‘Upgade’ Gaya Harian Hijabi, 5 Gaya Fesyen ‘On-Point’ Selebriti Ini Boleh Dijadikan Inspirasi

Share

Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang boleh digayakan setiap masa!

Ketepikan dahulu rekaan yang bosan, kosong dan suram! Raikan keserian stail anda dengan tip fesyen di bawah ini!

Selesa & Ranggi
Lihat saja selebriti Nana Mahazan ini yang selalu berOOTD dengan mengenakan rekaan yang sangat jelas keselesannya! Popular dengan ‘hashtag’ #nanaootdpagar di laman Instagramnya, setiap gayanya amat sesuai untuk anda si hijabi yang inginkan gaya yang ringkas, ranggi dan selesa! Usah buntu dengan pemilihan warna yang senada atau pilihan corak yang sesuai, sarungkan saja rekaan yang menggambarkan personaliti anda! Ia seolah-olah meraikan sisi istimewa anda!

Sesuai untuk golongan millenial khasnya, gaya Nana ini pastinya boleh menjadi panduan untuk semua! Apa yang pasti, ia menutup aurat, molek dan selesa!

Moden & Kasual
Mencedok gaya dari si Hijabi yang anggun ini, Bella Zahir sentiasa memuat naik gaya OOTDnya yang ‘on-point’! Dari pemilihan warna yang ala pastel sehinggalah kepada pemilihan aksesori yang seragam dengan keseluruhan stail, Bella mencipta gaya ‘less is more’ yang sempurna!

Bagi anda yang inginkan gaya seperti Bella ini, ketepikan dahulu warna-warna terang dan kuat ala ‘Mak Datin’. Raikan sisi kejelitaan anda dengan warna-warna pastel. Bukan itu sahaja, malah usah hanya tertumpu kepada satu jenis rekaan sahaja. Malah, cuba untuk bereksperimentasi dengan rekaan lain seperti skirt, seluar palazzo dan juga boot tinggi yang sememangnya membantu untuk menjadikan gaya anda lebih moden.

Gabungan ‘Streetwear’ dan ‘Hipster’ Ala Si Hijabi!
Siapa kata pemakaian hijab tidak mampu menaikkan aura ‘streetwear’ dalam stail anda? Cuba lihat selebriti dan juga pengacara popular ini, Dahlia Shazwan. Menerapkan gabungan konsep ‘hipster’ dan streetwear’, Dahlia tidak kekok mengenakan padanan celana denim bersama dengan t-shirt rekaan normal yang tampak kasual!

Apa yang penting, pemilihan aksesori seperti tali pinggang, kasut dan juga ‘handbang’ memainkan peranan penting untuk menjadikan gaya anda lebih menarik dan tidak bosan! Masih mengekalkan konsep sopan, tetapi Dahlia memilih untuk menerapkan sedikit konsep ‘gaya hari ini’!

Gaya ‘sporty’ cetus sisi santai!
Suka kami melihat gaya selebriti yang baru sahaja menamatkan zaman bujangnya, Zizi Kirana! Bukan apa, Zizi tidak menjadikan pemakaian hijab sebagai penghalang untuk dia menjadi dirinya sendiri. Lihat sahaja gaya fesyen yang disarungkan! Lebih ‘cool’ dan santai! Padanan jaket denim bersama dengan kasut sukan benar-benar menaikkan gaya ‘sporty’ untuk para hijabi!

Malah padanan denim ini juga membawa erti ‘gaya yang bersahaja’. Padankan saja dengan ‘cardigan’ polos ataupun ‘blazer’ bersaiz besar, pastinya gaya anda sudah tampak bersahaja dan tidak terlalu mencuba!

Meraikan gaya mewah dan eksklusif!
Siapa kata para Hijabista tidak mampu tampak seksi biarpun menyarungkan pakaian yang menutup aurat dan sopan? Lihat saja penampilan Anzalna Nasir ini.

Meraikan sosok tubuh persis model, Anzalna bijak menyarungkan rekaan jubah yang memiliki corak menegak yang memberi visual jelas tentang definisi ‘seksi’ itu sendiri. Malah padanan kot labuh juga turut menjadikan gaya anda lebih mewah! Untuk memberi unsur eksklusif, padankan dengan aksesori tambahan seperti cermin mata hitam untuk menyempunakan gaya anda!

Selamat bergaya!

Published by
Amy Mohd