Pengacara yang kini bergelar pelakon, Uyaina Arshad memang terkenal dengan kepetahannya sewaktu mengacara.
Pernah diangkat menjadi juara Puteri Muslimah Asia pada tahun 2018, Uyaina atau lebih mesra disapa Yana,28, rupa-rupanya sudah memiliki rupa paras yang cantik sejak kecil lagi apabila dia berkongsikan gambarnya di laman sosial.
Berkongsi gambarnya ketika berusia 12 dan 28 tahun, ramai yang memuji kejelitaannya itu walaupun tidak mengenakan sebarang solekan di wajah.
“Sama atau lain? 😋
Masa sekolah rendah dulu (SD buat teman2 Indo) Yana pengawas. Jadi pakaian sekolah warna peach macam ni. And tadi live WHI pun lebih kurang sama pulak warna tudung tu. Haha. Teringat pulak masa zaman sekolah dulu2 .. 😊