Umur 6 TAHUN Anak Perempuan Dr Sheikh Muszaphar Sudah Khatam QURAN & Solat. Periksa CARA Lain Beliau Didik Anak!

Share

Figura yang satu ini cukup hebat. Bukan sahaja berkenaan dirinya yang pernah viral suatu ketika dulu menjadi rakyat Malaysia pertama terbang ke angkasa lepas. Dan kini Datuk Dr Sheikh Muszaphar menerapkan elemen itu pada anak-anaknya. Bapa kepada empat orang anak ini cukup mengambil berat soal pendidikan anak-anaknya walaupun mereka masih kecil lagi. Bukan sahaja mementingkan ilmu dunia, bahkan turut melengkapkan anaknya dengan ilmu agama. Malah lebih membanggakan anak perempuan sulungnya, Bella sudah khatam Quran seawal usia 6 tahun.

Baginya beliau, ikatan adik-beradik cukup penting dalam merapatkan hubungan silaturahim. Beliau percaya anak sulung memainkan peranan cukup besar dan menjadi contoh kepada adik-adik yang lain.

Sebagai ibu bapa kita juga turut memainkan peranan. Sewal usia mereka 7 tahun, bermain dengan mereka dan ajar nilai baik dalam hidup. Perkembangan mereka mengikut usia. Dan ketika usia 7 hingga 14, adalah masa untuk mendisiplinkan mereka. Terutama bab solat, membaca Quran dan tanggungjawab menjaga adik-beradik yang lain.

Dan ketika usia mereka 14 tahun pula, cubalah untuk menjadi kawan terbaik buat anak-anak. Tidak kiralah sama ada ayah atau ibu kedua-duanya perlu memainkan peranan masing-masing.

Walaupun menurutnya perjalanan anak-anaknya masih jauh, tetapi pendekatan yang digunakan ini tidak salah dalam memastikan perkembangan mereka menjadi teratur. Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya.

Walaupun kedua-duanya anak perempuannya, Bella dan Tasha di hantar ke Sekolah Mandarin yang tiada pendidikan agama, tetapi bukan alasan untuk mereka belajar agama sejak dari kecil. Dalam hal ini sebagai ibu bapa yang memainkan peranan dan bertanggungjawab mendidik anak untuk lebih mendalami agama Islam.

Beliau ada pandangan sendiri kenapa memilih Sekolah Mandarin untuk pendidikan anak-anaknya. Menurut Dr Sheikh Muszaphar, Sekolah Mandarin adalah pilihan yang terbaik setakat ini.

Ramai ibu bapa bimbang untuk menghantar anak ke Sekolah Mandarin kerana bimbang akan berhadapan dengan masalah bahasa dan menghadapi situasi banyak kerja rumah. Juga faktor makanan halal menyebabkan ramai ibu bapa ragu-ragu untuk hantar anak ke sekolah berkenaan.

Tapi beliau mempunyai pandangan cukup berbeza kenapa memilih menghantar anaknya Bella yang memasuki darjah 1 ke Sekolah Mandarin awal Januari lalu.

Menurutnya teknik pengajaran di SJKC adalah luar biasa, pelajar lebih berdisiplin, anak-anak belajar bahasa asing dengan cepat kerana otak mereka lebih mudah disesuaikan berbanding dengan orang dewasa dan membawa makanan dari rumah setiap hari. Mengenai kerja rumah, setiap ibu bapa perlu habiskan satu jam sehari dengan anak mereka untuk membantu mereka dengan kerja sekolah mereka.

Jadi disebabkan kelebihan inilah kenapa angkasawan Negara ini menghantar anak-anaknya ke sekolah berkenaan.

Artikel Berkaitan: Dr Halina Mahu Hamil Lepas Lahirkan Kembar

Selain mengambil berat pendidikan dua anak perempuannya, beliau juga turut mengajar anak kembarnya yang baru berusia 4 bulan dengan teknik ‘flash card’. Video terkini yang dimuat turun menjadi perkongsian berguna kepada ibu bapa di luar sana yang mahu gunakan pendekatan ini dalam mengajar anak-anak terutama berdepan cabaran dalam dunia serba moden dewasa nanti.

Bukan itu sahaja cara beliau mendidik kembarnya, Sheikh Noah dan Sheikh Adam, tetapi ada pelbagai cara yang cukup mudah untuk diikuti. Beliau tidak lokek berkongsi apa sahaja mengenai perkembangan anak-anak di laman instagram.

Walaupun sibuk dengan urusan kerja, namun kepentingan anak-anak melebihi segala-galanya. Memang menjadi misi beliau dan isteri tersayang, Dr Halina untuk memastikan zuriat mereka menjadi bijak, aktif dan sihat seperti mereka juga.

Dalam satu posting di laman instagram miliknya, Dr Sheikh memberitahu segala apa yang dibuat turut diiringi dengan doa kepada Allah. Insya-Allah segala urusan akan dipermudahkan oleh-Nya.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM DR SHEIKH MUSZAPHAR

 

Published by
Siti Zurina