Memulakan kerjaya sebagai anak seni seawal usia belasan tahun, rezeki pemilik nama penuh Nur Ernie Shahirah Zakri atau lebih selesa disapa sebagai Ernie Zakri dilihat semakin murah apabila bakat suara yang dikurniakan ilahi berjaya membawa namanya sebaris dengan penyanyi gah negara.
Malah, meskipun kini sudah dua tahun bergelar ibu kepada seorang cahaya mata, namun figura ini sentiasa tampil menawan setiap kali membuat persembahan. Memiliki tubuh badan genit, wajah yang jelita serta bersuara lunak menjadikan penyanyi ini antara barisan selebriti yang memiliki pakej yang lengkap.
Ernie Zakri Tetap Komited Urus Kerjaya! Meski Dah Bergelar Ibu
Ketika ditemui team HIJABISTA, Ernie Zakri mendedahkan bahawa peranan ibu sebagai bukanlah penghalang bagi dirinya untuk terus ligat berkarya dalam industri muzik tempatan, pelantun lagu Ku Bersuara ini komited untuk memberikan yang terbaik kepada peminat-peminatnya.
Bukan itu sahaja, penyanyi yang pernah menjuarai Bintang RTM 2019 ini juga pernah melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu ke-37 menerusi lagu Korban. Sudah terang lagi bersuluh, wanita ini tidak pernah lelah untuk mencapai impiannya.
Ads
Namun, statusnya yang kini bergelar ibu dan juga sebagai seorang selebriti yang sentiasa menjadi tumpuan lensa kamera serta bualan netizen, semestinya mahu tampil sebaik mungkin di laman sosial untuk tatapan peminat istimewanya.
Pun begitu, menurut ibu kepada Nur Khawla Soleha, untuk tampil sempurna di media sosial bukanlah perkara yang mudah. Sudah pasti istilah ‘kesempurnaan’ itu sukar untuk dicapai sebagai manusia biasa. Tetapi, ia bukanlah alasan untuk tidak menjadi yang lebih baik dari semalam.
“Manusia Tak Pernah Lari Dari Kesilapan..” – Ernie Zakri
Jujurnya, untuk menjadi sempurna di laman sosial bukanlah perkara yang mustahil. Apatah lagi, kita sebagai manusia tidak pernah lari dari kesilapan. Tetapi, harus diingat, kita sentiasa menjadi yang lebih baik dari semalam.
Ads
Bagi dirinya sebagai seorang selebriti, dan juga memiliki bilangan pengikut yang ramai di laman sosial, dia menggunakan sehabis baik untuk menyebarkan nilai-nilai positif.
Kongsinya lagi, untuk tampil sempurna di laman sosial pastinya menjadi impian semua orang. Namun, usahlah jadikan laman sosial sebagai platform yang menyebarkan nilai negatif.
“Kita tidak mungkin jadi sempurna, namun cubalah jadi yang lebih baik.
Ads
“Berbaiklah dengan yang lain dan berilah komen dan kata-kata yang positif. Usah terlalu mudah untuk menghukum di laman sosial sehingga memberi kesan buruk kepada orang sekeliling,” ujarnya.
Sekadar info, Ernie Zakri mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Syamel atau nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly pada Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Khawla Sofea.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Kos rawatan pergigian adalah tinggi apabila masalah pergigian adalah kompleks dan memerlukan pelbagai jenis rawatan dalam satu masa.
1. Cucian gigi dan tampalan boleh dilakukan pada hari yang sama dengan sekuel cuci
dulu baru tampal.
2. Ibu bapa harus membawa anak sejak gigi pertama mula tumbuh atau sejak hari ulang
tahun pertama anak. Gigi pertama tumbuh sekitar umur 6 bulan dan ketika ini,
pemeriksaan gigi boleh dilakukan.
3. Punca utama kerosakan gigi adalah disebabkan pengabaian penjagaan kesihatan mulut dan kurang ilmu tentang pergigian. Apabila gigi dan mulut telah digunakan selama 1 hari dengan aktiviti pemakanan, ia membentuk plak di permukaan gigi.
Menurut Dr Norhuda Daud, Pakar Gigi, Klinik Pergigian Qaseh Dental, ketika di siang hari, air liur (saliva) akan membasuh sedikit sebanyak lekitan plak yang tertinggal di permukaan gigi.
“Pada waktu kita tidur, aktiviti rembesan air liur ini agak berkurangan. Maka, keadaan asiditi mulut tidak dineutralkan oleh air liur dan gigi terdedah kepada pembentukan kaviti.
Memberus gigi sebelum tidur dapat mengurangkan asiditi mulut dan mengurangkan plak di
permukaan gigi yang menjadi punca kerosakan gigi. Ilmu asas pergigian ini masih belum
difahami oleh masyarakat. Sekiranya masyarakat di Malaysia berjumpa dengan doktor gigi
setiap 6 bulan seperti yang dicadangkan para doktor gigi, ia dapat mencegah kerosakan gigi dengan konsultasi yang akan diberikan mengikut keperluan pesakit itu sendiri.”
Kenapa takut berjumpa doktor gigi?
Di Malaysia, budaya melawat dan memperkenalkan klinik pergigian kepada kanak-kanak
masih belum diterapkan seperti di luar negara. Kebanyakan rakyat Malaysia menggambarkan
prosedur pergigian ini amat menakutkan kerana melibatkan kesakitan dan ketidakselesaan.
“Perasaan takut boleh diatasi jika setiap keluarga mempunyai hubungan baik dengan doktor gigi. Dicadangkan kempen ‘1 keluarga 1 dentist’ diperkenalkan untuk mengatasi masalah takut untuk berjumpa doktor gigi. Ini kerana, hubungan baik dengan doktor gigi ini, telah dibina sejak awal dari peringkat ibu dan bapa.”
“Sebelum memulakan rawatan, pesakit perlu membuat pendaftaran menggunakan kad
pengenalan. Maklumat pesakit akan diambil seperti butiran diri, sejarah sosioekonomi,
sejarah pergigian yang lalu serta masalah perubatan yang telah dan sedang dialami berserta ubat-ubatan yang sedang diambil. Alergi kepada ubat-ubatan tertentu juga perlu
dimaklumkan supaya ubat-ubatan ini tidak diberi oleh doktor gigi jika perlu. Pesakit
perempuan pula perlu memberitahu doktor gigi sekiranya mengandung serta usia
kandungan. Hal ini sangat penting untuk doktor gigi merancang rawatan untuk pesakit serta sebagai rekod ‘medicolegal’. Secara rutin di klinik pergigian, tekanan darah akan diambil untuk pesakit yang berumur 35 tahun ke atas untuk mengenalpasti pesakit yang mempunyai
tekanan darah tinggi.”
Mengapa gusi saya berdarah?
“Masalah yang seringkali dihadapi oleh pesakit ialah gusi berdarah ketika memberus gigi.
Gusi berdarah boleh disebabkan oleh banyak punca. Tetapi, kebanyakan kes berpunca
daripada sisa makanan pada permukaan gigi yang tidak dibersihkan dengan betul. Akibatnya, pengumpulan plak lembut bertukar menjadi kerak/karang gigi dan kemudiannya
menyebabkan radang gusi(gingivitis). Rawatannya adalah mudah, iaitu rawatan cucian
gigi(scaling) dan kemudian pemberusan gigi di rumah secara betul dan efektif. Pesakit
mengalami gusi berdarah dalam situasi ini bukan kerana mereka tidak memberus gigi, tetapi mereka tidak memberus gigi secara efisyen.”
Jelas Dr Norhuda, sekiranya pesakit menjaga gigi dengan baik, pesakit hanya memerlukan
pemeriksaan berkala 6 bulan sekali dan rawatan juga adalah minima serta tidaklah
memerlukan kos yang tinggi.
“Jika pesakit yang mengabaikan kesihatan mulut sehingga melebihi 2 tahun tidak berjumpa
doktor gigi, sudah pasti lebih banyak gigi yang rosak perlu dibaiki. Dalam keadaan yang lain
pula, jika gigi yang berlubang, ia dirawat dengan tampalan ketika lubang masih cetek, dan
sudah pasti harga rawatan adalah rendah. Jika lubang gigi lebih dalam, kemungkinan
keperluan rawatan akar gigi perlu dilakukan dan sekaligus harga rawatan meningkat. Bagi
mereka yang gemar untuk mendapatkan rawatan estetik pergigian pula, kos rawatan adalah
tinggi kerana tempoh rawatan, penggunaan teknologi dan peralatan canggih yang digunakan.”
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini kecoh di media sosial berkenaan inisiatif kerajaan yang memperkenalkan ‘menu Rahmah’ bertujuan membantu rakyat khususnya golongan B40 yang kurang berkemampuan.
Lebih menarik lagi, apabila inisiatif ini turut mendapat perhatian bukan sahaja warga tempatan, tetapi orang luar yang berkunjung ke Malaysia.
Terbaharu tular sebuah video di laman sosial, memaparkan seorang ‘Mat Salleh’ yang teruja dan menyambut baik inisiatif ini dan mencadangkan agar kerajaan United Kingdom dan negara lain untuk mencontohi Malaysia.
Mat Salleh Puji inisiatif kerajaan Malaysia Cakna Masalah B40
Video berdurasi kurang dua minit itu telah dibuat oleh pengguna Tik Tok menerusi akaun @Veggiesontour dan telah dilihat seramai 26.4 ribu tontonan, sebelum video berkenaan tular dan diulangciap di laman Twitter.
Mat Salleh ni dia suruh Rishi Sunak blajor dari Anwar.
Selain itu, lelaki itu juga berkongsi rasa kagumnya sewaktu mencuba hidangan lengkap tersebut yang hanya bermodalkan RM5.
Cadang Kerajaan UK Dan Negara Lain Contohi Malaysia, Laksana Inisiatif Sama.
Lebih mengejutkan dan menjadi sorotan wargamaya apabila lelaki itu membuat perbandingan hargad diantara hidangan di Malaysia dan juga negaranya United Kingdom (UK).
Sehubungan itu, lelaki itu mencadangkan agar Kerajaan UK dan negara-negara lain turut melaksanakan inisiatif sama seumpanya, yang membantu golongan kurang berkemampuan untuk meneruskan keberlangsungan hidup ketika inflasi melanda dunia.
“Dunia sedang berdepan inflasi, kos hidup meningkat dan ramai orang sedang berjuang meneruskan keberlangsungan hidup. Negara seperti United Kingdom juga sedang ‘Struggle’ untuk memberi rakyatnya makan.
“Lihat apa yang negara Malaysia lakukan? Untuk membantu rakyatnya. Malaysia laksanakan inisiatiatif yang amat bagus, ‘Menu Rahmah’ untuk membantu golongan kurang berkemampuan. Dunia perlu belajar daripada Malaysia!,” ujarnya dalam video tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati hantaran berkenaan dihujani dengan pelbagai respon dan komen positif.
Berikut merupakan beberapa komen yang berjaya menarik perhatian Hijabista!
Sekadar info, inisiatif menu Rahmah bertujuan membantu golongan B40 agar dapat menikmati set hidangan lengkap dengan kos yang lebih murah.
Inisiatif ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan ini untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.
Sumber: Tik Tok @Veggiesontour
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ramai yang ingin melakukan satu pembedahan memotong usus untuk mengurangkan berat badan. Tambahan pula, kebanyakan yang telah menjalani pembedahan ini tampak berbeza dari sebelumnya.
Pernah memendam hasrat, Dato Seri Vida, dia telah pun membayar RM33,000 untuk memotong usus pada enam tahun yang lalu. Dia akui itu semuanya terkubur apabila takut di saat untuk melakukan pembedahan itu.
Tidak menafikan pernah berniat untuk memotong usus, Dato Seri Vida sememangnya ingin melakukan pembedahan bariatrik itu. Semuanya berlaku sewaktu enam tahun yang lalu di mana wang pendahuluan sebanyak RM33,000 telah diberikan.
Menurut mStar, DSV sebenarnya banyak terpengaruh dengan rakan-rakannya yang ingin melakukan prosedur itu. Namun, hasratnya terkubur disaat akhir kerana sangsi dengan pembedahan yang bakal dilakukan itu.
“Ketika itu saya terlibat sebagai penaja program Gegar Vaganza, rasa nak kurus nak cantik sampai sanggup melakukan pembedahan potong usus. Saya sudah bayar wang pendahuluan untuk prosedur tersebut,
“Syukur Allah SWT masih sayang. Saya jadi takut di saat-saat akhir dan batalkan niat tersebut. Ada seorang doktor juga maklumkan saya tidak perlu lakukan pembedahan sebegitu,
“Sebelum ini juga saya terpengaruh dengan kawan-kawan yang melakukan pembedahan tersebut membuatkan saya mahu mencuba.” katanya.
Kata DSV lagi, dia hanya mengamalkan untuk menggunakan produk keluaran syarikatnya sendiri untuk menurunkan berat badan. Dia juga turut menyatakan pengusaha produk pelangsingan yang menjalani pembedahan bariatrik umpama menganiaya pelanggan.
“Kalau mereka yang betul-betul ada masalah kesihatan disebabkan berat badan dan mendapat nasihat doktor untuk pembedahan bariatrik teruskanlah,
“Cuma bagi saya mungkin tidak sebab melihat betapa sukarnya rakan-rakan tanggung sakit selepas pembedahan. Ada yang terpaksa ulang-alik dari hospital untuk rawatan susualn,
“Saya hanya amalkan produk sendiri. Tak perlu nak bedah. Kepada rakan-rakan usahawan, janganlah ambil kesempatan tipu pengguna. Kalau mereka kurus buat pembedahan itu sudah dikira aniaya pengguna.” ujarnya lagi.
Sumber: mStar
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...