Dalam diri kita, pasti ada sifat dan keinginan untuk berubah ke arah kebaikan. Walaupun bukan perubahan yang besar, namun sebagai manusia, perubahan itu yang menentukan pengakhiran diri kita nanti.
Gadis Trivago, begitulah panggilan popular yang seringkali menjadi ‘trademark’ utama selebriti ini. Dahlia Shazwan, seorang personaliti televisyen dan iklan, pengacara juga penerbit berkongsi rasa yang tersirat, di sebalik penghijrahan imejnya yang kini berhijab.
PERMULAAN HIJRAH DAHLIA
Setiap perubahan bermula dengan sebuah persoalan. Persoalan yang menyelubungi diri Dahlia ketika itu ialah dia merasakan seolah-olah ada satu perkara yang kurang dan seakan-akan dia mempunyai hutang dengan Allah S.W.T. Perasaan ini timbul apabila dirinya pulang dari melakukan ibadah umrah.
“Selepas pulang dari umrah pada tahun 2020 bersama-sama dengan ibu dan kakak, saya merasakan seperti saya mempunyai tanggungjawab yang belum lagi dilunaskan. Seperti hutang yang belum diselesaikan.
Rupa-rupanya, ia berkaitan dengan imej saya. Hati mula tidak tenang memikirkan tentang rasa gundah yang timbul di sudut hati, membelenggu fikiran untuk mencari solusi yang tepat. Perancangan awalnya, saya ingin memakai hijab pada bulan Ramadan tahun itu.
Namun, perancangan Allah lebih baik. Seminggu selepas saya pulang dari tanah suci, saya terus mengenakan hijab, pelengkap gaya saya sebagai seorang muslimah,” ulasnya lanjut.
Ads
Tambah Dahlia, dari detik itulah bermulanya proses penghijrahannya memakai hijab hingga ke hari ini.
CARA DAHLIA PERBAIKI DIRI?
Selepas pulang dari umrah pada tahun 2020 bersama-sama dengan ibu dan kakak, saya merasakan seperti saya mempunyai tanggungjawab yang belum lagi dilunaskan. Seperti hutang yang belum diselesaikan
Biarpun kini sudah berhijab, namun Dahlia seringkali merasakan bahawa dirinya masih banyak kekurangan. Masih bertatih dalam mengumpul ilmu akhirat, Dahlia banyak belajar dan sentiasa berusaha untuk menutupi kekurangan diri dengan ilmu yang diperolehinya setiap hari.
“Saya dahagakan ilmu. Oleh itu, saya mencarinya setiap hari di mana-mana sumber yang boleh dipercayai. Saya akan mendengar ceramah ataupun khutbah di Youtube, untuk menyempurnakan diri saya sebagai seorang wanita Islam.
Saya percaya apabila dada semakin penuh dengan ilmu, kita akan menjadi lebih sensitif dengan perkara-perkara yang tidak elok,” tambahnya lagi.
Ads
Dahlia juga turut menyatakan bahawa dirinya kini lebih fokus kepada kemajuan diri daripada menantikan sebuah keputusan dalam mengejar erti kesempurnaan dalam proses penghijrahannya.
“Jika dahulu saya lebih teruja untuk menantikan sesuatu keputusan. Namun, hari ini, saya percaya bahawa Allah S.W.T tidak melihat kepada hasil, tetapi proses perubahan yang kita lakukan itu.
Niat yang kita tanamkan dalam hati itu ialah kunci keberkatan dari-Nya. Ada kalanya, kita terleka dan tergelincir. Namun, jangan mudah mengalah. Bangun dan lakukan semula perubahan yang ingin kita lakukan.”
PERUBAHAN DIRI DAHLIA
Ads
Berbicara mengenai perubahan dalam dirinya selepas berhijrah, Dahlia menyatakan bahawa dirinya lebih sensitif dan mudah peka dengan perasaan orang lain.
“Kita kadang-kala terlupa, sedang kita asyik mengejar membina hubungan baik dengan Allah S.W.T, tetapi kita lupa untuk memperbaiki hubungan sesama manusia. Malah, ia adalah perkara yang sangat penting dan dituntut di dalam Islam,” ujar Dahlia.
