Terpukau dengan keindahan kota Paris selepas acapkali berkunjung ke sana, selain minat mendalam terhadap industri F&B membuatkan bekas penasihat kewangan berjawatan ketua agensi di salah sebuah syarikat takaful di Malaysia sanggup meninggalkan industri itu demi membina Farine & Sucre.
Café unik berkonsep dan bertemakan hidangan Perancis ini diusahakan pemiliknya, Farah Syuhada binti Shamshul, 28, bersama adiknya, Farra Sofea binti Shamshul, 21, selaku pemilik bersama.
Gabungan duo beradik mulakan perniagaan
Saling melengkapi, gabungan duo beradik ini menyerlah apabila mereka menetapkan hala tuju jelas dalam memperkasakan jenama Farine & Sucre. Ia berteraskan visi, misi dan nilai yang memberi pulangan balik kepada masyarakat.
“Saya seorang graduan Universiti Swasta dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa (International Business). Sebaik tamat pengajian, saya memulakan kerjaya dalam bidang perbankan di salah sebuah bank terkemuka tanah air sebagai Penasihat Kewangan,” kata Farah Syuhada membuka bicara.
Beliau kemudiannya menyertai syarikat Takaful dan menjawat jawatan Ketua Agensi selama dua tahun. Pencapaian tertinggi gadis mesra disapa Farah ini antaranya, MDRT 2019, Top 3 Rising Star & Top 3 Rookie 2019.
“Adik saya Sofea pula, adalah pelajar sepenuh masa di sebuah universiti swasta tempatan dan kini sedang menuntut dalam jurusan perakaunan selama 4 tahun,” jelas Farah sambil menambah, Sofea juga aktif dalam aktiviti yang dianjurkan pihak universiti terutamanya sebagai juruacara dan pengendalian acara.
“Visi kami untuk berkongsi keterujaan para pelanggan melalui makanan yang berkualiti dan perkhidmatan yang terbaik dalam keunikan suasana yang berbeza.
“Sementara misi kami pula, untuk memberikan pelanggan suatu lokasi yang dapat mencipta momen istimewa dengan menawarkan seleksi makanan bertemakan inspirasi Parisian, perkhidmatan dan suasana baharu kepada masyarakat,” katanya.
Peluang terbuka
Bercakap mengenai nilai pula, gadis tinggi lampai ini berharap dapat menyediakan peluang pekerjaan terutamanya kepada graduan lepasan universiti dan mereka yang tiada pengalaman berkerja untuk sama-sama membina jenama Farine & Sucre dan menyokong perniagaan lokal. Sekaligus menyajikan kopi terbaik dalam suasana yang hebat!
Ads
Menjawab persoalan mengapa nama ‘Farine & Sucre’ dipilih, jelas wanita yang pernah mencapai tahap Million Ringgit Agency bagi tahun 2020 sebagai Ketua Agensi Takaful itu, secara literalnya, Farine & Sucre bermaksud tepung dan gula dalam bahasa Perancis.
“Ia sangat bersesuaian dengan tema kami, memandangkan kami terinspirasi dengan konsep cafe ala Perancis yang cukup terkenal dengan keenakan pelbagai hidangan pastri. Malah disebalik nama Farine & Sucre terselit nilai sentimental, kerana ia berkait rapat dengan huruf pertama pada nama kami berdua iaitu Farah Syuhada dan Farah Sofea,” tambahnya sambil tersenyum.
Menu terbaik hidangan ala Perancis
Bercakap mengenai hidangan tanda kenal (signature dish), Farine & Sucre memperkenalkan aneka pencuci mulut (dessert) yang sebahagiannya di import khas dari Perancis.
“Kami terdorong untuk menghidangkan makanan dengan kualiti terbaik, harga munasabah yang bersesuaian dengan permintaan di sekitar Shah Alam. Malah, sebahagian daripada dessert yang kami sediakan di kafe diimport khas dari Perancis, seperti macarons, baguettes dan chocolate roll!
