Selalunya, apabila usia sudah menginjak senja sekitar 60 tahun, setiap individu akan merasakan perubahan ketara dari segi kudrat dan tenaga. Setiap pergerakkan mulai menjadi perlahan, badan menjadi cepat lesu, letih dan lemah terutamanya ketika melakukan aktiviti-aktiviti berat.
Namun, perkara sebaliknya dialami seorang warga emas berketurunan cina yang masih bertenaga dan gigih memandu dalam jangkamasa lama sebagai pemandu e-hailing meskipun usianya kini sudah menjangkau 71 tahun.
Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok berkenaan sebuah hantaran yang dimuatnaik oleh pengguna menerusi akaun @rosenikay yang terkejut mendengar penjelasan pemandu e-hailing yang dinaikinya mengamalkan surah Yasin untuk kekal bertenaga mengemudi kenderaan meski berbangsa cina.
@rosenikay Allahuakhbar ..semoga uncle ni diberi hidayah..#fyp #foryou #foryoupage #sharing ♬ original sound – R Kamaruddin
“Allahuakbar. Alkisah petang tadi (semalam), saya ambil Grab (guna perkhidmatan) dari Batu Belah ke Aeon Bukit Tinggi. Pemnadu berbangsa Cina berusia 71 tahun, masih sihat,” ujarnya.
Malah, menurut @rosenikay nuraninya begitu tersentuh dan terusik di saat mendengar penjelasan warga emas berkenaan yang mengamalkan doa pada setiap hari dan bacaan 17 ayat pertama Surah Yasin.
Menurutnya lagi, warga emas itu mendapat pendedahan tentang kebaikan dan fadhilat surah Yasin menerusi pergaulan bersama rakan-rakan berbangsa Melayu ketika bekerja di UMW Toyota dahulu.
Artikel berkaitan: Autisme’ Bukan Penghalang Hijabi ‘Istimewa’ Ini Hafaz 23 Juzuk Al-Quran!
“Bila saya tanya apa rahsianya. Apek tu jawab,”Hari-hari saya doa dan baca 17 pertama ayat dari surah Yassin. Siap baca dua kalimah syahadah.
“Ini semua hasil pergaulannya degan rakan-rakan Melayu sewaktu bekerja di UMW Toyota suatu ketika dahulu. Meleleh air mata saya mendengarnya,” jelasnya lagi.
Selain itu @Rosenikay berkata, pak cik tersebut juga mampu membaca dan mengalunkan beberapa ayat surah tersebut dengan lancar dalam bentuk nyanyian.
Hijabista sempat melihat beberapa komen serta respon yang ditinggalkan warga maya pada hantaran berkenaan. Kebanyakkanya meninggalkan komen positif serta memuji kehebatan uncle itu kerana berupaya membaca dengan lancar
Malah, ramai juga yang mendoakan kesejahteraan uncle berkenaan dan berharap agar beliau dikurniakan ‘hidayah’ oleh Allah SWT untuk memeluk agama Islam.
Sumber: Tik Tok Rosenikay
Artikel berkaitan: Netizen Insaf Tengok OKU Sanggup Berguling Ke Masjid! – “Brader Ni Lah Yang Akan Lari Berdesup Di Titian Sirat Nanti.”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.