Perhatian! Buat mereka yang lahir pada bulan Disember, anda senang-senang je boleh dapatkan ais krim percuma daripada Family Mart. Wah! Betul ke ni? Macam mana nak dapatkan tu?
Ya, ini betul-betul sis bukannya cubaan. Family Mart akan berikan ais krim sofuto mereka yang terkenal itu buat mereka yang lahir pada bulan Disember dengan cara yang mudah sangat!
gambar: pinterest
Ads
Anda boleh tuntut ais krim percuma dengan hanya mengikuti langkah-langkah mudah di bawah ini sahaja :-
Ads
1. Muat turun aplikasi MY FamilyMartDownload di telefon bimbit anda
2. Daftarkan diri sebagai ahli FamilyMart
3. Pergi ke bahagian ‘reward’ dan tebus ‘Birthday Reward/ Voucher’ anda
4. Pamerkan ‘Birthday Reward’ anda pada staf FamilyMart
5. Nikmatilah Sofuto anda yang menyelerakan itu secara percuma!
Ads
gambar: pinterest
Seronoknya dapat ais krim secara percuma! Ia sah sehingga 31 Disember 2019 sahaja tau. Jadi kenalah dapatkan sekarang juga. Sis punya perisa kegemaran ialah Sofuto Matcha. Anda pula bagaimana?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cuaca di negara kita ini memang tidak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan. Bila panas, anda akan terasa bahangnya hingga anda mengambil keputusan untuk mandi. Tetapi sebelum anda mandi, sebenarnya ada beberapa waktu anda tidak dibenarkan mandi kerana ia ada kaitan dengan kesihatan.
Antara waktu anda dilarang mandi adalah:
30 minit selepas solat Asar merupakan waktu di mana darah anda ketika itu sedang panas. Jika anda mandi, ia akan menyebabkan badan menjadi penat untuk melakukan sebarang pekerjaan.
Jantung anda selepas Maghrib akan mula lemah untuk melakukan pekerjaan. Kajian menunjukkan bahawa jika anda mandi selepas Maghrib, ia akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan menyebabkan paru-paru berair.
Selepas solat Isyak, jantung akan berhenti bekerja dan akan berehat. Jika anda mandi pada waktu itu, ia akan menyebabkan kerosakan jantung kerana dimasuki air.
Sebaiknya, mandi satu jam selepas jam 12.00 malam iaitu antara jam 2.00 hingga 3.00 pagi. Ia akan memberi tenaga pada badan seperti bateri lemah yang telah dicas semula.
Cuaca panas adalah kurniaan Allah untuk alam semesta, usahlah ungkapkan keluhan di mulut tentang kepanasan. Inilah masanya untuk kita mengumpul sebanyak mungkin pahala sabar atas ujian kepanasan. Jadikan zikir dan ayat –ayat al quran penyejuk hati.
Ertinya: Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (al-Baqarah: 153)
Daripada kita mengeluh panas, lebih baik kita berdoa.
(Lailaha illa Allah, Mā asyadda Harra Hazal Yaum, Allahumma Ājirni min Harri Jahannam )
Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah, Alangkah panasnya cuaca pada hari ini, Ya Allah Ya Tuhanku Jauhkanlah aku daripada panasnya neraka jahannamMu
“Panasla sekarang nih!”
“Tak larat lah nak keluar,…cuaca sekarang terik…”
“Sekarang cepat penat. Badan alah pada cuaca panas.”
Biasa dengarkan? Aku pun selalu keluar ‘remarks’ macam ni. Belakangan ni, cuaca memang panasnya lain macam sikit. Kat tempat aku, dah lama tak hujan. Terik matahari kat luar tu, kalaulah kita pecahkan telur dan biarkan…confirm boleh masak jadi telur mata kerbau! Hehehe boleh buat lunch
So, hari ni aku nak share dengan korang semua – ketika dalam kepanasan atau berada dalam cuaca yang panas zikirkanlah nama Allah ‘Ya Latif’ sepenuh hati dan berulang-ulang kali. ‘Ya Latif’ bermaksud Yang Maha Lembut. Nama Allah ini digunakan dalam banyak amalan lain contohnya untuk lembutkan hati anak-anak, redakan perasaan marah dan tatkala kita nak berdepan dengan orang yang sukar dibawa berbincang.
Aku belajar tentang zikir ‘Ya Latif’ untuk cuaca panas ni sejak zaman sekolah dulu. Kalau tak silap, dari salah sebuah buku Hajat (99 Nama Allah). Insya Allah, apabila dizikirkan berulang-kali, Allah akan kurniakan keselesaan pada kita. Walaupun panas terik, dengan izin-Nya, akan ada angin/udara lembut yang mendinginkan kita.
Sumber: Jantakhabar
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Aspek kebersihan menjadi satu perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam dunia perubatan terutama sekali ketika menjalani rawatan atau melakukan pembedahan ketika di hospital.
Amatlah penting untuk memastikan persekitarannya sentiasa bersih bagi mengelakkan daripada berlakunya jangkitan kuman. Oleh sebab itulah setiap doktor yang melakukan pembedahan perlu sentiasa menjaga pemakaian mereka agar sentiasa kemas dan bersih.
.
Disebabkan itu, seorang doktor dari Malaysia iaitu Farah Shaheera Roslan tampil dengan idea hebat apabila menghasilkan hijab pakai buang ‘steril’ yang boleh digunakan ketika bertugas di ‘Emergency Room’.
Menurutnya, beliau pernah diminta keluar dari bilik pembedahan kerana menggunakan tudung yang sama setiap hari dan insiden tersebut telah memberi idea padanya untuk tampil dengan penghasilan hijab ini.
Bagi petugas perubatan beragama Islam pula, aspek pemakaian juga diambil kira apatah lagi sekiranya doktor wanita yang mengenakan hijab.
“Saya menggunakan tudung sama sepanjang hari yang ternyata tidak bersih dan tidak sesuai.
.
“Saya tidak selesa untuk membuka hijab dan saya pernah diminta keluar dari bilik pembedahan (dengan sopan) bagi mengelak jangkitan,” katanya yang bertugas di Hospital Royal Derby, United Kingdom.
Selain itu, perunding pakar bedah dan mentor kepada Farah iaitu Gill Tierney berkata, dia percaya idea hijab tersebut merupakan yang pertama diperkenalkan di UK untuk digunakan oleh petugas perubatan mereka.
“Ia tidak memerlukan kos yang banyak pun dan diharapnya ia akan memberi impak yang besar buat semua,” ujarnya.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.