“Ini kerana sebahagian pencuci mulut iaitu macarons misalnya, perlu melalui proses pembuatan yang rumit dan kami mahu memastikan hidangan yang disediakan di Farine & Sucre hanya yang terbaik dan berkualiti tinggi,” katanya lagi.
Ads
Selain hidangan tanda kenal Macarons yang dibawa khas dari Perancis, Pavlova dan Peach strudels juga menjadi antara daya tarikan utama di kafe ini. Tidak ketinggalan, pelbagai pilihan pastri termasuk French baguette yang dihidangkan bersama 3 jenis sos, French Onion, Cheese Chives dan Sun Dried Tomato selain 3 jenis Pai iaitu Pai Ayam Cendawan, Pai Daging dan Turkey Quiche.
Minuman istimewa yang sering menjadi pilihan pengunjung di sini pula adalah Biscoff Latte, Ferrero Rocher Latte dan 2 daripada 4 jenis minuman penyegar iaitu Snow White’s Nightmare dan Pocahontas Journey. Minuman penyegar atau refreshers ini cukup unik kerana ia diolah berkonsepkan nama watak puteri-puteri Disney.
Istimewa Ramadan
Memahami persekitaran pasaran sekitar Shah Alam yang rata-rata terdiri daripada pelajar dan keluarga, Farah cuba menyeimbangkan hidangan manisan dan juga berbentuk savori. Namun dari segi citarasa, sesetengah pencuci mulut yang disediakan diolah dari segi rupa dan rasa agar sesuai dengan citarasa lokal juga peringkat usia.
Dalam pada itu, bersempena ketibaan Ramadhan, Farine & Sucre tidak ketinggalan menyediakan 2 set juadah berbuka puasa setiap hari iaitu Set Asian dan Set Western. Apa yang menarik, setiap set yang ditawarkan hanya bermula dari RM50.
Ads
Antara menu Asian yang disediakan adalah Nasi Beriyani Daging Hitam, Nasi Beryani Ayam Merah, dan Nasi Minyak Ayam Masak Merah, Dalca Sayur dan Acar Timun Nenas manakala menu barat pula, Grilled Chicken Spaghetti, Beef Lasagna, Prawn Spaghetti with Chicken dan Grilled Chicken Macaroni.
Di tanya mengenai persaingan dan risiko dalam industri makanan dan minuman, akuinya F&B adalah satu perniagaan yang penuh persaingannya.
“Sebagai orang baru, kami masih berusaha untuk belajar meraih seberapa banyak pengalaman dalam industri ini. Namun, dalam tempoh masa 5 tahun akan datang, kami berhasrat untuk kekal utuh dengan pilihan menu kami.
“Di samping memulakan pengeluaran kami sendiri dalam skala yang lebih besar sambil mempelbagaikan sasaran pasaran, kami juga berhasrat untuk berkolaborasi dengan perniagaan tempatan lain, di bawah naungan Farine & Sucre demi mengukuhkan lagi jenama kami,” kata Farah.
Bagi anda yang mahu menikmati kopi dan hidangan pastri serta dessert unik dalam suasana dan gaya ala Perancis, jom singgah ke Farine & Sucre Cafe di No 7A, 1, Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor.
Waktu operasi: 12 Tengah hari – 10 malam (Tutup Khamis).
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kita semua mahukan helaian rambut yang tebal dan kemungkinan besar, salah satu matlamat penjagaan rambut anda adalah untuk mencari produk dan bahan yang menyokong kesihatan menyeluruh. Kata kunci terkini yang membuat viral di TikTok adalah minyak rosemary, yang didakwa memacu pertumbuhan rambut.
Tetapi bolehkah minyak pati ini sebenarnya membawa kepada pertumbuhan rambut baru? Pakar berkongsi sama ada minyak rosemary sebenarnya membawa kepada pertumbuhan rambut baru atau tidak dan manfaat sebenar minyak ini yang anda kurang pasti.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bahan popular manfaat kepada rambut
Minyak pati rosemary diekstrak daripada tumbuhan rosemary, pokok renek malar hijau dengan daun seperti jarum dan bau kayu. Kajian telah menunjukkan bahawa ia mempunyai pelbagai aplikasi kesihatan. Hasilnya, ia adalah bahan yang popular dalam kebanyakan produk kecantikan masa kini. Menurut pakar, minyak rosemary mempunyai beberapa manfaat berkaitan rambut.
