Dalam rumah tangga pasti ada pasang surut dan turun naik yang perlu ditempuhi bersama-sama, bagi pelakon jelita anak jati kelahiran negeri pantai timur, Kelantan iaitu Uqasha Senrose hanya tiga perkara ini mampu menjamin keharmonian rumah tangga.
Pemilik nama penuh, Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu kini mengakui dia sedang berada dalam fasa paling terindah di hidupnya apabila semakin mengecapi bahagia alam rumah tangga bersama suami yang juga pelakon Kamal Adli setelah kelahiran cahaya mata pertama mereka pada April lalu.
Ikatan Kasih Sayang Antara Pasangan Punca Rumahtangga Harmoni
Ketika ditanya kepada Uqasha apakah nasihat yang boleh diberikan kepada wanita di luar sana yang baru sahaja mendirikan rumahtangga dan mendambakan rumahtangga yang hamoni dan bahagia, ini respon yang diberikan.
“Pertama, terima baik buruk (pasangan). Kedua, tahap kesabaran kena tinggi dan yang paling penting yang ketiga adalah sayang di antara satu sama lain,” katanya.
Dalam perkembangan lain, pelakon Kamal Adli yang juga suami kepada Uqasha tidak menafikan bahawa kehadiran puteri sulung mereka Hawra Uqaira yang kini berusia 4 bulan, merupakan pengikat kasih sayang yang menyerikan lagi kehidupan dia dan Uqasha.
Kamal Adli Teruja Lihat Anak Membesar Depan Mata!
Malah, menurut Kamal antara cabaran terbesarnya sejak bergelar bapa adalah untuk menjaga permata hatinya, Hawra Uqaira dengan saling bergilir menjaga keperluan si kecil itu.
Ads
Kamal bagaimanapun teruja apatah lagi melihat anak membesar di hadapan mata.
“Jujurnya pada awal kelahiran memang agak sukar sedikit. Saya saling bertukar giliran dengan Uqasha untuk menjaganya. Uqasha jaga Uqaira sebelah siang manakala saya pula malam.
“Tapi malam pun Uqasha akan bangun juga. Tak dinafikan susah juga rupanya untuk berjaga malam memandangkan ada ketikanya Uqaira sukar tidur dengan lena,” jelasnya.
Ads
Kamal berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Episod Pertama Drama Viu Original berjudul Nafsu, Aurum Theatre di The Exchange TRX, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Uqasha Ibu Yang Baik, Tak Pernah Mengeluh Urus Anak – Kamal Adli
Malah Kamal turut meluahkan rasa bangga terhadap Uqasha yang tidak pernah mengeluh menjaga anak mereka, sejak selamat bersalin April lalu.
“Alhamdulillah Uqasha baru habis pantang. Saya bangga dengan dia sebab caranya dalam menjaga anak kami.
Ads
“Saya juga gembira tengok perubahannya sebagai seorang ibu sekarang. Dia memang betul-betul komited sanggup bangun, menyusu dan tidak merungut langsung,” katanya lagi.
Pada masa sama, pasangan selebriti ini juga memilih untuk tidak menggunakan perkhidmatan pembantu dalam menguruskan anak pertama mereka.
Imbas kembali, Kamal mendirikan rumah tangga dengan Uqasha pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang dan sebelum ini, Uqasha pernah mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sepanjang perkahwinan.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Siapa sahaja yang tidak tahu mengenai lagu yang cukup terkenal dari Indonesia–Makhluk Tuhan Yang Paling Seksi, sudah tentu bagi mereka yang sudah tahu bagaimana seksinya Mulan Jameela di dalam musik video tersebut. Kini, Mulan Jameela tidak lagi sebegitu!
Ramai yang terkejut dengan penampilan penyanyi terkenal Indonesia itu yang dulunya seksi kini kelihatan sopan dan bertudung! Dia tampil untuk memberikan persembahan nyanyian di Konsert Faztival Fazura yang berlangsung di Axiata Arena pada Ahad lepas.
Bukan lagi makhluk tuhan yang paling seksi
Penampilan baru Mulan Jameela yang kelihatan sopan dengan mengenakan busana merah dan tudung yang menutupi bahagian dada. Imejnya yang sopan itu sangat memukau ramai orang bahkan menjadi bualan orang ramai kerana dia bukan lagi ‘makhluk tuhan yang paling seksi’.
Mulan Jameela atau nama sebenarnya, Raden Terry Tantri Wulansari, berasal dari Garut, Jawa Barat, Indonesia, itu dulu popular dengan lagu genre pop iaitu ‘Makhluk Tuhan Yang Paling Seksi’ dan gayanya begitu seksi. Tambahan pula, suaranya yang sedap menjadi lagi perhatian orang buat seketika dulu.
Meski pun penampilannya sudah berubah secara drastik dan tidak lagi seksi seperti dahulunya, ia tidak menghalang Mulan untuk memberikan persembahan yang memukau kepada peminat yang hadir. Lontaran vokal yang luar biasa di persembahkan kepada pengunjung yang hadir dengan lagu ikonik, Makhluk Tuhan Paling Seksi.
Perkongsian video dari pemilik akaun TikTokHahs Anir, persembahan dari Mulan Jameela sangat bertenaga walaupun dia hanya kelihatan begitu bersahaja. Ramai yang kagum akan cara penyampaiannya dan memberikan reaksi yang positif.
Meninjau di ruang komen, ramai yang menyatakan mereka tidak sangka dengan perubahan imej baru Mulan Jameela meski pun sudah sekian lama berhijab. Ada juga yang mendoakan supaya Mulan kekal istiqamah dalam menutupi auratnya mengikut syariat Islam.
“Mulan dah berhijab ya…Alhamdulillah moga terus istiqamah.
“Ini baru betul-betul diva…bukan saja boleh menyanyi, tapi berubah untuk diri sendiri…bukan orang nasihat semakin menjadi…terbaik
“Wah, lama tak tengok dia, dah berhijab dah sekarang, MasyaAllah, suara masih power.
“Lagu ini memang khas untuk dia sahaja…orang lain bawa tak masuk lah…hehe…Mulan slay!” berikutan komen yang positif dan menggalakkan dari warganet yang suka akan penampilan Mulan Jameela yang sopan.
Pada tahun 2019, Mulan Jameela telah mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya selepas pulang dari Palestin. Imej yang seksi bukan lagi menjadi pilihannya dan kini lebih cenderung dengan imej wanita muslimah yang sopan. Semoga dia kekal istiqamah dalam perjalanan kehidupan.
Lain orang lain cara pemikirannya. Ada mereka yang mahu penampilan sentiasa nampak cantik tanpa sebarang cacat cela. Tetapi ada juga yang tidak kisah jika ada masalah lain yang mengganggu atau mencacatkan penampilan, terutamanya di bahagian wajah.
Seperti perkongsian gadis ini di media sosial yang tidak kisah untuk menyambut raya dengan wajah yang mengalami breakout. Malah tanpa segan silu turut berkongsi beberapa keping gambarnya di laman sosial.
Nur Damia Afiqah Mohamed Zulmari 21 tahun yang berasal dari Kota Bharu Kelantan ini mengalami masalah breakout sejak setahun lalu akibat alahan terhadap makanan laut dan masalah habuk.
Sebaik muat turun foto berkenaan, dia tidak sangka mendapat kata-kata semangat dan pujian dari netizen. Katanya sebelum ini dia sering merasa tertekan dan berkecil hati kerana sering diejek takan-rakan walaupun dalam nada gurauan.
Dalam pada itu, perkongsian Nur Damia atau menggunakan nama akaun Mei Ling di laman twitter mendapat lebih 25K tanda suka serta mendapat komen positif yang mengatakan dia nampak comel walaupun wajah alami masalah.
Beraya dengan wajah breakout.
Terkejut terima komen positif.
Pedulikan apa orang kata, yang penting konfiden.
Jerawat merah dah jadi blusher asli.
Kena bangga dengan diri kita dan yakin baru orang tak berani pijak.
Wajah breakout tapi tetap cute & pretty.
Jangan give up dan doakan wajah akan pulih tak lama lagi.
Dulu pernah rasa insecure sampai tak mahu keluar rumah.
Masalah breakout sebab alergik dengan makanan laut dan habuk.
Konfiden buat diri jadi lawa. Abaikan apa orang lain kata.
Tengah consult dengan skin specialist.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dalam setiap amal kebaikan yang kita lakukan, ujian yang paling besar adalah apabila kita ingin melakukan kebaikan itu secara konsisten dan berterusan. Ini kerana, syaitan sering berbisik rasa ragu dan was-was demi membolak balikkan hati manusia dalam melakukan kebaikan serta menggugat keimanan.
Begitu jugalah dengan apa yang dialami oleh aktress jelita, Anzalna Nasir setelah dia bertekad untuk menutup aurat dengan lebih sempurna dan tampil berhijab sejak dua tahun lalu.
Bagaimanapun, menurut Anzalna ada ketikanga dia berasa bimbang terhadap hati yang berbolak balik serta kesukaran untuk istiqamah dalam mengenakan hijab.
Pemilik nama penuh Nur Anzalna Mohd Nasir, berkata dirinya enggang mengulas atau berkongsikan kisah penghijrahannya
ekoran tidak mampu meramal apa yang bakal berlaku di masa hadapan.
Tambahnya lagi, dia sering memikirkan adakah dia mampu menempuh ujian untuk istiqamah menutup aurag kerana dikhuatir hatinya berbolak-balik.
“Sebenarnya saya tidak mahu ulas mengenai penghijrahan ini disebabkan saya tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan.
“Sejujurnya, sukar untuk istiqamah selepas berhijab sejak dua tahun lalu. Cuma, saya berdoa boleh kekal berhijab sampai bila-bila.
“Sebab ini antara saya dengan Tuhan, bukan dengan manusia,” katanya lapor portal berita tempatan.
Justeru, ibu kepada dua cahaya mata lelaki berharap orang ramai khususnya para peminat dapat mendoakan agar dirinya mampu mengekalkan imej menutup aurat ini sampai bila-bila.
“Doakan yang terbaik untuk saya agar kekal berhijab dan berimej muslimah,” ujarnya.
Sekadar info, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama Hanif Zaki pada 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidress, 2, dan Mohamad Emirhan, 11 bulan.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...