Berkongsi foto terbaharu di Instagram, pelakon filem Paskal, Jasmine Suraya Chin dihujani pelbagai komen positif di laman sosialnya apabila dia kelihatan sangat manis dan versatile bila menggayakan hijab bersama blazer.
Ramai yang memuji penampilan gadis yang berasal dari Sarawak ini termasuklah rakan-rakan artis iaitu Sufian Suhaimi dan Ramona Zam Zam yang mengatakan dia hampir tidak mengenalinya kerana Jasmine kelihatan begitu berbeza.
Untuk makluman semua, Jasmine merupakan seorang pelakon, pengacara dan model berbangsa Cina yang berasal dari Kuching,Sarawak. Dia terkenal dengan lakonannya di televisyen seperti drama Hero Seorang Cinderella, Alamatnya Cinta dan Adellea Sofea.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Walaupun ia mengeluarkan bau yang kurang enak, petai tetap menjadi antara ulam-ulaman yang digemari ramai. Selalunya apabila petaui sudah ada di tangan, tentunya sudah terbayang menu sambal udang petai.
Sebenarnya selain dibuat sambal bersama udang, petai juga boleh dijadikan serunding.
BAHAN-BAHAN:
Petai
Ikan bilis
Cili api
Bawang putih
Bawang merah
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMBUAT:
1.Kisar semua bahan di atas dengan minyak masak.
2.Masak di atas kuali. Kacau sehingga ringan dan kekuningan.
3.Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas.
Menu serunding petai ini mungkin boleh menjadi menu terbaru dalam senarai hidangan keluarga anda. Selamat mencuba!
Disebabkan bahagian kaki merupakan aurat dan haram dipertayangkan pada orang ramai, sebuah jenama kasut tempatan mengambil insitiatif berbeza apabila menggunakan kaki lelaki sebagai model kasut mereka.
Hasil daripada kreativiti jurufoto,foto itu seterusnya akan disunting supaya kelihatan ‘flawless’ seperti kaki seorang perempuan.
Perkara ini telah dikongsikan oleh Mohd Nor Amin Zainuddin di laman Facebooknya dan menyifatkan si penjual kasut ini mengambil tindakan yang bagus dalam memelihara aurat wanita.
.
.
.
alaupun nampak kecil namun sebenarnya ia boleh jadi dosa besar jika aurat menjadi tatapan ramai. Sebenarnya, bagi mengatasi masalah ini ada alternatif lain juga yang boleh digunakan iaitu dengan mengenakan stoking pada kaki model wanita. Apa pendapat anda pula?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ayam ungkep, resipi makanan orang Jawa ini meski pun hidangannya ringkas namun enak dinikmati bersama dengan nasi panas atau pun dicicah dengan roti. Bahan-bahan untuk membuat ayam ungkep pun tidak banyak dan cara penyediaannya juga mudah.
Bagi yang hendak cuba masak ayam ungkep, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh lelaki ini.
Mari saya kongsikan resepi dari ibu saya masakan ungkep dan cara-caranya. Bahan-bahan ini untuk seekor ayam.
BAHAN-BAHAN UNTUK DIKISAR:
3 biji bawang besar/bawang 6 biji bawang merah 3 ulas bawang putih Halia sebesar dua ibu jari 2 sudu kecil jintan kasar 2 sudu kecil ketumbar 2 potong kecil kunyit hidup 5 batang cili padi
BAHAN-BAHAN YANG PERLU DIMASUKKAN SEMASA MENUMIS:
3 batang serai yang dititik 2 potong lengkuas yang dititik 3 sekawan (bunga lawang, cengkih, buah pelaga) Asam jawa/asam keping
2. Masukkan serai, lengkuas 3 sekawan (bunga lawang, cengkih, buah pelaga) dan asam jawa/asam keping.
3. Teruskan kacau sampai naik bau wangi. Tambah sikit air dan masukkan ayam. Tutup kuali lebih kurang 10 minit dengan tujuan biarkan ayam sebati dengan bahan tumisan.
4.Masukkan gula, garam untuk kestabilan rasa.
5. Tutup semula kuali dan tunggu hingga ayam empuk serta tumisan jadi sedikit kering. Jangan kering sangat, kuah ungkep sedap juga cicah dengan roti gardenia.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.