
Setuju dengan kenyataan Datin Seri Shahida mengenai cabaran hidup berumah tangga. Baik suami mahupun isteri, masing-masing perlu bijak menangani ujian melayari bahtera perkahwinan agar ikatan cinta yang dibina sentiasa mekar dan berkekalan.
17 tahun berkahwin dengan usahawan ternama, Dato’ Seri Aliff Syukri pastinya satu tempoh yang mencabar bagi Datin Seri Shahida. Walau hampir dua dekad namun dia mengakui masih dalam fasa mengenali karakter suami dengan lebih mendalam.
Rahsia Rumahtangga ‘Bahagia’ Dua Dekad Datin Shahida
Mengulas menjaga keharmonian rumah tangga, ini jawapan jujur yang diberikan oleh Datin Seri Shahida, ketika ditemubual oleh team HIJABISTA.
“Dalam rumah tangga ada pasang ada surutnya, ada mesra ada gaduhnya dan ada bertengkar dan ada romantiknya. Nikmati saat-saat manis bersama kerana momen manis itulah yang akan memujuk hati kita bila bergaduh.
“Terima baik buruk pasangan kita kerana dia juga manusia biasa. Tidak akan ada manusia yang benar-benar sempurna termasuk diri kita sendiri.
“Setiap suami ada busuknya, semua isteri ada masamnya. Terima dengan redha dan carilah wanginya untuk kita nikmati bersama,” ujarnya.
Artikel berkaitan: Kecantikkan Wanita Lebih ‘Terserlah’ Jika Mental Dan Emosi Sihat Serta Stabil! – Shahida Dherbs

Datin Seri Shahida berkata demikian ketika menghadiri majlis gilang-gemilang Nona Superwoman Award bersama Dato’ Seri Aliff Syukri.
Dia yang kini bergelar ibu kepada enam cahaya mata akui sudah masak dengan ujian rumahtangga. Malah, kini lebih berilmu untuk menangani masalah demikian. Datin, Shahida yang kelihatan berseri-seri akui kini hidup bahagia di samping suami dan anak-anak tersayang.
Dalam pada itu, Datin Seri Shahida turut meluahkan rasa bangga melihat ramai usahawan-usahawan wanita hebat dan berkaliber yang menerima pengiktirafan pada majlis berkenaan. Malah, dia berharap lebih ramai lagi individu berjaya pada masa akan datang.
Datin Seri Shahida dan Dato’ Seri Aliff berkahwin pada Ogos 2007, dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi Raudhah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Artikel berkaitan: Kesihatan ‘Mental’ Penting, Refleksi Kecantikan Seorang Wanita! – Shahida Dherbs
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Datin Shahida
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tutup Aurat Biarlah Kerana Allah, Tip Istiqamah Kekal Berhijab

Saat kita berbicara tentang hijab ia selalunya dikaitkan dengan menutup aurat. Namun tidak semua orang mampu istiqamah dengan sebenar-benarnya sehingga ramai yang bertanya “Bagaimana cara agar istiqamah berhijab?”
Perlu diketahui bahawa hijab bukanlah hanya sekadar hiasan akan tetapi menjadi ‘gaun kehormatan’ untuk para Muslimah. Hijab merupakan suatu bentuk betapa cara Islam sangat menjaga dan memuliakan wanita.
Hijab terdiri daripada dua bahagian iaitu jilbab dan khimar (kerudung).
“Kenapa kita harus berhijab ?”
Allah SWT berfirman : “Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:”Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(QS.Al-Ahzab:59)
Allah SWT berfirman :“Katakanlah kepada wanita yang beriman: ”Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya. Janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan HENDAKLAH MEREKA MENUTUPKAN KAIN KERUDUNG KE PARAS DADANYA dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau puteraputera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak2-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ”(QS.An Nur:31)

Berhijab itu tidak susah. Yang susahnya ialah istiqamah. Syaitan tidak akan duduk diam apabila seorang Muslimah mula mengenakan hijab. Dia pasti akan terus menggoda kita untuk menanggalkan hijab yang kita kenakan kerana memang sudah janjinya akan terus berusaha menyesatkan anak dan cucu adam.
Bagaimana untuk terus istiqamah berhijab?
1. Mengingati mati
Renungkan, apakah anda menunggu kain kafan yang akan menjadi hijabmu yang pertama dan terakhir?
2. Cubalah menghitung nikmat Allah
Renungkan betapa banyaknya nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. Sungguh tidak terhitung banyaknya. Dari situ kita harus berfikir begitu banyak Allah memberikan kita nikmat dan memberikan yang kita minta, tapi ketika Allah meminta kita untuk berhijab, mengapa kita ingkar?
3. Keutamaan berhijab
Dengan berhijab kita mudah dikenali dan tidak diganggu jadi tunggu apa lagi? Istiqamah berhijab!

4. Berkumpul dan bergaul dengan orang-orang yang beriman
Bergaullah dengan golongan yang menitikberatkan ajaran agama. Kiasan orang-orang tua, apabila kita berkawan dengan penjual minyak wangi maka kita juga akan berbau wangi begitu jugalah sebaliknya.
Berkumpullah dengan sahabat-sahabat. Belajar untuk istiqamah, kuatkan iman dan ucapkanlah ”selamat tinggal “ untuk segala keburukan dan perkara yang sia-sia. Semoga kita senantiasa isitiqamah dan menjadi Muslimah sejati yang kehadiranmu membawa keindahan serta kebaikan.
PENTING: Apabila sudah mula berhijab, janganlah sampai menanggalkan hijab. Istiqamahlah. Kuatkan imanmu nescaya Allah pasti akan mempermudahkan segala urusanmu.
TIP TUTUP AURAT
1. Set dalam minda yang kita nak berada di paras no 8 di mana kita menutup aurat sempurna dengan handsock serta stokin.

2. Kalau ada baju seksi, simpan. Jangan buang sebab kalau gian nak pakai, pakai dalam bilik je. Jgn lupa, dgn family pun kena jaga aurat.
3. Kalau banyak baju yg tak mengikuti syarak, simpan pakai tidur je. Belilah baju yg longgar. InsyaAllah, ada ganjaran berbelanja utk aurat. Dulu masa mula2 kak shaini nak berhijrah, satu gerobok baju kita tukar.
4. Tudung. Kalau mereka yg tidak bertudung, pakailah sebab tak guna kamu tayang kecantikan kamu pada semua. Bukan mereka tu yang akan bantu bila kamu di akhirat nanti.
5. Bagi mereka yang sudah bertudung, labuhkan. Kalau jarang, inner neck banyak sekarang jual. Aurat sebenarnya bukan hanya menutup rambut sahaja.

6. Bila bertudung, jgn pakai baju ketat, seluar ketat. Salah tu sebab masih menampakkan susuk tubuh anda. Allah suruh tutup, bukan balut.
7. Bertudung tapi lengan pendek? Kalau ada yang suka pakai handsock dgn baju pendek, ingat, itu masih dikira menampakkan aurat…nampak bentuk tangan.
8. Bertudung labuh tapi tidak pakai handsock atau stokin? Aurat perempuan adalah semua kecuali muka dan tapak tangan. Jangan buat-buat lupa itu.
9. Kalau ada family yg tidak bertudung, ajak mereka sekali untuk berubah. Kalau tak mampu, kita pamerkan akhlak yang baik dan perbanyakkan doa. InsyaAllah nanti Allah lembutkan hati ahli keluarga untuk berubah. Ingat, usaha tu milik kita, hidayah pula milik Allah.
10. Solat jaga tapi tidak menutup aurat. Alhamdulillah jaga solat, tapi jangan lupa menutup aurat pun wajib. Mungkin ada salah dalam solat. Ye solat belum sempurna!
11. Bila nak berubah, dekatkan diri pada benda baik. Macam majlis ilmu, dengar bacaan Al Quran, jaga solat, kawan dgn kawan yg baik.

12. Bila dah berubah, istiqamah. Buat selalu sebab bila kita selalu buat, kita akan rasa kekok bila tak pakai labuh, baju longgar.
13. Ada yang gunakan cara ini, iaitu buat jadual. Buat minggu ini mula pakai baju longgar. Minggu seterus, tudung pula. Boleh gunakan.
14. Set dalam minda, mati itu pasti. Tak kan nk berubah bila nak mati sebab kita tak tahu ajal kita bila. Banyakkan ingat mati dan istighfar
15. Dekatkan diri dengan Allah dan buat solat taubat nasuha. Kembali kepada Nya dan pohon petunjuk Nya. InsyaAllah, Dia Maha Pengampun.

16. Bila keluar, tanya pada diri “Adakah Allah reda dengan pemakaian aku?” “Cukup tak aku menutup aurat aku semua?”
17. Bila berubah, pekakkan telinga dengan cacian sebab tak mudah untuk ke Syurga kan? Mengadu pada Nya, insyaAllah indah akhirnya.
18. Bila menutup aurat kawan hilang? Allah nak tunjukkan pada kamu siapa kawan, siapa lawan. Dia akan gantikan dgn yg lebih baik, insyaAllah
Hawa, itu sedikit perkongsian buat kamu. Semoga bermanfaat. Jadilah bidadari Syurga di dunia dgn seindah perhiasan solehah kamu.
Sumber kredit: Facebook Rinzbeauty Instagram Yatt Hamzah, Instagram Diana Amir, Instagram Irma Hasmie, Instagram Neelofa dan Instagram Zara Zya
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Viral CSR Dandan Rambut Warga Emas, Erna Beri Amaran Jangan Abai Ibu Bapa. Doa Mereka Tiada Hijab!

Tular di media sosial, video aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan di Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong, Selangor baru-baru ini. Usahawan dan pemilik bersama salun ChezKamya Professional, Erna Elliyana Rosli amat tidak menyangka.
Terkejut dan terharu tidak terkata..
Lebih mengejutkan lagi, video yang dimuat naik seorang pengguna Twitter meraih lebih 90,000 tontonan dan ratusan komen di platform terbabit. Teruja dengan maklum balas positif yang diterima orang ramai, Erna yang kini berada di Kota Madinah sempat memuat naik video di Instagram bagi berkongsi rasa terharunya.
Sebenarnya cikittttt lagi nak nangis tengok video ni. Tapi bila tengok lama sikit time part depa tolong potongkan rambut lagi tu, aduh aku rasa sebak pulak. Baik betul. pic.twitter.com/Q1Zhzx1I0y
— brgsjks (@brgsjks) January 5, 2023
“Tempoh hari saya ada berkongsi video ‘snippet’ Setia Hingga Akhir Hayat yang mengandungi klip temu bual bersama penghuni di Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas.
“Apa khabar agaknya pakcik Omar, pakcik Ayud, cikgu Maimunah, makcik Kiah dan seluruh penghuni-pengguna berkenaan? Saya doakan semoga semua dalam keadaan sihat.
“Tanpa disangka video yang dikongsi itu mendapat perhatian warganet di mana video tersebut dikongsikan oleh pengguna Twitter. Terima kasih banyak saya ucapkan. Semoga video itu menyebarkan kebaikan kepada pengikut-pengikut anda.
“Pelbagai reaksi diberikan, rata-rata meluahkan rasa sayu dan sedih. Saya juga merasakan hal yang sama. Namun saya sembunyikan perasaan sedih kerana tujuan saya bersama rakan kongsi Chez Hamdan dan pasukan ke sana untuk bertanya khabar dan menghiburkan hati mereka,” katanya.
Menurut Erna, kali ini dia dan pasukan ChezKamya Professional tampil dengan idea baharu iaitu menyantuni dan memberi pengalaman baru kepada warga emas di rumah kebajikan itu.
“Objektif kami adalah untuk memberi pengalaman baharu kepada mereka untuk merasai sentuhan dandanan rambut dari ChezKamya Professional.
Sentuhan PRO bukan untuk selebriti sahaja
Mengenali penata gaya Chez Hamdan yang telah lama berkecimpung dalam bidang profesionnya, ramai selebriti dan pempengaruh mendapat sentuhan magisnya. Berkongsi tip dan petua penjagaan rambut, pasti ramai mendambakan sentuhannya. Menariknya kali ini, Chez menyantuni warga emas dengan projek CSR bersama ChezKamya Professional. Ramai yang runtun hati!

“Selalunya Chez Hamdan menata rias rambut selebriti seperti Nad Zainal, Norman Hakim, Hairul Azreen, Shiha Zikir dan ramai lagi, tapi kali ini kita makeover warga emas pula. Sekurang-kurangya ada kelainan berbanding kebiasaan aktiviti yang kita dilakukan di ChezKamya Professional,”katanya.
Rindu pada arwah ibu bertamu

Mengaku kehadirannya di pusat kebajikan itu menjentik emosi dan hampir mengalirkan air mata, namun Erna cuba mengawal perasaan dan bersikap profesional.
“Kalau ikutkan saya seorang yang mudah tersentuh. Orang kata hati tisu kerana saya sudah kehilangan ibu sewaktu berusia enam tahun. Ketika itu saya berlakon dalam filem Suami Isteri dan… . Pertengahan penggambaran filem itu, ibu saya meninggal dunia iaitu Allahyarham Hasnah Ibrahim.

“Saya selalu merindui ibu saya kerana dah lama (meninggal dunia). Sekarang usia saya 34 tahun. Sewaktu kehilangan ibu, saya baru nak memasuki darjah satu, tapi apa yang saya lakukan adalah selalu positif kerana saya selalu mengingatkan diri setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah.
“Saya kini menjadi seorang yang dewasa, matang dan goal-oriented selain selalu doakan Allahyarham ibu sentiasa di dalam rahmat dan di sisi Allah SWT. Justeru apabila saya melihat keadaan mereka di pusat jagaan itu, ada antara meraka yang ditinggalkan anak sedangkan mereka sepatutnya berada bersama keluarga untuk bergembira, selalu berkongsi masalah, sebaliknya pula yang berlaku dan ia sangat meruntum jiwa saya.
Mereka sangat positif dan bersifat terbuka

Menerima baik kedatangan warga salun ChezKamya Professional, sambutan dari mereka memang tidak dijangkakan. Sambil menjalankan tugas mereka, pelbagai cerita dikongsikan bersama dari pengalaman peribadi sepanjang menghuni pusat jagaan orang tua.
” Tidaklah semua kisah itu kisah yang menyedihkan seperti yang dikongsikan, namun begitu kisah yang dikongsikan oleh pakcik Omar yang tidak pernah berkahwin dan pilihan menetap di rumah jagaan orang tua adalah sangat menyeronokkan sebab boleh melakukan macam-macam aktiviti dengan rakan-rakan,”katanya.
Dalam masa sama, Erna turut berkongsi beberapa pengalaman menarik ketika bertemu dengan beberapa warga emas yang sangat positif dan bersikap terbuka.

“Selain itu, saya berjumpa dengan Cikgu Maimunah yang merupakan seorang balu tapi tidak mempunyai anak. Masa dia dihantar oleh anak saudaranya, dia berada dalam keadaan lumpuh dan perlu dapatkan terapi serta makan ubat. Alhamdulillah dengan kuasa Allah dan berkat usahanya serta tawakal kepada Allah dia sihat.
“Di Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas ini selain ada bekalan perubatan yang di subsidari dari kerajaan dan ada kakitangan terlatih untuk menjaga mereka, mungkin itu salah satu sebab saya rasa ada segelintir anak-anak menghantar ibu bapa mereka ke sini supaya kesihatan dan aktivti seharian dapat dipantau.
“Itu dari sudut positif yang diceritakan namun saya percaya ada juga kisah sebaliknya di mana segelintir penghuni yang dibuang anak-anak oleh kerana faktor keuzuran, harta atau kisah itu tidak diceritakan kepada kami kerana sebahagian besar mereka mengalami masalah Alzheimer.
Jagalah raja dan permaisuri dalam hidup

Bukan mudah untuk berbakti pada kedua ibu bapa seperti mana mereka menyantuni kita sejak dari lahir. Namun, berapa sukarnya keadaan dan terdesaknya kita perlu diingat dengan adanya dari doa mereka yang tiada hijab insyallah segalanya dipermudahkan.
“Walau apapun saya sama sekali tidak menyokong tindakan anak-anak muda menghantar ibu bapa ke rumah orang tua kerana kita harus sedar tiada ibu bapa tiada lah kita. Mereka sejak kecil sudah bersusah payah untuk menjaga, hantar sekolah dan beri makan. Tak wajar kalau kita tidak bersusah payah untuk menjaga mereka sekarang. Adakah ini pengakhiran yang kita mahukan bila kita sudah tua? Sudah tentu kita tidak mahu anak-anak melakukan sedemikian kepada kita,”katanya.
Dalam video berdurasi sembilan minit yang dikongsikan, Erna turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengabaikan tanggungjawab kepada kedua-dua ibu bapa.
“Ibu bapa kita adalah raja dan permaisuri dalam hidup. Saya selalu ingat pesan ustaz saya iaitu dalam dunia ini ada beberapa rahmat percuma yang kita harus manfaatkan. Pertama melihat kaabah, kedua laut, ketiga Al-quran dan terakhir wajah kedua-dua ibu bapa. Kita perlu manfaatkan momen selagi ibu bapa kita masih hidup.
“Dalam Al-Quran selalu sebut kalau nak buat apa-apa kebajikan terutama sekali buat kepada ibu bapa, kaum kerabat, diikuti dengan anak yatim. Kemudian baru kepada orang lain. Itu yang selalu saya tanamkan. Macam saya walaupun tiada ibu, tapi saya dikurniakan ibu mentua yang sangat penyayang dan menyayangi saya sama seperti anak-anak perempuannya yang lain. Syukur kepada Allah!

“Saya harap masa akan datang kita dapat melakukan program CSR sebegini untuk ChezKamya Professional supaya banyak lagi manfaat kita boleh kongsi bersama dengan orang di sekeliling kita. Akhir kata, hargailah orang tua kita sementara mereka masih ada. Sayang itu siapa… siapa ibu bapa kita,”katanya.
Terdahulu video program CSR yang dimuat naik Erna di Instagram tular di media sosial apabila terdapat beberapa pengguna media sosial yang berkongsi momen hiba itu di platform media sosial mereka.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Senarai Resepi Viral TikTok Trend 2021, Yang Berkaitan Dengan Penurunan Berat Badan

Tahun ini merupakan tahun trend TikTok. Antara rutin tarian dan lagu yang menarik, aplikasi ini telah membawa banyak sensasi viral. Tetapi, daripada semua detik terbaik tahun 2021 yang dikongsikan hijabista melalui TikTok, pastinya adalah resipi.
Banyak daripada aliran TikTok ini yang anda dapat cuba sendiri, trend makanan viral terbaik pada tahun 2021. Anda tidak perlu ragu-ragu bahawa trend resepi viral ini juga akan dibawa ke tahun depan.
1. Pasta Feta Bakar

Ya, inilah resipi yang membuatkan pasar raya kehabisan keju. Bercakap tentang sensasi virus! Dan kami faham sepenuhnya, apa yang tidak disukai tentang hidangan dengan keju feta, tomato ceri, selasih herba dan banyak pasta? langsung tiada!
@thehungerdiaries Baked #fetapasta #macandcheese — #buffalochicken style 🔥 This was insane. #foodontiktok #homecook #foodhacks #pastatiktok #foryou #fyp #foodie ♬ original sound – The Hunger Diaries
Tetapi, sebelum anda mengisi pinggan anda dengan timbunan yang banyak, kami mengubah hidangan ini menjadi saus yang menghilangkan pasta untuk menjadikannya lebih sihat tetapi masih sama berkrim dan lazat.
2. Sandwich Tortilla yang dilipat

Trend sandwic tortilla yang dilipat, harap dapat diteruskan pada tahun 2022. Apakah yang lebih baik daripada sandwic yang boleh disesuaikan dengan semua makanan kegemaran anda dimuatkan di dalamnya? Apa yang menjadikan sandwic ini berbeza daripada yang lain ialah semua topping dibungkus dalam bahagian berasingan tortilla dan kemudian dilipat bersama dan dipanggang di atas dapur.
@foodiekristy #food #lifehack #foodie #viral #kitchen #homemade #cooking #italian #sandwich #tortilla #bussit #yummy ♬ Buss It – Erica Banks
Anda boleh membuat versi sendiri dengan ayam panggang, kacang hitam, lada benggala, keju parut dan salsa dan jadikan makanan ruji dalam rutin makan tengah hari kerja dari rumah selama berminggu-minggu. Mudah dan jimat!
3. Bijirin Alam Semulajadi
@janellerohner The question on everyone’s mind….#naturescereal #bussin @lizzo @natures_food #mukbang ♬ original sound – JanelleRohner
Pastinya agak ragu-ragu apabila melihat hidangan ini pada mulanya. Air kelapa, buah dan ais? Namun begitu, ia benar-benar pilihan “bijirin” yang menyegarkan dan menyihatkan yang akan menjadikan pertukaran hebat untuk bijirin manis di luar sana. Apatah lagi ia sangat cantik dan anda boleh menyesuaikannya dengan semua buah-buahan kegemaran anda. Boleh juga menambah biji delima untuk rasa sedikit kenyang!
4. Telur Pesto
@amywilichowski #eggs #pestoeggs #homecook ♬ cooking video – cooking
Ubah kebiasaan diet telur anda, satu lagi kegemaran sarapan pagi tahun ini yang datang dari TikTok ialah telur pesto. Menggodam telur ini tidak mudah, hanya taburkan beberapa pesto dalam kuali sebelum memecahkan telur anda dan memasaknya mengikut citarasa. Anda akan terpesona dengan kesedapan hidangan ini.
5. Tulang Rusuk Jagung
@feelgoodfoodie Have you tried corn ribs? It’s such a fun way to cook corn! You can grill them, air fry them or bake them! IB @spicednice #cornribs #foodtiktok ♬ original sound – Feel Good Foodie
Bercakap tentang ulam yang sempurna, resipi tulang rusuk jagung ini bukan sahaja kelihatan comel, tetapi ia menambahkan begitu banyak rasa jagung biasa anda. Pada asasnya, ia adalah kepingan jagung bersaiz gigit yang sarat dengan rempah ratus dan dihiasi dengan keju cotija. Pengguna TikTok @spicednice mendapat lebih 1.8 juta suka pada resipinya dan ramai lagi yang mencuba trend ini juga.
6. Sandwic Lada benggala

Aliran sandwic lada benggala ini menarik minat mereka yang berdiet rendah karbohidrat dan keto, malah ramai yang tidak mengikuti diet tersebut telah mencuba idea sandwic baharu ini. Ini adalah satu lagi aliran makanan yang boleh disesuaikan sepenuhnya, satu-satunya keperluan yang menukar lada benggala dengan roti sandwic biasa anda.
@janellerohner Bell pepper sandwiches are still bussin! #eatwithme #learnontiktok #foodie ♬ original sound – JanelleRohner
Walaupun ia adalah pilihan yang lebih sihat, tidak semua TikTokers adalah peminat resipi ini. Dalam duet kepada salah satu video sandwic lada benggala asal, Chef Gordon Ramsay memanggil ciptaan ini “sandwic bodoh.” Namun, walaupun reaksi Ramsay, sandwic masih menjadi salah satu trend makanan teratas pada tahun 2021. Cuba dahulu baru tahu!
7. Kerepek Pasta
@nick.digiovanni GIANT pasta chips #pastachips #pasta ♬ original sound – nick.digiovanni
Jika anda tidak mempunyai alat penggoreng udara sebelum ini, anda berkemungkinan membelinya semasa pandemic, terutamanya selepas menonton penggodaman cip pasta yang bijak ini mendapat perhatian laman sesawang. Daripada hanya menggoreng kentang atau sayur-sayuran, TikTokers mula memasukkan pasta dalam penggoreng udara dan membuat kerepek pasta rangup yang menjadi viral sepenuhnya

Ramai yang menghidangkan kerepek ini dengan sos marinara atau celup feta, ia sangat mudah untuk dibuat.
8. Oat Bakar

Daripada semua trend makanan sarapan TikTok yang viral yang perlu anda cuba, yang ini paling mengejutkan. Anda hanya perlu mengadun semua bahan oat biasa dan membakar adunan dalam ketuhar. Oat akan menjadikan bukan lagi hidangan sarapan pagi malahan lebih seperti pencuci mulut.
@callascleaneats Recipe on IG 🍪 one of my faves!! 👏🏼 #fyp #healthyrecipes #glutenfree #bakedoats #bakedoatmeal #breakfast #healthyfood ♬ original sound – Calla Ramont
Resipi oat bakar rendah kalori ini padat dengan mentega kacang dan pisang, memberikan banyak perisa tambahan, apatah lagi protein yang akan membuatkan anda kenyang. Ia mungkin mengambil masa sedikit lebih lama pada waktu pagi, tetapi ia pasti berbaloi.
9. Mangkuk Nasi Salmon
@beckhamsplate Reply to @dufauteutsjgxmgx sorry, had to do it one more time 🤤 #salmonbowl #salmonrice #sushibowl #salmon #food #recipe ♬ original sound – Sienna
Mangkuk Nasi Salmonnya yang dibuat sepenuhnya daripada lebihan makanan. Videonya mendapat lebih 5 juta tanda suka dan ramai TikToker mencubanya dan memberikan hidangan itu tanda kelulusan mereka. Jika anda tidak pernah mempertimbangkan untuk menumbuk lebihan salmon dan nasi anda, populariti hidangan ini mengatakan anda mungkin ingin mencubanya.
Resepi viral pengodam aplikasi tiktok Ini sememangnya trend untuk mengekalkan radar anda walaupun menjelang Tahun Baru, terutamanya jika anda sedang mempertimbangkan sebarang azam Tahun Baru yang berkaitan dengan penurunan berat badan.
Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di