NASIHAT
Kita kadang-kala terlupa, sedang kita asyik mengejar membina hubungan baik dengan Allah S.W.T, tetapi kita lupa untuk memperbaiki hubungan sesama manusia
“Usah tunggu untuk berubah, usah juga tunggu untuk mendapat seru, petunjuk mahupun hidayah. Jika anda sudah mula berfikir dan terjentik hati untuk mendapat hidayah, maka itulah seruannya. Maknanya Allah masih sayang pada kita. Jadi, buatlah perkara yang disukai Allah, dan bukan melakukan perkara yang dimurkai oleh-Nya,” kongsi Dahlia menutupi ruang bicara No Turning Back.
Yana Samsudin selamat melahirkan anak kedua yang merupakan bayi perempuan. Berita gembira itu dikongsikan Yana atau nama penuhnya Norliana Samsudin, 36, menerusi satu posting di Instagramnya dengan memaparkan wajah comel bayi perempuannya itu.
Selepas menanti hampir empat tahun untuk mendapatkan zuriat kedua, impian Yana Samsudin dan Fadzil Zahari untuk menambah zuriat menjadi kenyataan. Yana dan Fadzil sudah pun memiliki seorang anak sulung lelaki iaitu Aisy Mateen yang kini berusia empat tahun.
Berikut perkongsian Yana di laman Instagramnya:
Assalam korang… alhamdulillah ABC dah selamat lahirkan baby gaming & its a girl…
Thanks semua yang sudi doakan yana & baby selamat dilahirkan…semuanya telah dipermudahkan..
Thanks juga buat Dr Norliza Pakar Gynae KPJ Batu Pahat & all the team.. servis yang baik dan selesa buat kami sekeluarga… bersalin di sini siap dapat hadiah carseat & gubahan bunga buah buahan utk Merdeka hingga Dec hujung tahun.
Alhamdulillah sekali lagi yana doakan buat ibu ibu yang masih menanti untuk pregnant baby pertama & seterusnya dipermudahkan oleh Allah SWT… Yana akan bercuti lebih kurang 2bulan dari event, shooting & game streaming,
#EnKetuaRumah @fadzilzahari & @aisymateen akan teruskan stream, support la dia, dia pun kelakar jugak sebenarnya huhu…
Assalamualaikum… good morning semua… doakan korang semua sihat & happy selalu…🤗 Andai ada salah kata atau terguris perasaan korang selama ni, yana nak mohon maaf..🙏🏻 Sikit masa lagi yana dah nak bersalin.
Thanks #EnKetuaRumah @fadzilzahari & abang @aisymateen teman & bantu mommy selama ini dan hingga saat ni.
Lari dari kebiasaan jenama hijab sedia pakai sering menampilkan selebriti tidak berhijab dalam setiap koleksi istimewa. Terpesona dengan kecantikan tiga selebriti ini, peminat mereka pasti teruja dengan penampilan khas Anzalna Nasir, Juliana Evans dan Sherry Al-Hadad.
Hanami, salah satu peneraju kepada fesyen tudung sedia pakai (tudung sarung) telah melancarkan Koleksi Aidilfitri 2021 yang dinamakan sebagai #GEGARAYAHANAMI2021 di laman sesawang mereka yang baru diperbaharui. Edisi Aidilfitri tahun ini dihasilkan dalam kuantiti yang terhad untuk mengekalkan eksklusif dan diinspirasikan daripada lukisan abtrak dan flora.
Apa Yang Berbeza koleksi tahun ini?
Dengan peningkatan permintaan terhadap selendang dan tudung sedia pakai dipasaran yang bercorak flora dan abstrak dalam beberapa tahun ini, rekaan koleksi Hanami Aidilfitri tahun ini direka khusus untuk mengembalikan corak bunga-bungaan kepada fesyen moden. Idea disebalik #gegarayahanami2021 ini juga disebabkan ramai orang meminati rekaan yang bermotifkan flora. Untuk memenuhi permintaan terhadap rekaan dan penggayaan, koleksi ini didatangkan dengan koleksi tudung sedia pakai (tudung sarung).
Motif moden trend rekaaan koleksi terkini
Koleksi ini diinpirasikan oleh pasukan rekaan Hanami yang mendapati rekaan tradisional yang bermotifkan flora ditambah dengan sentuhan moden menjadi trend pada masa kini. Sebelum rekaan ini dihasilkan, pasukan rekaan Hanami telah membuat banyak kajian dan pembangunan, bagaimana permintaan pasaran terhadap tudung jenis sedia pakai dan motif corak yang diminati oleh pengguna di luar sana.
Koleksi Hanami Raya Haji 2020 ini didatangkan dengan beberapa corak berlainan dalam potongan selendang, bawal sedia pakai, selendang sedia pakai dan beberapa lagi. Koleksi ini boleh didapati bermula dengan harga RM69 sehingga 89 setiap satu.
Menariknya lagi, sempena Aidilfitri kali ini MINI Auto Bavaria Malaysia bebesar hati menaja kereta rasmi sebagai sokongan kepada pengaktifan jenama Hanami dan turut bersama menjayakan lagi rakan sokongan Four Points by Sheraton Chinatown menaja bingkisan hamper raya dan berbuka puasa di Quan’s Kitchen, restoran di hotel mereka!
Koleksi Hanami Raya Haji 2020 ini dan juga koleksi Hanami yang lain boleh didapati dilaman sesawang https://hijabsbyhanami.com.my/ dan juga di stokis yang berdaftar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Perkara yang paling malas dilakukan oleh setiap wanita adalah membuang solekan pada wajah. Memang nampak leceh tapi anda perlu membersihkan solekan pada wajah supaya tidak ditumbuhi jerawat. Antara solekan yang sukar untuk dibuang adalah gincu bibir.
Jika anda sedar, terdapat banyak gincu bibir di pasaran yang melekat pada bibir dan sukar untuk dihilangkan. Anda perlu membuang gincu pada bibir supaya bibir anda tidak kering dan rosak. Tetapi, yang buat mood anda hilang bila makeup remover anda habis ketika mahu buang solekan pada wajah.
Nah, jangan risau kerana Hijabista ada jalan penyelesaiannya. Apa kata anda gunakan 6 bahan alami sebagai pengganti untuk menghilangkan solekan pada wajah.
1. Timun
Timun boleh digunakan untuk menghilangkan solekan pada wajah anda. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu mengisar timun hingga hancur. Air kisaran tersebut boleh digunakan untuk digosok pada wajah dengan lembut. Kalau solekan tak hilang sepenuhnya, anda boleh campurkan sedikit susu atau minyak zaitun.
2. Baking Soda + Madu
Cara yang paling mudah untuk menghilangkan gincu pada bibir anda. Anda hanya perlu tuangkan sedikit madu pada tuala dan tambahkan sedikit baking soda. Gunakan bahan campuran yang telah diletakkan pada tuala untuk menggosok bibir dan menghilangkan gincu bibir tersebut.
3. Minyak Zaitun
Minyak zaitun boleh dijadikan pilihan untuk menghilangkan gincu bibir anda terutamanya gincu bibir jenis cecair atau gincu bibir yang boleh tahan lebih lama. Selain itu, minyak zaitun juga lembut dan ringan dibibir. Bibir juga tidak akan jadi rosak bila digosok.
4. Minyak Kelapa
Minyak kelapa tidak hanya memberi nutrisi pada rambut dan kulit, ia juga boleh menghilangkan gincu yang dioles pada bibir. Gosokkan minyak kelapa tersebut pada bibir hingga gincu tersebut menghilang.
5. Yogurt
Yogurt boleh digunakan untuk menghilangkan kesan gincu yang melekat pada bibir. Perlu anda tahu bahawa yogurt juga boleh melembapkan bibir anda.
6. Susu
Ternyata susu boleh menghilangkan kesan gincu yang melekat pada bibir. Cuma, sapukan sedikit susu ini pada bibir dan gosok perlahan-lahan. Susu juga boleh digunakan untuk menghilangkan solekan mata waterproof.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!