa yang mengejutkan warganet adalah jumlah sumbangan yang disalurkan oleh dua anak muda yang juga usahawan berasal dari Kelantan, Hafiz Mahamad yang tidak lokek menghulurkan derma berjumlah RM100,000 diikuti Ayunie yang turut menyumbang sebanyak RM50,000.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by misirakyat.com (@misirakyat)

Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata wargamaya menzahirkan ucapan terima kasih dan memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga buat seluruh rakyat dan dua orang usahawan dari Kelantan yang sanggup berkongsi rezeki mereka bersama adik Naail.

Sebagai recap, sebelum ini pelakon popular, Fattah Amin pernah berkongsi tentang masalah kesihatan anak saudaranya, Wan Muhammad Naail atau Naail yang menghidap penyakit jarang dijumpai.

Ads

Baby Naail terpaksa bergantung pada mesin bantuan pernafasan memandangkan otot-ototnya semakin hari semakin lemah termasuk otot paru-paru dan ia boleh dirawat selepas mengambil ubat paling efektif, Zolgensma (Gene Theraphy) yang harganya mencecah USD2.1 juta bersamaan lebih RM9 juta.

Sumber: Instagram Misi Rakyat

Artikel berkaitan: Hafiz Mahamad Ingin Membantu Peniaga Bazar Ramadan Yang Berdepan Nasib Buruk Gerai Terbakar.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI