Namanya sedang meningkat naik dalam industri hiburan tempatan. Bermula sebagai seorang pengacara televisyen kini dia mula melebarkan sayap sebagai seorang pelakon. Penangan watak Usu Sakinah dalam drama Perempuan Tanpa Dosa nyata memberikan impak dalam karier dirinya.

Lakonan yang berkesan dan menyentuh perasaan benar-benar membuka mata ramai orang tentang kualitinya sebagai seorang anak seni. Walaupun berhijab itu bukanlah halangan bagi gadis berusia 28 tahun ini.

Ketika Namanya meningkat naik ada pihak yang menyatakan bahawa Uyaina akan nampak lebih cantik jika tidak berhijab. Menjawab soalan itu pengacara rancangan Ratu Hijabista dan Wanita Hari ini berkata, “Setiap orang ada pandangan masing-masing. Bagi saya peraturan pertama untuk hidup di dalam masyarakat adalah kita tidak boleh memuaskan hati semua orang dan kita tidak akan boleh membuatkan semua orang senang dengan kita.

“Kalau kita faham kenapa kita bertudung dan kalau kita faham kenapa kita menurup aurat, kita akan faham kenapa mereka berbuat demilkian. Kepada yang ragu-ragu dan sekejap buka sekejap pakai tudung, Yana rasa mereka perlu lebik banyak reflek diri dan perlu faham kenapa mula bertudung.

Ads

“Dalam dunia ini tiada siapa mahu hidup dalam paksaan. Bagi saya kalau anda sudah faham kenapa anda pilih untuk berhijab, dari situ untuk kekal istiqamah akan lebih mudah.”

“Umi Selalu Pesan, Yang Paling Penting Jaga Solat,”- Pegangan Uyaina Untuk Berjaya Dalam Kehidupan.
Bersama barisan juri ketika bertugas sebagai hos pencarian Ratu Hijabista.

IBU TERSAYANG
Mungkin ramai yang tidak tahu bawa dari kecil Uyaina dibesarkan oleh seorang ibu tunggal setelah pemergian allahyarham ayahnya ke alam abadi.

Ads

“Yana selalu fall back to my surroundings. Umi selalu pesan yang paling penting kena jaga solat. Yana duduk dengan ibu bersama kakak dan terutamanya kita bertiga sangat rapat. Kalau anak lelaki mungkin lain sikit. Dalam hidup ini kita sentiasa mencari keberkatan

Ads

“Dan saya percaya keberkatan itu datang dari kedua-dua ibu bapa kita. Sekarang Yana hanya ada seorang sahaja, Umi. Dia selalu cakap, apa sahaja yang Yana lakukan di dalam kehiduapn lakukannya sepenuh hati, sebaik mungkin dan bersungguh-sungguh,” ujar graduan lepasan jurusan undang-undang Universiti Malaya ini.

Sumber gambar: Instagram Uyaina Arshad

Saksikan temubual Hijabista bersama wajah kesayangan kami ini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI