Bila terkena ulser di bahagian mulut memang sangat pedih dan menyakitkan. Terutama sekali bila sedang makan, nak mengunyah pun terseksa.
Ulser mulut adalah luka kecil di dalam bahagian mulut yang sangat sakit dan ia mengambil masa beberapa hari untuk sembuh. Selalunya ia mempunyai permukaan yang lebih cerah berbanding permukaan mulut yang biasa.
Ia akan menyebabkan ketidakselesaan ketika makan, minum ataupun bercakap. Selalunya ulser di dalam multu tidak berjangkit dan boleh baik dengans sendirinya selepas beberapa hari. Jika ulser tersebut berpanjangan lebih daripada dua minggu, pesakit perlulah berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan.
Jika anda perhatikan, semasa cuaca panas ramai yang akan jatuh sakit. Ramai yang akan mengalami demam, batuk, selsema, bengkak tonsil, dan ulser mulut. Ini berlaku kerana cuaca panas akan menyebabkan badan anda kekeringan dan kekurangan air lalu menyebabkan mulut dan bibir anda pecah dan menjadi ulser.
Sekiranya anda sedang demam, suhu tubuh badan anda akan meningkat lalu menyebabkan ulser akan berlaku dalam mulut anda. Lazimnya, semakin tinggi suhu badan anda, semakin tinggi risiko untuk anda mendapat ulser mulut.
Apabila badan anda tidak mendapat air yang secukupnya, anggota badan dan organ anda akan mengering. Rongga mulut anda juga akan kering lalu menyebabkan timbulnya ulser. Oleh itu, untuk mengelakkan ulser pastikan anda minum air kosong dengan secukupnya setiap hari.
Apabila anda menggosok gigi dengan terlalu kuat, berus gigi anda berisiko untuk terbabas dan melanggar gusi, bahagian dalam pipi, dan lidah lalu menyebabkan luka. Luka di dalam mulut yang sentiasa basah dan penuh dengan kuman akan menjadi ulser mulut dalam masa sehari. Oleh itu, gosok gigi anda dengan cermat dan perlahan-lahan agar tidak mendapat luka dalam mulut yang akan menjadi ulser.
Kehadiran bakteria, virus, dan fungus semasa mulut anda terluka akan menyebabkan berlakunya jangkitan kepada luka tersebut lalu melarat menjadi ulser. Jangkitan boleh berlaku disebabkan oleh berkongsi makanan, berkongsi air, berciuman, atau pun melakukan oral seks.
Punca ulser mulut yang ini adalah yang paling popular dan kerap berlaku. Pernah tak anda tergigit lidah atau bibir semasa makan? Atau semasa bercakap? Akhirnya anda akan mendapat luka di dalam mulut dan luka tadi akan bertukar kepada ulser mulut yang menyakitkan.
Kekurangan zat makanan juga boleh menyebabkan anda mendapat ulser yang berulang. Ini kerana badan anda tidak mendapat vitamin, mineral, dan gizi yang secukupnya.
Jika anda berada dalam keadaan yang tertekan, risiko anda untuk mendapat ulser akan meningkat. Ini kerana tekanan akan menyebabkan imuniti badan anda menurun dan mudah mendapat jangkitan dan penyakit.
Selain tekanan, kurang rehat juga akan menyebabkan anda mendapat ulser mulut. Oleh itu, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya setiap hari.
Kurang tidur juga akan menyebabkan anda mendapat ulser mulut. Oleh itu, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya setiap hari agar kesihatan anda terjaga dan tidak mendapat ulser mulut yang menyakitkan.
Pilihan popular di kalangan pengguna:
Amalkan juga tip-tip ini:
Walau bagaimanapun, jika anda mendapati ulser ini tidak sembuh juga dalam masa tiga minggu, anda harus ke klinik berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor. Kerana ada beberapa kemungkinan lain boleh menyebabkan ianya berlaku seperti masalah autoimmune, syphilis, HIV, kanser dan penyakit lain yang bahaya.