Isi Kandungan
ToggleHijabi dengan pin tudung berpisah tiada jua. Fungsi pin tudung ini semestinya membuat pengayaan tudung cantik terletak seperti digayakan pada awal waktu dan sehingga menjadi keselesaan pada si pemakai.
Namun yang menjadi teguran dari seorang Doktor, hijabi patut bertindak segera untuk menghidari tabiat yang tidak baik ini. Seringkali sebelum pengayaan tudung tempat yang paling mudah untuk meletakkan pin tudung adalah celahan bibir.
Habit mengepit pin tudung, selalunya jarum peniti di bibir adalah sama sekali tindakan membahayakan. Jom ikuti nasihat Doktor Samhan semoga bermanfaat kepada hijabi semua.
Perbuatan yang tidak di jangka
Mengundang maut
Elakkan 5 perkara ini
SUMBER: Twiter @DoktorSamhan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Throwback’ Foto Berusia 21 Tahun, DS Shahida Teringat Zaman Duduk Rumah Flat Dengan 6 Saudara Lelaki
Isi Kandungan
TogglePerjalanan setiap insan itu berbeza-beza mengikut ketentuan Allah SWT. Ada yang lahir terus berada dalam dunia kemewahan dan ada juga terpaksa bermula dari bawah hidup susah sebelum berjaya seperti hari ini. Seperti perkongsian isteri Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida yang muat turut satu posting dengan throwback gambarnya sewaktu berusia 21 tahun.
Menurutnya dia teringat sewaktu bergelar gadis biasa yang tinggal di rumah flat dengan enam adik beradiknya yang semua lelaki. Mengharapkan rezeki bapanya yang bekerja sebagai pemandu teksi.
Menurutnya, waktu itu dia tidak pernah mimpikan suatu kehidupan yang gah atau mewah seperti apa yang dikecapinya hari ini. Malah dia juga tidak pernah mimpikan dirinya bakal jadi kecaman dan cemuhan masyarakat seperti yang dialaminya kini.
Apa yang diharapkan ketika itu hanyalah cara bagaimana untuk meneruskan hidup yang lebih baik memandangkan kesusahan yang dialaminya ketika itu.
Ternyata posting ini mendapat perhatian netizen. sebelum ini juga dek kerana tidak tahan cemuhan, beliau mengambil keputusan untuk deactivate akaun Instagramnya. Tetapi kemudiannya mengambil keputusan untuk aktif kembali.
Pernah tinggak di rumah flat
ketika berusia 21 tahun……
Ketika ini saya tidak pernah mengimpikan apa2 yg indah ttg hidup,perempuan biasa tinggal di rumah flat,bapa pemandu teksi ada 6 adik beradik semuanya lelaki…..
Dalam hati dan fikiran saya pun akan hidup biasa mcm orang lain,tak pernah terfikir suatu hari saya akan menjadi bahan cemuhan masyarakat……tak pernah terfikir apa2 yg buruk kecuali nak ada hidup yg lebih baik,x ada bercita2 tinggi…..
Anggap ini sebagai ujian
Saya sedih 2 hari ni tapi bila anak2 dah tidur semua saya fikir kenapa saya perlu bergaduh dgn semua orang dan mempertahankan diri…..(jadi saya minta maaf kepada semua yg komen saya balas mungkin agak biadap) x seharusnya saya membalas komen2 tersebut dgn emosi sbb Kita x boleh paksa manusia suka dan terima kita…
Ini mungkin ujian saya …ujian kita berbeza kan……bila kita berduit kita diuji hal begini,kalau kita bahgia kasih sayang kita diuji bab lain pula…..mcm lah org kata apa2 pun saya tidak simpan dalam hati…setiap hari saya belajar menjadi yg terbaik,ibu yg terbaik,isteri yg terbaik,sahabat yg terbaik dan seorang hamba yg terbaik di sisi tuhannya. Saya bukan artis dan saya x tahan dikecam…..
Tetap akan sokong suami
Minta maaf banyak-banyak
Follower makin bertambah
KREDIT FOTO: INSTAGRAM DATIN SERI SHAHIDA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Teruja Lakukan Ibadah Umrah Dengan Telekung RM6,080, Ala ‘Tetamu VIP’ Di Sana
Isi Kandungan
TogglePerasaan untuk menunaikan ibadah umrah mahupun haji adalah suatu perkara yang sukar di bayangkan. Hati kian terasa berdebar untuk melihat ‘syurga dunia’ buat mereka yang bakal melawatinya kelak.
Sudah tentu ramai yang ingin kelihatan suci dan cantik untuk berada di Mekah. Lantas wanita ini berkongsi keterujaannya memakai telekung berharga Rm6,080 untuk mengerjakan umrah!
Bagai tetamu VIP di sana…
Memuat naik perkongsian video mengerjakan umrah di media sosial, pemilik Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, mendapat perhatian orang ramai apabila mengerjakan umrah. Tetapi telekung yang di padankan pula bukanlah pada harga yang biasa-biasa.
Mengambil keputusan untuk memaklumkan harga telekung berjumlah RM6,080, dia meluahkan rasa teruja memakainya untuk beribadat di Mekah. Namun, tujuannya bukanlah untuk menunjuk atau riak kepada orang ramai.
@halizamaysuriBukan riak tapi inilah yang sya pinta pagi petang siang malam. Nak jadi tetamu VIP Allah 🕋♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar
“Pakai telekung harga RM6,080. Ini baru tetamu VIP Allah.” tulisnya di dalam video itu.
Boleh dilihat corak dan rekaan telekung itu juga amat cantik dan unik berpatutan pada harganya. Memang tidak boleh disangkal ia cukup sempurna untuk mereka yang inginkan keistimewaan ketika beribadat.
Artikel berkaitan: Irma Hasmie Dan Keluarga Tunai Umrah, “Semoga Kepulangan Kami Berserta Dengan Redha Dan Keampunan Allah SWT”
“Kita semua tetamu VVIP bila ke sana…” – warganet
Sudah tentu ramai yang memberikan komen dan reaksi apabila video itu dimuat naik ke media sosial. Ada yang beranggapan wanita tersebut ‘tersalah’ dalam menggunakan ayat ‘VIP Allah’.
Ada juga yang menyatakan niat perlu betul bukan untuk bermegah. Lantas Haliza sendiri menyatakan dia juga telah menyumbang untuk taja kakitangan serta kenalan yang tidak mampu untuk membayar kos umrah.
@halizamaysuri Replying to @Ariel Aziem ♬ Allahumma Labaik – Sabyan
“Memang rutin saya taja kakitangan dan kenalan-kenalan yang kurang mampu, pakej RM15000.00 satu kepala. Tapi tidak perlulah nak dicanang satu dunia.” jawabnya untuk meredakan salah faham tentang perkongsiannya.
Sumber: TikTok @halizamaysuri
Artikel berkaitan: Shah Rukh Khan Tunai Umrah Buat Kali Pertama Dalam Hidupnya
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Prinsip 10-20-30-40 , Tip Mengelola Kewangan Bagi Anda Yang Kaki Boros
Isi Kandungan
ToggleSetiap orang tentu punya caranya sendiri untuk mengelola kewangan dari simpanan dan gaji yang dapat seharian. Ramai yang tidak sedar perbelanjaan yang berlebihan kadangkala mempunyai jalan buntu untuk menyelesaikan hal kewangan.
Namun, bila anda merasa stuck dengan cara yang yang biasa anda uruskan wang, tidak salahnya untuk mencuba tip mengelola kewangan dengan prinsip 10-20-30-40. Tip ini boleh diterapkan oleh semua golongan. Kunci keberhasilannya hanya satu, iaitu konsisten.
Jom cuba cari ini, pastikan pratik tiap-tiap bulan.
10% – Kebaikan
Berapapun pendapatan anda, usahakan untuk tetap berbuat kebaikan. Kebaikan disini jangan selalu diertikan untuk memberikan sumbangan atau derma yang besar.
Melainkan boleh dimulai dengan memberikan sedikit kepada orang tua, atau memberikan bantuan kepada yang memerlukan. Jadi, ketika punya wang, sisipkan 10 peratus dari wang yang anda miliki untuk berbahagi pada orang lain.
20% – Pelaburan, dana kecemasan, dan insurans
Tip mengelola kewangan yang ini lebih ke arah masa depan. Idealnya, setiap orang ketepikan setidaknya 20 peratus dari pendapatan yang dimiliki untuk pelaburan, insurans, ataupun dana kecemasan. Jadi, bila anda waktunya anda memerlukan pengeluaran yang sifatnya darurat, maka anda boleh mengambil dana tersebut.
30% – Ansuran produktif
Ansuran produktif yang termasuk di dalam artikel ini adalah ansuran rumah, atau ansuran sewa rumah, ansuran kenderaan, atau peralatan keperluan wajib.
Hutang atau ansuran yang anda miliki adalah untuk pembelian aset yang sifatnya produktif, menyokong kerja, dan besarnya tidak melebihi 30% dari total pendapatan, maka masih dapat dikatakan wajar. Tip mengelola kewangan satu ini penting untuk diperhatikan. Jangan sampai ansuran produktif anda lebih besar dari jumlah pengeluaran keperluan belanja bulanan.
40% – Keperluan harian
Peratus paling besar ini digunakan untuk memenuhi keperluan hidup seharian, termasuk pengangkutan, elektrik, telefon, air, kredit, makan, hobi, pakaian, dan sebagainya. Semua yang sifatnya keperluan pokok ataupun gaya hidup.
Bagaimana Kalau Tidak Mencukupi?
Ternyata setelah dihitung peratus seperti di atas pendapatan anda tetap tidak cukup untuk memenuhi keperluan, jangan risau. Anda boleh mencuba beberapa langkah di bawah ini:
1. Turunkan gaya hidup
Banyak orang menghabiskan wang lebih banyak dari kemampuannya, sehingga harus mulai memilih mana yang memang benar penting dan mana yang tidak perlu.
2. Bezakan keinginan dan keperluan
Dengan belajar mengendalikan keinginan, secara tidak langsung membantu anda untuk menghemat pengeluaran yang sebenarnya tidak perlu.
3. Tingkatkan pendapatan
Bila semua sudah dilakukan dan masih tidak mencukupi, mungkin ini saatnya untuk anda meningkatkan pendapatan, misalnya dengan melakukan pekerjaan sampingan.
Kalau anda cermat, sebenarnya ada banyak sekali peluang pekerjaan sampingan yang boleh dicuba. Anda tinggal menyesuaikan kemampuan yang miliki dengan lapangan pekerjaan yang ada.
SUMBER: WEKE.ID
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI