Setiap umat manusia yang ada di atas muka bumi ini pasti tidak lari dari ujian yang diberikan oleh Allah S.W.T. Ujian itu hadir dalam pelbagai cara, bentuk dan tidak kira masa sekalipun dan inilah yang menjadikan kita lebih dekat dengan Allah S.W.T. Sesungguhnya, kita sebagai umat Islam usahlah mengeluh jika ditimpa sesuatu ujian malah bersyukurlah kerana itu tandanya Allah masih menyayangi kita. Sesungguhnya, Allah itu Maha Mengetahui.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah al Baqarah 2:286)
Perjalanan kita di dunia ini tidak pernah lari dari diuji. Tidak kira umur mahupun warna kulit, jika Allah menghendaki seseorang hambanya itu diuji, maka diturunkan ujian dalam segala jenis bentuk. Mengapakah manusia diuji?
Sumber: Nota Kuliah Tadabbur
Apakah hikmah di sebalik setiap ujian yang diturunkan?
Allah S.W.T menurunkan ujian kepada hamba-hambanya untuk mengetahui siapakah yang benar-benar mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan redha dengan ujian yang diberikan. Jika kita berjaya menghadapi ujian ini dengan tenang dan hati yang ikhlas, maka besar sungguh ganjaran yang akan diberikan kepada seseorang itu.
Sumber: Tafsirq
Selain itu juga, ujian diberikan untuk menghapuskan segala dosa-dosa yang dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil.
Seperti mana yang pernah diriwayatkan oleh Saidatina ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha dari hadis Rasulullah S.A.W:
dan;
Sumber: Ahmad Sanusi Husain
Maka, sudah terang lagi bersuluh, setiap ujian itu pasti ada ganjarannya. Usahlah kita berprasangka buruk terhadap-Nya dan sentiasalah bersyukur dengan segala yang melanda dalam kehidupan kita. Teruskan bersabar, husnuzon dan kuatkan iman! Selamat beramal!