Ucap Selamat Tinggal ‘Filter’, Jom Rawat Kulit Dengan 3 Cara Mudah Ni!

Share

Kulit wajah yang sihat, bebas cela, segar dan bersih sememangnya menjadi dambaan para wanita diluar sana! Malah ramai diantaranya yang berlumba-lumba menggunakan filter di media sosial hanya demi memuaskan keinginan dan impian memiliki kulit yang halus dan mulus.

Justeru, di sini Hijabista tergerak untuk berkongsikan tiga cara mudah untuk anda miliki kulit idaman anda, dengan satu syarat perlu amalkan secara konsisten dan yakin dengan penuh kesabaran bahawa amalan ini bakal membuahkan hasil. Lepastu, dah boleh laa sis ucapkan selamat tinggal Filter!

Cuci Muka Gunakan Teknik Double Cleansing

Meskipun anda tidak keluar kemana-mana dan hanya berada di rumah sahaja, kulit wajah masih terdedah dengan debu dan kotoran yang tidak dapat dilihat.

Justeru, amalan mencuci muka menggunakan teknik double cleansing adalah amat penting! Terutamanya apabila anda menatarias wajah menggunakan solekan.

Oleh itu, melakukan double cleansing sebelum mencuci muka adalah langkah yang tepat untuk membersih dan merawat kulit.

Apa yang hijabi perlukan adalah pembersih wajah berasaskan air, seperti micellar water atau cleansing milk bagi hijabi yang memilpunyai kulit sensitif.

Pastikan Kulit Wajah Sentiasa Lembap

Setelah mencuci muka, penggunaan toner dan moisturizer juga adalah amat penting! Tidak perlu membazir wang ringgit semata-mata untuk membeli penjagaan wajah high-end. Anda hanya perlu menggunakan toner dan moisturizer yang sesuai dengan keperluan kulit anda.

Artikel berkaitan: Dambakan ‘Kulit Raya’ Cerah Berseri? Set Promosi Aidilfitri INNISFREE Tawarkan Potongan Sehingga RM206!

Jika anda memiliki jenis kulit wajah yang kering, Hijabista cadangkan anda gunakan toner dan moisturizer, kerana toner membantu menyeimbangkan nilai ph kulit wajah, sementara moisturizer akan meghidrat kulit wajah hijabi agar tidak terlalu kering.

Selain itu, bagi hijabi yang mempunyai masalah kulit berminyak pula, anda boleh memilih untuk menggunakan salah satu samada moisturizer atau toner. Namun, pakar kulit mencadangkan adalah lebih baik memilih untuk menggunakan moisturizer.

Sunblock Satu Kemestian!

Cara terakhir untuk melindungi kulit wajah adalah menggunakan sunblock ketika anda keluar dari rumah. Iklim negara Asia seperti Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun bakal membuatkan kulit anda mudah dehidrasi dan menjadi kering. Lebih memburukkan keadaan apabila kulit muka akan lebih cepat terbakar atau terkena sunburn

Justeru, untuk mengelakkan masalah ini menjadi lebih parah, Hijabi perlu sentiasa menggunakan sunblock dengan SPF yang tinggi, contohnya SPF 50 kalau tak nak kulit wajah menjadi rentung dijilat panas mentari, jangan abaikan penggunaan sunblock dan jadikan rutin dalam penjagaan kulit wajah anda, ya!

Artikel berkaitan: Lelaki Ini Kongsi ‘Rahsia’ Kulit Licin Bak Telur! Cuma Perlu Dua Bahan Je – “Pakai Hari Ini Esok Confirm Jerawat Kecut!”

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir