Untungnya Wanita Ini Sedang Sarat Mengandung, Dapat Pulak Hadiah Kereta Warna ‘Pink’ Sempena Hari Jadinya

Share

Setiap suami isteri itu, pastinya mahukan yang terbaik untuk pasangan mereka. Kalau boleh apa sahaja yang dimahukan akan ditunaikan jika berkemampuan. Seperti perkongsian wanita yang sedang sarat mengandung ini apabila  mendapat hadiah kereta idaman. Kegembiraan wanita yang mendapat kereta Honda FD di hari jadinya ini jadi tular di media sosial.

Menurut wanita yang dikenali dengan nama Puan Seri

di laman sosial facebooknya ini, dia tidak pernah terfikir untuk mendapat kereta idaman berkenaan. Lagi-lagi pada sambutan harijadinya.

Apa yang lebih istimewa kereta berkenaan juga berwarna pink dan tertulis namanya. Bukan itu sahaja, kereta berkenaan juga didatangkan sekali dengan belon sebagai tanda hadiah hari jadi.

Walaupun mendapat kritikan dari netzizen, namun usaha dan effort sang suami untuk membahagiakan isterinya yang sedang hamil patut diberi pujian.

Maklumlah perempuan mana tidak gembira apabila diri dihargai oleh insan tersayang.

Im happy today…

Tq abam z utk hadiah ni..

Sambut awal sbb nnt birthday cik seri xdk sni..

Dulu dia penah tnya cik seri minat keta apa..

Jawapan cik seri ” syg dpt bawak honda fd pun syukur alhmdulillah dh” xkn nk hbaq porsche kot.. stg tanjat boboy plk..

Patotla masa dia beli keta ni dia dok tya nak cat ke nk wrap.. siap sruh pilih rim lg.. heran kita ni.. ingt dia nk jual awat dok tya kita..xpenah tlintas dia nk beli kat kita…

Cik seri ingt lg dia penah kata dia xmo beli keta sndri..naik keta company sja.. xsia2 cik seri tekan kancil kecik pala2 dlu..

Tq abam z..love u so much…

7/10..

Birthday girl.

Hijabista ucapkan semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah. Pastinya jadi kegembiraan berganda. Ini kerana bbukan hanya dapat kereta, tetapi pasangan ini juga bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

 

 

 

Published by
Siti Zurina