Hubungan kebahagian rumahtangga dan dan pertunangan bukan semua orang senang dengan kebahagian orang lain. Sering kali berkongsi di media sosial adakala membuat pihak tertentu merasa cemburu dan ada hasad dengki.
Lalu ada yang mula berkata di belakang, tetapi lain pula mereka yang memendamkan perasaan pada kebahagian orang lain. Anda pernah dengan tentang sihir pemisah? Jika belum, anda patut tahu yang sihir pemisah ini tidak nampak dengan mata kasar. Akibatnya pula sangat dasyat dan menakutkan. Tugas utama sihir pemisah ini adalah untuk menamatkan perhubungan untuk pasangan yang sedang bercinta, bertunang mahupun telah berkahwin.
Sihir pemisah (sihir tafriq) turut dipanggil sebagai sihir pelalau penghalang jodoh. Sihir ini turut berupaya untuk mencetuskan pergaduhan antara ahli keluarga. Sihir ini biasanya dihantar oleh seseorang yang berniat jahat dan punya tujuan sendiri yang tidak elok.
Sihir pemisah yang dialami akan menyebabkan berlakunya keretakan pada rumahtangga dari secara berperingkat. Jika sihir pemisah ini dihantar pada si isteri maka si isteri akan mula menunjukkan perubahan sikap terhadap suaminya dan jika sihir pemisah ditujukan kepada En suami maka En suami ini akan berubah sikap terhadap si isteri.
Fasa berlakunya perubahan tatkala dihantar dengan sihir pemisah adalah seperti yang berikut:
Fasa 1: Mula Timbul Rasa Benci
Fasa 2: Sering Berlaku Perselisihan Faham
Fasa 3: Berasa Tidak Percaya Lagi Terhadap Pasangan
Fasa 4: Perasaan Cemburu Buta Semakin Menjadi-jadi
Fasa 5: Sudah Tidak Punya Perasaan Untuk Bersama
Fasa 6: Semakin Berubah Rupa Dengan Sikap Yang Teruk
Fasa Terakhir: Meminta Cerai Dengan Sepenuh Hati
1. Kerap sakit pada bahagian belakang, bahu, tengkuk dan urat belikat.
2. Kerap berasa sesak nafas, sakit dada dan ulu hati.
3. Selalu berasa resah gelisah dan berdebar tanpa sebab terutama dari waktu Asar ke atas.
4. Sering berasa sakit kepala yang tidak mahu hilang walau makan ubat.
5. Kerap kembung perut sedawa angin.
6. Kerap rasa berdenyut pada bahagian ari-ari bagi wanita.
7. Kitaran haid menjadi tidak normal dan tidak teratur.
8. Lambat mendapat zuriat.
9. Mudah menjadi rimas dan mudah marah bila berdepan suami/isteri.
10. Sering bergaduh besar walaupun untuk punca perkara yang kecil.
11. Ketika marah seringkali meminta cerai.
12. Tidak suka tidur bersama.
13. Nafsu terhadap suami/Isteri sudah hilang.
14. Tercium bau badan busuk hanyir ,nafas berbau pada tubuh suami/isteri.
15. Lebih suka bersendirian di dalam bilik.
16. Tidak suka tempat yang bising.
17. Sukar tidur malam.
18. Kerap mimpi sedang menyusu dan bermain dengan bayi.
19. Kerap mimpi ular, kala jengking dan binatang berbisa yang lain.
20. Kerap mimpi pasangan sendiri berlaku curang.
21. Perasaan curiga dan cemburu buta menjadi semakin kuat.
22. Sering bermimpi tempat kotor dan busuk.
23. Kerap terbau kemenyan ,colok dan setanggi.
24. Bila berjauhan dengan pasangan, perasan rindu dan sayang menjadi sangat menebal.
25. Kerap teringat merindui seseorang yang tidak dikenali.
26. Menjadi resah gelisah tatkala terdengar azan dan ayat suci Al-Quran.
27. Selalu bermimpi sedang bersetubuh dengan orang lain.
Rawatan Islam Boleh Bantu Selamatkan Pasangan Yang Disihir.
Jika diri sendiri mahupun pasangan menunjukkan sebarang tanda-tanda di atas, anda perlu segera bertindak dengan mendapatkan rawatan cara Islam. Anda boleh mengunjungi mana-mana pusat rawatan Islam yang berhampiran mahupun ustaz/ustazah yang boleh dipercayai untuk bantuan. InshaAllah, sihir pemisah ini dapat di rawat dengan izin Allah SWT.
Cara paling terbaik untuk hindari sihir adalah dengan mengamalkan bacaan ayat Kursi selepas solat, setiap pagi dan petang dan sebelum tidur. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda dengan bermaksud:
“Jika kamu hendak tidur, bacalah ayat kursi sampai selesai satu ayat. Maka akan ada penjaga dari Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” – (Hadis Riwayat Bukhari 2311)
Sesungguhnya sihir itu adalah syirik! Bagi yang menggunakan perantaraan jin dan syaitan dalam usaha untuk menyihir seseorang, Allah SWT pasti tidak akan melepaskannya. Dosa memutuskan hubungan orang lain ternyata sangat besar dan perkara sebegini bukannya satu perkara ringan yang boleh dibuat permainan. Semoga sihir pemisah ini dijauhkan dari kita dan semoga si pengamal sihir ini akan kembali semula ke pangkal jalan. Ameen.
Sumber: Pusat Perubatan Al Mujahidin