Sudah hampir 2 minggu pemergian chef selebriti Che Adamdidam menemui penciptanya akibat jangkitan paru-paru Ternyata pemergiannya masih lagi dirasai oleh semua sanak-saudara serta kenalannya di seluruh dunia. Dan paling terasa kehilangannya adalah anak buah arwah yang berada di luar negara, siapa lagi kalau bukan The Family UK.
Dalam posting terbaru di laman sosial Instagram, keluarga ini menyatakan ini adalah kali pertama mereka menyambut Aidilfitri tanpa kehadiran Chef Adamdidam atau lebih dikenali dengan nama Mamajee.
Melalui foto yang dimuat turun memaparkan salah seorang anak buah Mamajee, Ali yang memakai jubah putih. Jubah ini sebenarnya adalah milik arwah ketika dirinya masih kecil yang dibeli oleh keluarga di Mekah pada tahun 1990-an.
Maknanya jubah yang dipakai oleh Ali ini sudah berusia 30 tahun, tetapi masih elok dalam simpanan keluarga.
Dalam kapsyen berikutnya juga, keluarga ini turut mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua keluarga follower mereka dengan doa semoga Allah sentiasa limpahkan keberkatan kepada kita setiap masa.
Dan tidak ketinggalan juga turut dipohon agar sedekahkan surah Al-Fatihah kepada arwah Mamajee yang disayangi ramai ini.
Bukan sahaja keluarga ini masih belum dapat melupakan kehilangan Mamajee, begitu juga dengan netizen yang tidak putus-putus menzahir rasa simpati pada keluarga mereka.
sarahmalikmusadali Selamat hari raya Ali and Family. Stay strong like you all always do! Alfatihah
Ads
gty_yoenizuka Handsomenya ali.. Innalillahi wainna ilaihi raji’uun buat arwah mamajee..
Baru-baru ini telah tular mengenai sebuah video TikTok oleh seorang niqabis yang melabelkan wanita yang belum menutup aurat secara sempurna adalah lemah.
Menerima kritikan dan kecaman yang bertalu-talu, gadis yang dikenali sebagai Asha Aziz telah tampil membuat permohonan maaf melalui sebuah video yang dimuat naik di laman sosialnya.
Jelas Asha, dia memohon maaf di atas kesilapan yang dilakukannya sewaktu memuat naik kandungan video tersebut tempoh hari.
Ujar lagi, dia juga telah memaafkan mereka yang telah mengecamnya dan keluarga sebagaiman dia juga berharap agar netizen memaafkan dirinya.
Di ruangan komen, ramai yang memaafkan dirinya selain memuji sikapnya yang berani memohon maaf secara terbuka. Mereka juga berharap agar dia belajar daripada kesilapannya yang telah lalu.
Sama-samalah kita berusaha menjadi ke arah yang lebih baik
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Manakala untuk hijabi yang mempunyai kulit tona tan agar lebih berhati-hati memilih foundation bersesuaian. Namun sapuan Maybelline Fit Me Matte + Poreless Liquid Foundation mampu memberi kesan natural pada wajah.
Berikut adalah rangkaian pilihan Maybelline Fit Me Matte + Poreless Liquid Foundationyang sesuai untuk tona tan:
VIDEO: Cara yang betul untuk mendapatkan tona foundation yang betul mengikut warna kulit.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bagi anak-anak muda apabila sudah mula memasuki alam pekerjaan, ‘benda’ pertama yang ingin dimiliki adalah kereta. Namun ada yang membeli kereta melebihi kemampuan mereka sebenarnya hingga akhirnya menjadi satu beban yang ‘menyesakkan’.
Bayangkan setiap bulan perlu ikat perut semata-mata ingin menampung kos servis kereta dan sebagainya. Itu belum lagi kos-kos lain yang tidak dijangka. Kereta baru tentunya menjadi pilihan walaupun lebih separuh gaji terpaksa dihabiskan untuk membayar ansuran bulanan kereta.
Berikut perkongsian Azizul Azli Ahmad yang merupakan seorang pelabur hartanah yang boleh dijadikan panduan.
KERETA BUKA PLASTIK ATAU TERPAKAI?
Sebaik sahaja anda mula bekerja, salah satu keputusan penting yang anda akan ambil ialah membeli sebuah kereta.
Walaupun kereta merupakan kaedah pengangkutan yang selesa, namun perlu diketahui bahawa memiliki sebuah kereta bukan setakat membayar ansuran bulanan sahaja.
Ia juga melibatkan kos lain seperti petrol, bayaran tol, bayaran parkir kereta, cukai jalan, insurans, kos penyelenggaraan serta kos membaiki apabila kereta anda rosak.
Seandainya anda boleh membayar segala kos yang disebutkan tadi dengan selesa, anda masih perlu bertanya kepada diri anda sama ada kereta itu merupakan suatu keperluan atau kehendak?
Apabila kereta adalah keperluan, anda perlu membuat keputusan sama ada ingin membeli kereta baru atau kereta terpakai.
Ramai orang beranggapan bahawa membeli kereta baru adalah lebih baik kerana kos penyelenggaraannya rendah, tetapi pada hakikatnya memiliki kereta baru juga ada kelemahannya.
Ketika memutuskan jenis kereta yang diperlukan, anda hendaklah terlebih dahulu menilai kemampuan anda.
Jika didapati membeli kereta baru boleh membebankan, belilah kereta terpakai yang masih berkeadaan baik.
Lagipun, kereta hanya sebuah kenderaan yang membawa anda bergerak dari suatu tempat A ke tempat yang lain B.
TIP BIJAK MEMBELI KERETA:
• Buat perbandingan untuk mendapatkan kereta yang boleh diharapkan dan memenuhi keperluan anda.
Ada baiknya jika anda meminta nasihat daripada ahli keluarga atau sahabat yang mahir/pakar mengenai kereta.
• Jika anda ingin membeli kereta terpakai, dapatkan khidmat mekanik yang boleh dipercayai atau melakukan pemeriksaan kereta tersebut di PUSPAKOM.
• Pertimbangkan harga jualan semula atau nilai tukar beli kereta sekiranya anda bercadang untuk menukarnya kelak.
• Sekiranya anda mengambil keputusan untuk memohon pinjaman kereta, cari pakej terbaik berdasarkan kemampuan anda.
Dapatkan maklumat mengenai kadar faedah efektif yang akan dikenakan.
• Rangka bajet mengikut pendapatan anda. Ambil kira ansuran bulanan kereta dan kos-kos lain, seperti kos petrol, bayaran tol, parkir kereta, perbelanjaan lain, termasuk cukai jalan, insurans dan servis biasa.
• Cuba tingkatkan tabungan untuk bayaran pendahuluan supaya pinjaman yang diambil lebih rendah dengan tempoh pembayaran yang lebih singkat.
Perlu diingatkan bahawa semakin panjang tempoh pinjaman, semakin banyak faedah yang anda perlu bayar.
Ini mungkin akan menyukarkan anda untuk menjual kereta tersebut kerana nilai pasaran kereta jauh lebih rendah berbanding dengan baki pinjaman.
• Jangan gunakan kad kredit untuk membuat bayaran pendahuluan kerana anda terikat dengan pinjaman pada kadar faedah yang sangat tinggi.
• Bersedia untuk menanggung perbelanjaan di luar dugaan seperti membaiki kereta sekiranya berlaku kerosakan atau kemalangan.
Ada baiknya untuk mengetahui tentang kemudahan mendapat alat ganti serta kos untuk menggantikannya.
• Pastikan kereta anda mempunyai perlindungan insurans komprehensif yang mencukupi atau sekurang-kurangnya mempunyai perlindungan insurans pihak ketiga.
Kadar bayaran bukan tidak melebihi 15% gaji bersih anda.
Buat keutamaan dalam hidup, cari kediaman yang hampir dengan tempat kerja atau kemudahan awam. Rancang beli rumah seawal kerja atau kali pertama jumpa bakal mertua.
HIJABISTA: Kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Jika berkemampuan tidak ada salahnya untuk anda memiliki kereta yang baru dengan model baru. Jika tidak, beli sahaja kereta terpakai untuk kemudahan anda asalkan ia tidak membebankan kewangan anda setiap bulan.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...