Ia boleh melegakan kegatalan pada kulit kepala dan meningkatkan peredaran darah di sekitar folikel rambut. Minyak rosemary juga mengandungi ciri anti-radang dan antibakteria untuk menghapuskan pembentukan dan merupakan antioksidan yang kuat, bermaksud ia melindungi rambut anda daripada penceroboh alam sekitar.
Galakkan pertumbuhan rambut
Jawapan ringkasnya ialah ya. Minyak pati rosemary boleh membantu merangsang rambut yang sihat dan tebal. Malah minyak itu boleh mempercepatkan proses pusing ganti dan pertumbuhan sel, yang boleh berfungsi sebagai ubat semula jadi untuk menumbuhkan rambut yang lebih tebal. Oleh kerana ia adalah anti-radang, ia digunakan untuk mencegah keguguran rambut, serta pertumbuhan semula.
Bagaimanakah anda perlu menggunakan minyak rosemary pada rambut dan kulit kepala anda?
Minyak rosemary bermanfaat untuk semua jenis rambut. Ciri-ciri minyak ini berfungsi untuk mencipta folikel rambut yang sihat dan mencegah kerosakan.
Hanya sapukannya ke hujung rambut anda dan minyak rosemary paling sesuai digunakan pada kulit kepala.
Campurkan beberapa titis minyak rosemary dengan mana-mana minyak pembawa, seperti argan atau minyak badam dan urut ke dalam kulit kepala selama 20 minit sebelum mandi.
Anda juga boleh mencampurkannya ke dalam syampu atau produk penjagaan rambut yang anda gunakan selepas mandi.
Produk penjagaan rambut manakah yang mempunyai minyak rosemary sebagai bahan utama:
Ouai Hair Oil
Minyak rambut ultra ringan yang selamat warna dan memberikan perlindungan haba sambil melawan keriting dan melicinkan rambut. Minyak rambut ini memberikan perlindungan haba dan hasilnya rambut licin, bebas keriting sambil menambah kelembutan, kilauan dan penghidratan.
Kepekatan minyak semulajadi yang kuat untuk rambut berkilat dan sihat. Mengembalikan keseimbangan lembapan pada kulit kepala dan rambut serta merta, malah rambut mudah diuruskan. Idamkan rambut lembut beralun dan berkilau? Ya inilah minyak secara semula jadi dan untuk semua jenis rambut & kulit kepala.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ramadan memang bulan penuh keberkatan. Malah ada juga yang tidak terlepas menerima hidayah di bulan penuh mulia. Salah seorang adalah isteri kepada penyanyi popular, Ahmad Dhani, Mulan Jameela yang berniat untuk berhijrah dan mahu kekal berhijab ditunaikan tiga hari sebelum hadirnya Ramadan.
Menurut Mulan, dia bertekad untuk terus kekal berhijab biarpun selepas Ramadan nanti. Walaupun ada yang medakwa perubahan dilakukan hanya ketika bulan puasa, namun Mulan menyangkal dakwaan ini.
Menurutnya selepas ini dia akan melihat dan menyusun kembali banyak baju-bajunya yang ketat dan tidak perlu dipakai lagi. Daripada tidak dipakai, Mulan mengambil kesempatan untuk melelong baju berkenaan.
Ternyata netizen turut teruja dengan penghijrahan dilakukan Mulan. Rata-rata memberi reaksi positif dan mendoakan agar penyanyi yang popular dengan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi ini terus istiqomah.
@defi9136 Alhamdulilah… semoga ibu mulan slalu istiqomah dn berhijab karna d bln ramdhan ajah dn jgn sampai musiman. Lalu d buka kembali.
@zahira.amaliaputri Ya ALLAH doa terbaik buat teteh semogga ttp istiqomah untuk menjadi yg lebih baik, ttp semangat berhijrah teteh
@silda_artileri Smoga istiqomah teh…..km udh selangkah lbh baik dr yg blm berhijab.
Cantik persis puntianak di dalam TV siri Twilight kali ini, jom lihat tentang bagaimana juru solek jadikan trend solekan terkini di TikTok persis “kulit pontianak”.
#VampireSkin di TikTok. Menariknya orang ramai mencipta beberapa rupa yang menakjubkan namun ringkas yang memerlukan hanya dua alat solek jer, cecair foundation dan highlighter.
Perkara yang menarik tentang trend ini ialah anda benar-benar boleh menjadikannya milik anda sendiri. Jika anda juga mengikuti aliran ini dan mahukan beberapa petua tentang cara melaksanakannya seperti profesional, teruskan membaca.
Cara Mencapai ‘Vampire skin’
‘Vampire skin’ adalah spin-off daripada kulit kaca, kulit yang cerah dalam solekan dan untuk mencapainya, anda hanya mencampurkan produk serlahan cecair (highlighter) ke dalam asas anda atau melapisinya di bawah asas.
Trend ini tidak perlu membeli sesuatu yang baharu atau menghabiskan banyak wang untuk mencubanya. Guna stok yang ada sepenuhnya pada kedua-dua cecair foundation dan highlighter, adunkan dengan kombinasi berbeza untuk mencari perkara yang paling anda suka.
Beberapa petua juru solek: Jika anda ingin mencipta ‘vampire skin’, anda memerlukan beberapa produk yang mungkin sudah dimiliki.
Aliran ini memerlukan kilauan cecair dan asas ringan kegemaran anda. Sapukan adunan pada kulit menggunakan beauty blender yang dilembapkan. Aliran ini memerlukan kulit yang berkilauan ‘seperti Edward Cullen,’. Peh tetibe rasa kacak!
Seperti yang dinyatakan di atas, juru solek mengesyorkan menonjolkan titik tinggi muka anda dengan pemantul berkilauan halus seperti ini. Pasti anda pernah melihat beberapa pengamal kecantikan di TikTok mencampur sedikit highlighter dengan asas formula cecair. Hasilnya sangat fenomenal.
Foundation pilihan juru solek ini untuk mencapai kulit vampire ialah formula Pat McGrath. Bedak asas ini unik kerana ia mengandungi “serbuk teras berlian” yang meningkatkan keserian dan kecerahan semula jadi kulit anda. Campurkan sedikit highlighter dan anda pasti akan berseri.
Primer cahaya Burberry tahan lama berasaskan air. Primer solekan universal ini melangkaui kemasan yang bercahaya dengan memberikan penghidratan, perlindungan dan penambahbaikan kulit yang boleh dilihat dari semasa ke semasa untuk cahaya yang sihat dan tahan lama yang tidak pernah dilihat sebelumnya. Barulah ‘vampire skin’ tak pucat lesi sis!
L’ORÉAL PARIS True Match Super-Blendable Foundation
Foundation drug store ini adalah salah satu yang terbaik, ramai juru solek profesional akui formula yang luar biasa dan harga yang mampu milik, ia benar-benar tidak boleh dikalahkan. Berkrim seperti namanya, sangat boleh dicampur jadi ia merupakan pilihan yang hebat untuk mencipta kulit vampire yang termenung.
ARMANI BEAUTY Luminous Silk Foundation
Mencipta kulit persis vampire memberikan kulit anda cahaya dari dalam walaupun tanpa menambah highlighter hanya dengan asas ini. Mengandungi teknologi Mikro-Fil dengan pigmen warna yang boleh dibina yang membantu formula diletakkan rata untuk pengalaman pengadunan dan pelapisan yang lancar. Hasilnya adalah airbrushed, kulit seperti sutera.
Penapis flawless ialah kegemaran klasik juru solek yang turut mencipta asas bercahaya untuk alas bedak. Ini adalah untuk sesiapa sahaja yang sukakan kilauan halus daripada rupa pontianak era Twilight.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...