Perhatian! Buat mereka yang lahir pada bulan Disember, anda senang-senang je boleh dapatkan ais krim percuma daripada Family Mart. Wah! Betul ke ni? Macam mana nak dapatkan tu?
Ya, ini betul-betul sis bukannya cubaan. Family Mart akan berikan ais krim sofuto mereka yang terkenal itu buat mereka yang lahir pada bulan Disember dengan cara yang mudah sangat!
gambar: pinterest
Anda boleh tuntut ais krim percuma dengan hanya mengikuti langkah-langkah mudah di bawah ini sahaja :-
1. Muat turun aplikasi MY FamilyMartDownload di telefon bimbit anda
2. Daftarkan diri sebagai ahli FamilyMart
3. Pergi ke bahagian ‘reward’ dan tebus ‘Birthday Reward/ Voucher’ anda
4. Pamerkan ‘Birthday Reward’ anda pada staf FamilyMart
5. Nikmatilah Sofuto anda yang menyelerakan itu secara percuma!
gambar: pinterest
Seronoknya dapat ais krim secara percuma! Ia sah sehingga 31 Disember 2019 sahaja tau. Jadi kenalah dapatkan sekarang juga. Sis punya perisa kegemaran ialah Sofuto Matcha. Anda pula bagaimana?
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Lain Kali Selidik & Tanya Dulu…’- Jovian Mandagie Perjelas Isu Mask ‘Hauk’ Dan SIRIM
Tidak mahu masyarakat terus salah faham, Datuk Jovian Mandagie tampil memberikan penjelasan di laman Instagram berhubung isu keperluan perakuan cop SIRIM di pelitup muka yang sangat dibincangkan netizen.
Jelas Jovian, ramai yang telah salah anggap mengenai terma pelitup muka ‘hauk’ yang digunakannya tempoh hari.
“Saya nak jelaskan sikit pasal pelitup muka ‘hauk’ tempoh hari. Banyak yang salah faham, apa yang saya maksudkan itu ialah pelitup muka ‘Jovian Mask Tiruan’ yang berleluasa di pasaran.
“Tak ada niat saya nak memperkecilkan mana-mana jenama pelitup muka lain di pasaran. Lebih dua tahun Jovian Mask tiruan berada di pasaran mengambil kesempatan guna design kami, monogram kami, gambar promosi kami, nama kami dan logo kami untuk kepentingan masing-masing sehingga menipu pengguna,” ujarnya.
Ujar suami kepada Datin Nina Sabrina Ismail Sabri ini, beliau langsung tidak berniat untuk mengguris hati mana-mana pihak dan hanya memaksudkan terma tersebut buat mereka yang menciplak jenama pelitup mukanya itu sahaja.
“Saya rasa sesuailah saya gunakan istilah hauk tu pada mereka ni. Ini semua kerja mafia! Tapi, kalau ada yang tersinggung dengan statement saya, tak ada niat nak guris hati anda.
“Issue sirim, bukan permintaan saya mahupun keuntungan bagi saya. FYI, once the law imposed it will incur most cost to us as sellers? Dari mana pulak saya akan untung lebih?
“And I can guarantee you all that my brand is not the first to have sirim stamp. Banyak brand di luar yang dah ada sirim stamp. Kita ni baru je nak apply. 😅
“Ramadhan bulan suci ni, bukan saja puasa perut. Patutnya pertuturan pun patut dijaga. Tak perlu kut nak caci maki saya dan fitnah yang bukan-bukan tentang business saya. Jenama Jovian dah berada di pasaran 15 tahun, makin berkembang atas reputasi dan kualiti barangan kami. Bukan sebab-sebab lain.”
Di samping itu, beliau turut meluahkan rasa syukur di atas sokongan yang terus diberikan oleh pengguna setia pelitup muka jenamanya dan berharap mereka yang mengejinya dapat menyelidik dahulu sebelum membuat tuduhan melulu.
“Alhamdulillah, Jovian Mask berjaya berada dalam pasaran kerana sokongan semua Jovianista atas kualitinya yang memang bagus. Anti jerawat dan mudah bernafas tu tak boleh dinafikan.
“Jovian Mask kini dipasarkan oleh lebih 6000 pengedar; 7 Eleven, Aeon Mall/Big, Watson, Lotus, Shopee, Jstore, Jovian VIPPS, Dropshippers, Shell, @jovianselcare dan banyak lagi farmasi di pasaran.
“Saya harap isu ini habis di sini. Siapa yang dah menyumpah saya, lain kali selidik dan tanya dulu.. Nevertheless saya doakan anda semua panjang umur dan bahagia dunia akhirat,” coretnya di laman Instagram.
Sebelum ini, netizen mengecam Jovian kerana mengatakan pelitup muka lain hauk dan dalam masa yang sama mempromosikan pelitup mukanya yang bakal mendapat kelulusan SIRIM.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kongsikan Momen Mengerjakan Umrah Bersama Anak Angkat, Mizz Nina Memanjatkan Kesyukuran Nikmat Yang Di Kurniakan
Menghargai momen yang indah bersama anak angkat di Mekah, Mizz Nina memanjatkan rasa syukur dapat buat ibadah umrah bersama Musa baru-baru ini. Ramai yang turut merasai bersama selepas melihat posting Instagram miliknya itu.
Alhamdulillah keatas segala keberkatanNya
Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 42, membuat satu perkongsian di laman sosial media Instagram miliknya menunjukkan dia sedang berada bersama anak angkatnya, Musa, di hadapan Kaabah bersama jemaah yang lain. Dia turut memanjatkan rasa syukur melalui ruangan kapsyen.
Titipan doa serta rasa syukur oleh Mizz Nina dapat di lihat apabila dia mendoakan supaya Musa akan membesar menjadi seorang anak yang soleh dan di kurniakan akhlak budi pekerti. Doa-doa yang di tulisnya jua menjadi panduan kepada orang ramai yang mengikutinya di sosial media, sungguh manis cinta seorang ibu.
Artikel berkaitan: Mizz Nina Terima Anugerah Ikon Aktivis Kemanusiaan Di Majlis Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan
“Alhamdulillah ya Rabb kerana memberikan peluang kami dapat bersama di sini (Mekah). Sudah berbulan Musa telah mendengar kisah mengenai ibadah haji, kini dia dapat melihat dengan matanya sendiri,
“Ya Allah, jadikan Musa sebagai seorang ummah yang soleh, di kurniakan dengan akhlak yang mulia, mendapat satu warisan legasi yang menjalani kehidupan dengan penuh keimanan dan takwa,
“Semoga Musa di kurniakan lagi dengan tarbiyyah serta manfaat dari al-Quran sebagai panduan hidup buatnya dalam menjalani kehidupan kini dan pada masa yang akan datang, ameen.” begitulah doa yang di ungkap di ruang kapsyen.
Meninjau di ruangan komen ramai juga yang menitipkan doa buatnya dan Musa semoga mendapat keberkatan dalam mengerjakan umrah. Bahkan ada juga yang menjemput Mizz Nina ke rumah mereka di sana.
Baru-baru ini Mizz Nina telah menjadi salah seorang penerima anugerah Ikon Aktivis Kemanusiaan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444H pada ahad lalu. Ramai juga mengenali kegiatan dakwah serta aktiviti islamik yang di anjurkan olehnya seperti DopsTV dan aplikasi islamik seperti Qalby App.
Sumber info dan gambar: Instagram Mizz Nina
Artikel berkaitan: Deep kata-kata Mizz Nina: “Kita Selalu Harap Pasangan Faham Tentang Kita Sedangkan Kita Lupa Rumah Tangga Adalah Kita Belajar Tentang Dia”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Menangis Dapat ‘Kejutan’ Tak Sangka Lepas 11 Tahun, Syura Badron Hamil Lagi!
Memiliki cahaya mata sememangnya menjadi impian setiap pasangan yang sudah berkahwin. Bagi pasangan suami isteri, cahaya mata adalah anugerah terindah yang diberikan Allah SWT sebagai penyeri dalam menjalani kehidupan berkeluarga.
Baru-baru ini, penyanyi; Syura Badron telah berkongsi berita gembira melalui satu hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya. Melalui hantaran itu, Syura berkongsi bahawa dia sedang hamil selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga dengan Muhd Farizat Ismail.
Penyanyi tersebut turut berkongsi bahawa dia dijangka bersalin pada Mac 2023. Hantaran tersebut dimuat naik beserta kapsyen “Soon, Mohon doakan yang baik-baik. Abie, you are going to be a daddy soon. InsyaAllah…”
Menerusi video yang dimuat naik, Syura atau Zuraidah Badron,36, dilihat sedang memberikan kejutan buat suami tercinta, Muhd Farizat Ismail.
Pelantun lagu ‘Nazam Berkasih’ itu telah memberi sebuah kotak hitam kepada suaminya untuk dibuka. Rupa-rupanya, isi kotak tersebut ialah sehelai baju bayi yang mempunyai perkataan ‘You Are Going To Be A Daddy Soon‘.
Bukan hanya suaminya, malah ketiga-tiga anaknya terlihat teruja dan tidak sabar menanti kelahiran cahaya matanya. Syura juga sempat membuat video kompilasi momen bersama keluarga sepanjang kehamilannya itu. Video tersebut turut dilengkapkan dengan lagu Buah Hati oleh Armada.
Artikel Berkaitan: Impikan Keluarga Bahagia Hidup Lebih Sempurna, Amalkan 21 Himpunan Doa Ini.
‘Kekok seperti hamil anak pertama’
Menurut Syura, dia berasa kekok apabila disahkan hamil kerana kali terakhir penyanyi tersebut hamil adalah sekitar 11 tahun yang lalu, namun dia bersyukur diberikan rezeki oleh Allah SWT.
“Kalau ikutkan perkahwinan kami belum sampai setahun, syukur dapat rezeki anak awal. Kali terakhir hamil adalah 11 tahun lalu, jadi perasaan itu agak kekok seperti sedang hamil anak pertama.
Artikel Berkaitan: Selain Keluarga, SYURA Antara Rakan Baik ELYANA Simpan Rahsia Derita Penyanyi Itu Hidap Kanser LIMFOMA Tahap 4
Sekadar info, ini merupakan perkahwinan kedua Syura selepas bercerai dengan bekas suami pada Ogos 2015 yang lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13 dan Muhammad Irfan Aryan, 11 tahun.
Sumber: Instagram Syura Badron dan Harian Metro.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI