Syawal kali ini pastinya cukup bermakna terutama kepada saudara baru. Tidak kira di mana mereka berada, sambutanya aidilfitri disambut penuh meriah. Begitu juga yang dirasai oleh mualaf Korea cukup viral kerana kecantikannya, Ayana Jihye Moon. Sempena Syawal lalu beliau mengucapkan salam aidilftiri dalam tiga bahasa yang berlainan dan ditonton hampir sejuta lebih pengikutnya.
Ayana mengucapkan selamat hari raya berkenaan dalam bahasa Melayu/Indonesia, bahasa Inggeris dan juga dari negara kelahirannya, Korea.
Walaupun loghat Melayu/Indonesia agak sedikit pelat, tetapi kelihatan cukup comel bait ucapan yang keluar dari mulutnya itu.
Hal ini diakui oleh followernya di laman sosial Instagram yang mencecah 1.4 juta. Malah turut mendapat hampir 6 ribu lebih komen dan rata-rata memuji ucapan berkenaan yang dianggap begitu comel.
Menurut Ayana, beliau menyempurnakan Ramadan pertama di Indonesia. Dan dia juga turut menyambut Syawal kali ini dengan penuh rasa gembira di Indonesia juga bersama teman-temannya. Mereka juga turut membalasnya dengan menggunakan bahasa Korea.
Dalam satu statusnya, ramai bertanya kenapa dia tidak balik ke Korea menyambut Syawal. Ayana menjawab di sana tiada sambutan Hari Raya. Malah ramai di kalangan masyarakat Korea tidak tahu apa itu makna Hari Raya.
Dia yang kini menetap di Indonesia turut menjelaskan keluarganya juga tidak tahu apa itu maksud Hari Raya. Walau bagaimanapun menurutnya, dia akan balik melawat keluarganya di sana kerana rindukan mereka dan juga makanan Korea.
Dalam kesempatan itu saudara baru ini juga turut mengucapkan selamat hari raya kepada semua saudara seislam yang mengenalinya.
Seperti hijabi lain, Ayana turut menyarung persalinan santun untuk menyambut lebaran kali ini. Biarpun lilitan hijab bawal diikat ringkas, namun tetap menyerlahkan kejelitaan wajahnya.
Sempena Ramadan lalu juga Ayana turut mengambil keberkatan dengan menjamu 250 adik-adik yatim piatu untuk berbuka puasa bersama-sama.
Artikel Berkaitan: Ayana Dulunya Benci Islam Sebelum Peluk Agama Suci Ini
Menurutnya walaupun mempunyai keluarga sendiri di Korea tetapi dia juga katanya sendirian di Indonesia. Jadi dia dapat merasakan perasaan yang dialami anak-anak yatim ini dan turut bersimpati.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM AYANA