Buat julung-julung kalinya, Hijabista sebagai satu-satunya jenama majalah dan digital di Malaysia yang menjadi rujukan lengkap fesyen, gaya hidup dan kecantikan untuk fashionista bertudung membawakan rancangan realiti Ratu Hijabista.
Ujibakat secara dalam talian telah pun berlangsung selama 14 hari bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2020. Lebih 500 penyertaan telah diterima namun hanya 50 peserta sahaja telah terpilih untuk menjalani proses ujibakat yang seterusnya.
Seramai 25 peserta terlibat dalam ujibakat pada hari pertama. Untuk sesi ujibakat hari ini, juri yang terlibat untuk mengadili para peserta terdiri daripada Pengurus Saluran Astro Prima Norzeha Mohd Salleh, Editor Pengurusan Majalah Hijabista Fiezreen Ahmad dan Juri jemputan, Puan Sri Normala Samsudin.
Pencarian Ratu Hijabista yang diadakan buat julung kali ini membuka peluang kepada semua wanita berhijab tanpa mengira status untuk mencuba nasib dan sekaligus mempertaruhkan bakat, rupa serta personaliti menarik untuk dinobatkan sebagai juara di penghujung pencarian.
Ratu Hijabista merupakan pencarian personaliti wanita berhijab yang boleh dijadikan inspirasi dan contoh positif kepada wanita-wanita di luar sana. Hijabista sebagai satu-satunya jenama majalah dan digital di Malaysia sejak tahun 2012 yang dikhususkan kepada golongan hijabi bermatlamat untuk terus memartabatkan wanita berhijab di Malaysia.
Program realiti Ratu Hijabista akan bersiaran selama sejam setiap minggu untuk lapan episod setiap Rabu bermula 12 Ogos 2020 jam 9 malam di saluran Astro Prima.
Pemenang Ratu Hijabista akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000, tiara dan berpeluang menjadi penghias kulit majalah Hijabista keluaran Januari 2021.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terima DM Cacian & Dituduh Tak Ikhlas Bertudung, Nabila Razali Tetap Sabar Biarpun Sedih
Walaupun sering menerima tomahan dan kecaman daripada netizen, namun penyanyi Nabila Razali tidak pernah berputus asa malah meneruskan karier nyanyian dengan jayanya.
Terbaharu, Nabila berkongsikan kiriman mesej yang diterima daripada pengguna Instagram yang penuh dengan kebencian terhadap dirinya.
Insan tersebut memberikan mesej yang sarat dengan penghinaan terhadap Nabila dan tidak berpuas hati pelantun lagu Peluang Kedua itu mendapat tempat dalam industri seni kerana baginya Nabila tidak mempunyai bakat yang boleh dibanggakan.
Dikritik mempunyai suara seperti Chipmunk, Nabila akui dia sedih dengan cacian itu namun tidak melatah kerana baginya dia tidak pernah pun mempersoalkan rezeki orang lain.
“SubhanaAllah… Sesungguhnya saya tidak pernah mempersoalkan rezeki orang lain…
This is really sad…”
Haih, memang sungguh tidak bertimbang rasa orang yang tergamak sanggup menuduhnya melakukan perkara terkutuk sebegitu. Jika benci sekalipun tidak perlulah hingga menabuh fitnah padanya.
Pujian harus diberikan kepada Nabila kerana tidak melatah dan berputus asa mengejar impiannya biarpun sentiasa menerima kecaman daripada netizen. Moga Nabila akan terus positif seperti selalu!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pentas Akhir Ratu Hijabista Sampai Ke Kemuncaknya, Empat Ratu Berentap Rebut Gelaran Ratu Hijabista 2020
Setelah tujuh minggu bersiaran, akhirnya detik penentuan untuk menobatkan juara sulung pencarian ‘Ratu Hijabista’ sudahpun tiba.
Episod kemuncak pentas akhir ‘Ratu Hijabista’ yang bertemakan ‘Exclusive Elegant’ ini disiarkan secara langsung dan eksklusif di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) hari ini jam 9.00 malam. Untuk pilihan yang lebih fleksibel, episod pusingan akhir ini juga turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go.
Daripada 12 peserta yang bersaing merebut gelaran juara untuk penganjuran musim pertama pada kali ini, seramai empat finalis berjaya mara ke pusingan akhir. Peserta yang berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Ratu Hijabista ialah FIFFY AFRINA,23, MELLYA 23, TINA, 24, dan QILA, 21.
Pengarah Michael Ang galas tugas penjurian di samping Puan Sri Normala Samsudin, penyanyi Siti Nordiana, Faizal Tahir & Khai Bahar turut buat penampilan istimewa di malam kemuncak.
Sepanjang paparan tujuh episod yang disiarkan sebelum ini, pelbagai cabaran intensif diberikan kepada peserta.
Kemampuan para peserta turut diuji daripada segi tahap keyakinan diri, pengucapan awam, pengacaraan, ilmu perniagaan, peragaan serta teknik masakan.
Untuk pusingan kemuncak pada malam ini, penilaian akhir bergantung kepada persembahan tugasan individu yang akan diberikan kepada para finalis. Ketangkasan cara menjawab serta skil berkomunikasi mereka bakal diuji menerusi persembahan video pesanan khidmat masyarkat dan segmen soal jawab bersama barisan juri.
Selain gelaran juara, dua gelaran sampingan juga akan diberikan iaitu ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ dan ‘Ratu Favourite’. Pemilihan adalah berdasarkan undian awam di laman web rasmi www.hijabista.com.my
Juara ‘Ratu Hijabista’ akan membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara, trofi dan selempang. Naib juara pula bakal membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi dan selempang. Sementara itu, pemenang gelaran ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ pula akan memenangi wang tunai RM3,000 beserta trofi dan selempang. Manakala ‘Ratu Favourite’ pula akan menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi dan selempang.
Mengulas lanjut mengenai Pentas Akhir ‘Ratu Hijabista’, Norzeha Mohd Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Prima amat berbesar hati dengan kepercayaan penuh yang diberikan oleh pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. sepanjang terjalinnya kolaborasi strategik untuk menganjurkan pertandingan pencarian bakat yang buat julung kali diadakan ini.
“Selaku penganjur bersama, kami gembira dengan sambutan positif sepanjang pertandingan ini berlangsung. Kami juga cukup berbesar hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat dalam menjayakan penganjuran musim ini. Disiplin diri dan kesungguhan mereka yang sanggup berkorban masa sepanjang tempoh penggambaran sekaligus meninggalkan rutin harian mereka demi memberikan yang terbaik juga wajar diberi pujian. Semoga perkongsian tips, ilmu, bimbingan, nasihat dan motivasi yang diberi menerusi program ini dapat dijadikan sumber inspirasi dan motivasi yang boleh dipraktikkan bukan sahaja oleh para peserta tetapi juga para penonton di rumah. Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada kesemua empat finalis kerana telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Syabas dan semoga berjaya di episod kemuncak kelak.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Safi Hijabista yang hadir selaku Penaja Utama untuk program ini. Sokongan yang telah diberikan oleh kesemua pihak sepanjang penerbitan program ini amat kami hargai dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa depan.”
Dalam pada itu, Fiezreen Ahmad selaku Editor Pengurusan Hijabista juga turut berpendapat, “Dengan adanya Ratu Hijabista, kita telah berjaya menyediakan satu platform khusus untuk golongan wanita berhijab mengekspresikan diri mereka.
Empat orang finalis yang berjaya sampai ke pentas akhir Ratu Hijabista malam ini telah membuktikan bahawa mereka bukanlah ada di sini sekadar penyeri sebaliknya mempunyai visi yang jelas mewakili diri mereka sebagai ikon kepada semua lapisan masyarakat di luar sana.
Masing-masing memiliki latar pendidikan dan personaliti yang cemerlang. Fiffy merupakan bakal doktor, Tina pula merupakan bakal peguam manakala Mellya merupakan seorang ahli majlis perwakilan pelajar di universiti selain aktif dalam dunia sukarelawan dan akhir sekali yang paling muda antara semua, Qila merupakan pelajar dalam jurusan penyiaran.
Siapa sahaja yang menang malam ini mempunyai tanggungjawab yang besar menggalas gelaran untuk dibawa sebagai satu batu loncatan dalam memajukan diri sendiri serta menginspirasikan orang lain.
Sebagai pengurus kepada jenama Hijabista semestinya saya sangat berbangga dengan penganjuran Ratu Hijabista ini dan semoga jenama ini akan memberikan inspirasi dan juga input yang baik kepada semua hijabi di luar sana,” katanya.
Tugas penjurian pusingan akhir akan digalas oleh Puan Sri Normala Samsudin selaku juri tetap di samping pengarah versatil, Michael Ang yang diberi mandat sebagai juri jemputan. Bagi memeriahkan lagi penganjuran musim ini, penyanyi terkenal Siti Nordiana, Faizal Tahir dan Khai Bahar turut diundang khas untuk membuat persembahan istimewa sebagai tarikan utama pada malam kemuncak.
Pentas akhir ‘Ratu Hijabista’ juga dikemudikan oleh pasangan Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim selaku hos utama musim ini.
Program ‘Ratu Hijabista’ juga turut disokong oleh Safi Hijabista yang hadir sebagai Penaja Utama untuk penganjuran musim pertama. Manakala ZAYAN pula turut menghulurkan sokongan selaku Radio Rasmi.
Untuk makluman, rakaman program ‘Ratu Hijabista’ telah mula disiarkan pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 12 Ogos lalu.
Pencarian edisi sulung ini turut mendapat liputan menyeluruh dan terkini termasuklah aktiviti di sebalik tabir melalui laman digital serta sosial media Majalah Hijabista.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
#ngajichallenge Sejuk Hati Dengar Mira Filzah & Uyaina Arshad Baca Ayat Surah Yasin
Surah Yasin menjadi satu pedoman luar biasa. Ia juga mengingatkan kita tentang kekuasaan Allah SWT untuk menghidupkan kita kembali setelah melalui saat kematian dengan hanya satu kata iaitu kun fayakun. Maka sangat baik untuk surah Yasin dibaca dan menjadi amalan seluruh umat Islam.
Dinyatakan dalam Al-Quran, di di dalam tafsir Ibnu Kasir ada ditulis berhubung satu hadis bahawa sesiapa yang membaca surah Yasin pada suatu malam, maka waktu subuh dia sudah dapat keampunan Allah SWT. Siapa yang baca surah Yasin pada siangnya pula, maka pada petangnya dia sudah dapat keampunan Allah.
“Namun ini (baca Yasin) tidak khusus pada hari Jumaat. Apa pula hukum baca Yasin pada malam Jumaat? Nabi SAW tidak mengatakan baca pada malam Jumaat sahaja, sebaliknya baca pada setiap malam. Tetapi kerana tidak sanggup setiap malam, maka ramai memilih malam Jumaat kerana ia adalah penghulu hari.
Ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), luangkan masa untuk membaca kitab suci Al-Quran. Inilah masanya untuk membaca kalam Allah yang satu ini di samping memperbaiki bacaan Al-Quran.
Perkongsian Uyaina Arshad dan juga Mira Filzah ini wajar menjadi ikutan golongan anak muda.
Thank you Kak @lizaali27 for initiating this beautiful challenge. Ni Yana sambung surah Yassin ayat 11-20 ✨ Dan Yana challenge @mfmirafilzah untuk sambung ayat 21-30 pulak 😊
Selain Netflix & TikTok, korang jangan lupa baca Quran & terjemahannya jugak okay? 😉 Stay safe, everyone!
Challenge accepted! 💖
@uyainaarshad ‘Nurin’ dah baca surah Yassin ayat 11-20, jadi ‘Puteri’ sambung ayat 21-30. Laahhh feeling Puteri, Puteri kan bisu dalam Sweet Dreams! 😅 Kk. Dan Mira challenge ‘mami’ pula, 🥰🥰🥰 @isyariana utk sambung ayat 31-40 .
Sumber kredit: Mira Filzah dan Uyaina Arshad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI