Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un…
Terkejut team Hijabista mendengar perkhabaran tentang pemergian Jezmine Zaidan atau popular dikenali sebagai Jezmine Blossom dalam kalangan pencinta fesyen dan hijabi di Malaysia.
Figura fesyen yang satu ini antara individu yang sering menyumbang idea, busana dan juga penataan gaya kreatifnya tatkala Hijabista bermula sebagai sebuah majalah cetak khusus buat hijabi kira-kira 10 tahun lalu.
Jadi tidak hairan jika gayanya menjadi perhatian terutama hijabi yang mahu tampil berbeza.
Dalam satu hantaran di laman Facebook suaminya, Kay Ghazali, dia memaklumkan yang isterinya telah menghadap ilahi hari ini, Jumaat, 24 Jun 2022, kira-kira jam 3.30 pagi.
“Assalamualaikum semua. Di pagi Jumaat yg mulia ini mohon sedekahkan doa utk mengiringi arwah isteri saya Jezmine Zaidan yg telah menghembuskan nafas terakhir jam 3.30 pagi. Dengan ini saya memohon ampun dan maaf bagi pihak sekiranya beliau ada menyinggung perasaan sesiapa.
“Maafkanlah dia. Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali. Innalillahiwainnlaillahirojiun,” tulisnya.
Allahyarhamah Jazmine sebelum ini sangat popular menerusi jenama fesyennya, The Old Blossom Box Store yang menampilkan gaya rekaan yang chic dan berwarna-warni. Selain itu, dia juga kini terkenal menerusi Yay Kid Store yang menjual pakaian buat kanak-kanak dan bayi.
Allahyarhamah meninggalkan suami dan juga dua orang cahaya mata. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.
Menurut sumber, jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan selepas solat Jumaat di tanah perkuburan Islam Kg Melayu Subang.
Al-fatihah…
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.