Bukan sahaja kulit wajah, malah kulit di keseluruhan tubuh badan juga boleh menjadi berkedut dan kering jika tidak dijaga dengan betul dan rapi. Tahukah anda, jika kulit mula berkedut, anda akan nampak tua dari usia yang sebenar! Malunya! Jadi, usah ambil ringan tentang penjagaan kulit tubuh badan.
Team Hijabista kali ini kongsikan langkah-langkah atau petua yang terbaik, yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan kedutan di tubuh badan dan sekali gus menghilangkan masalah kulit kering. Selamat mencuba!
1. Pengambilan ikan
Ramai yang sudah tahu tentang kebaikan ikan ini. Bukan sahaja sebagai sumber protein, malah ia juga kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 seperti ikan salmon. Ia berfungsi untuk menganjalkan kulit dan sekali gus mengelakkan kedutan pada kulit.
2. Sumber soya
Susu soya atau kacang soya bukan sahaja bahan terbaik untuk diletakkan di dalam makanan mahupun minuman, malah sumber vitamin nya mampu untuk merawat kulit yang rosak akibat sinaran matahari yang terik. Tidak kiralah jika anda memakai sabun susu soya ataupun menjadikannya sebagai menu dalam makanan, pastinya ia memberikan khasiat kepada kulit tubuh badan anda!
3. Usah tarik kulit secara paksaan
Tanpa disedari, kita seringkai mengerutkan dahi atau mengecilkan mata apbila memandang objek yang jauh. Hakikatnya, ia sebenarnya menarik kulit tepi dan bawah mata secara paksa sehinggalah terjadinya kedutan. Bukankah lebih molek sekiranya anda berjumpa dengan doktor mata sekiranya mengalami masalah rabun?
4. Guna pencuci muka daripada gel/krim
Untuk memastikan kulit sentiasa lembap, pastikan anda menggunakan produk pencuci muka untuk menghilangkan minyak semula jadi pada kulit. Secara tidak langsung, ia dapat merawat masalah kulit kering dan tidak menjadikan kulit anda berkedut. Elakkan mengguna produk yang berasaskan gel mahupun krim kerana ia bersifat mudah kering dan tidak elok untuk kulit.
5. Elakkan sinaran UV yang terik
Pasti ramai yang sudah tahu tentang keburukan sinaran UV pada kulit badan. Bukan hanya merosakkan kulit malah ia boleh menghasilkan garisan-garisan halus yang boleh menyebabkan kedutan. Jadi, pakailah krim pelindung sinaran UV jika anda terpaksa berada di bawah sinaran terik dengan begitu lama.
6. Pastikan memakai pelembap setiap masa!
Seperti yang dikatakan di atas, selain krim pelindung sinaran UV, anda juga seharusnya memakai krim pelembap yang banyak dijual di farmasi dengan pelbagai fungsi dan jenis. Pastikan anda meletakkan satu botol krim pelembap di dalam tas tangan! Jadi, bila kulit sudah mula terasa kering, sapukan sahaja krim pelembap itu!
7. Selalu minum air kosong
Petua ini barangkali sudah menjadi petua yang selalu disarankan untuk melahirkan kulit yang sihat dan berseri. Buka itu sahaja, pengambilan air kosong yang cukup boleh menjadikan tubuh badan kamu terhindar dari penyakit buah pinggang, kencing manis dan juga penyakit lain yang kronik.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI